Thursday, November 28, 2013

Believe in Me

Ini khas untuk "kipas susah nak mati" GNR seperti saya. Album yang dah menyambut ulangtahun ke 20.


Duff McKagan - Believe in Me (1993)

Dalam GNR saya menyukai Izzy Stradlin. Tetapi jika hendak bercerita tentang album-album solo ahli GNR, Believe in Me dari Duff Mckagan adalah pilihan utama.

Believe in Me diterbitkan ketika beliau masih dalam GNR. Konsepnya lebih kepada punk rock. Maka dah boleh agaklah darimana datangnya pengaruh punk dalam GNR terutamanya dalam album "The Spaghetti Incident?". Beliau sememangnya berbakat. Boleh mencipta lagu, menulis lirik, menerbit, menyanyi malah bermain semua alat muzik. Bakat nyanyiannya dah boleh kita dengar dalam lagu "So Fine" dari "Use Your Illusion II". Lagu kegemaran saya dan dah pernah buat entri pun pasalnya dulu. >SINI<.


Antara yang mejadi penyumbang dalam ini adalah Slash. Solo untuk lagu  "Believe in Me" dan "Just Not There". Walaupun ada juga lagu-lagu lain yang band member GNR terlibat macam Gilby Clarke "10 Years", Matt Sorum "(F@*ked Up) Beyond Belief" dan Dizzy Reed "Could It Be You" tetapi tak berbunyi seperti GNR langsung. Tetapi yang Slash menyolo memang dah macam GNR dah. Mungkin pasal sound gitar Slash tu dah sinonim sangat dengan GNR.

Tapi solo yang paling saya suka adalah solo Jeff Beck dalam lagu "(F@*ked Up) Beyond Belief". Memang sedap. Dia pun turut meyumbang solo dalam lagu "Swamp Song". Lain-lain bintang yang terlibat adalah Lenny Kravitz vokal untuk lagu "The Majority" dan band member dari Skid RowSebastian Bach vokal untuk "Trouble" manakala Dave "The Snake" Sabo gitar untuk "Trouble" dan "Lonely Tonite". Rob Affuso pula drums untuk "Swamp Song" and "F@*k You".


Kalau anda sukakan lagu punk sempoi atau lagu2 ala "So Fine", album "Believe In Me" pasti memuaskan hati. Tak perlu jadi peminat GNR untuk suka kerana sememangnya ia tak sama seperti GNR. Best!




4 comments:

  1. Duff Mckagan dah lama sy perasan attitude beliau memang punk, btw album nih tak pernah dengar pun hehehe... The Spaghetti Incident ajer yg pernah dengar...

    P/S: Ada beberapa penyanyi rock 80an dulu yg berattitude-kan punk rock lihat disini (klik)

    ReplyDelete
  2. Ada kaset album ni dulu..betul,memang best lagu yg duff buat,dengan vokal slang cowboy dia tu yg jadikan punk rock versi duff mckagan

    ReplyDelete
  3. so fine, yesss ni cam semua dia kan kat lagu ni haha..
    attitude pun dia nya kot? tak ingat.

    ReplyDelete