Thursday, August 26, 2021

Gila Format - Crazy World

 Gila format kembali....

Scorpions - Crazy World (1990)

Album ini diterbitkan pada penghujung tahun 1990. Zaman saya sebagai seorang remaja yang pada ketika itu merasakan muzik sebegini tidak cukup ganas. Tetapi disebabkan ianya Scorpions. Satu nama yang lejen. Dan saya membesar dan terjebak dengan muzik rock pun kerana album-album awal mereka. Maka tetap juga dibeli kasetnya. (22/04/1991 - tarikh beli yang tercatat di kaset).

Versi cd pula dah tak ingat bila ianya dibeli. Kalau ikutkan keadaan cd yang nampak dah lusuh walaupun jarang diputar, berkemungkinan adalah cd 2nd hand dari zaman ebay postage percuma dari e-stock atau music magpie (sekitar tahun 2010an). 

Versi pirang hitam pula baru dapat dalam sebulan dua yang lalu. Diam tak diam dah ada 11 keping rupa-rupanya piring hitam Sorpions dalam koleksi. Ntah dari mana datangnya tiba-tiba rasa bersemangat pula untuk mengumpul kesemua album-album Scorpions dalam bentuk piring hitam. Tapi tak ada lah nak kumpul semua. Mungkin sehingga album ini atau mungkin juga Face The Heat (1993). Setakat ini hanya Lonesome Crow (1972), Fly to the Rainbow (1974) dan Virgin Killer (1976) yang masih belum berjaya dimiliki.

Ok. Berbalik kepada Crazy World, mendengarnya pada tahun 1990 dan 2021 sememangnya rasa berbeza. Sesuai dengan peningkatan usia dan minda yang lebih terbuka saya rasakan album ini sememangnya sedap dan bagus. Ianya bukanlah sekadar Winds of Change. Banyak lagi lagu yang bagus.



9 comments:

  1. aku ingat waktu Pure Instinct rilis 1996, memang trending waktu tu dengan lagu You And I, siap ulang2 dalam RIM chart show tiap2 minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kurang sikit dengan Pure Instinct ni...banyak lagu slow...nanti aku dengar semula...mendengar ketika tua biasanya tak sama dengan ketika muda...haha...

      Delete
  2. lagu wind of change dgn send me and angel memang best dan still syok didengar sampai sekarang.

    maaf bang jarang bukak blog abang ni sebab saya sibuk kebelakangan ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...faham...biasa la... tulis blog ni untuk syok sendiri sebenarnya....kalau untuk harap orang lain baca...lama dah stop...hahaha...

      Delete
  3. Sekarang pun dgr balik album2 scorpions.. ternyata album2 drg sangat best- matakucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tak update yer... konpem password pun dah lupa..haha..

      Delete
  4. Ni album pengenalan aku terhadap scorpions. Love at first sight. Memang kasih sayang sepanjang zaman. Mula dari sini check out their back catalogue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan cinta pertama mana boleh lupa...haha...

      Delete