Tuesday, January 31, 2017

Satu Malaya Dah Tahu

Lagi dari draf tahun lepas....Yang dah 20 21 tahun...


Hattan - Satu Malaya Dah Tahu (1996)

Ada satu ketika dulu saya cuba kembali untuk mendengar lagu lagu rock melayu selepas meninggalkannya pada awal tahun 90an. Satu Malaya Dah Tahu adalah salah satu dari percubaan tersebut.

Tambah menarik bila dapat tahu yang lagu "Dia" dari album Wings & Superfriends ada di dalam album ini. Sedap lagu ni. Sayangnya versi yang dimuatkan di dalam album ini tidak sama dengan versi Wings & Superfriends. Ianya versi Hattan dengan pemuziknya sendiri. Saya tidak pasti siapa. Tetapi disebabkan dah terbiasa dengan versi Joe, maka yang ini agak kurang bagi saya.


Yang popular dari album ini rasanya lagu "Rendang Tak Berbuah". Tetapi saya agak kurang berminat.  Sejujurnya album ini kurang menepati citarasa saya. Hattan semakin menjadi lebih blues berbanding rock n roll.

Kalau cerita pasal Hattan. bagi saya album Antem adalah yang terbaik dan kena dengan citarasa saya,



8 comments:

  1. anthem tu album awal 90an (1992/1993) kan?

    ReplyDelete
  2. Tak pernah minat, tak pernah pegang pun kaset dia zaman dulu.

    ReplyDelete
  3. Hattan ni aku penah beli kaset antem.ngan kaset band lama dia FRU five rockers union.lepas tu dia da mcm kureng nak rock mmg tak follow dah

    ReplyDelete
  4. Tak pernah follow album nie dulu, beli cdpun sbb jumpa harga murah..tapi album FRU & album 1991 aku suka, Antem pula kena dengar baliklah sbb dah tak ingat camna muzik dia...

    ReplyDelete
  5. biso bonar. aku minat dia dalam Rock Bro. hahahaha memang topat, topek, copek. hahaha

    ReplyDelete
  6. heheh.. satu malaysia dah tahu pun akan kelibat album ini.

    ReplyDelete