Tuesday, April 29, 2014

Pawnshop Guitars

Salah satu album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994)

Rasanya tak ramai yang kenal Gilby Clarke. Tetapi jangka masa beliau yang sekejap sebagai pengganti Izzy Stradlin dalam Guns N' Roses sudah cukup untuk beliau diberikan kepercayaan  untuk menghasilkan album solo.

Terus terang saya adalah fanboy Guns N' Roses. Saya peminat tegar Izzy Stradlin. Tetapi apa yang dihasilkan dalam album solo beliau ini pada saya lebih menarik dari Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds. Malah ianya adalah album solo bekas anggota GNR yang paling saya suka. Lebih best dari Believe in Me -Duf McKagan atau  It's Five O'Clock Somewhere dari Slash's Snakepit.

Nampaknya arah muzik beliau sama seperti Izzy. Kedua-dua mereka condong ke arah rock n roll ala Rolling Stones. Berbanding dengan Slash, ternyata beliau lebih berkebolehan dalam mencipta lagu-lagu yang sedap. Sayangnya tahun 1994 bukanlah tahun untuk irama "rock n roll supposed to be fun". Dunia mainstream ketika itu lebih kepada muzik depressed dan moody. Pawnshop Guitars gagal untuk mendapat perhatian.


Pada saya semua lagunya best. Semua lagu saya suka. Tetapi yang paling suka adalah "Johanna's Chopper", "Let's Get Lost" dan "Cure Me... Or Kill Me...". Lagu cover The Rolling Stones, "Dead Flowers" pun sedap.

Slash, Duff McKagan, Matt Sorum, Dizzy Reed malah Axl Rose sendiri pun terlibat dalam beberapa buah lagu. Rob Affuso (Skid Row) juga. Mungkin tak semua peminat tegar GNR akan suka. Tetapi jika anda sukakan melodic hard rock...atau rock n roll yang happy...Ini memang patut anda cuba...

Bak kata The Roling Stones dan Twisted Sister..It's only rock 'n roll...but i like it!.....





2 comments:

  1. Betul..lagu2 dalam album ni banyak yg best2..tapi kaset ni jadi mangsa telah hilang tanpa di kesan jugak..heheh.gilby clarke kalo tak silap penah terbitkan buku pasal dia jugak kot

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah tahu ada kewujudan album nama ni langsung...
    haha.

    ReplyDelete