Tuesday, November 13, 2012

Justice For All : The Truth About Metallica


Metallica: Justice For All by Joel McIver

Ini adalah buku kedua pasal pasal Metallica yang saya baca. Yang pertama adalah <ini> dan saya masih ada sebuah lagi yang belum di baca.

Ternyata bagi saya buku ini lebih detail berbanding Metallica Unbound. Di tulis mengikut turutan masa yang di bahagikan mengikut tahun dari awal sehinggalah ke era St. Anger. Nampaknya Joel McIver memang membuat kajian yang mendalam dalam menghasilkan buku ni.

Buku ini bukan sahaja menceritakan pasal Metallica tetapi sejarah tercetusnya scene thrash itu sendiri. Antara yang menarik pada saya adalah bab berkenaan kemalangan Clif Burton dan kenapa Jason Newstead meninggalkan Metallica. Ianya di tulis dengan detail malah kes napster juga dibincangkan secara mendalam.

Markah penuh saya berikan kepada separuh pertama buku ini. Yang kurangnya adalah bab2 terakhir terutamanya zaman Load dan keatas. Saya rasakan penulis lebih memberikan pandangan peribadinya sendiri berbanding dengan cerita Metallica itu sendiri. Walaupun hampir semua pandangannya itu memang saya setuju.

Buku terbaik pasal Metallica yang dah saya baca setakat ini. Kalau ada mengaku ada die hard...buku ini memang patut dah ada di tangan anda.

ok sekarang layan gambar2 yang sempat saya tangkap.



  3 era...the best...the sellout...and the nu   :D




Kirk Hammet zaman muda paling macho... :D


***kepala saya hampir tepu dengan cerita Metallica selepas membaca 2 buku pasal mereka berturut2...mungkin buku yang ke 3 (Enter Night) akan saya baca selepas membaca buku pasal lain pula...

8 comments:

  1. Ermmm....susah utk saya cari buku mcm ni...saya peminat Metallica jugak dan diskografi cd mereka pun hampir lengkap yg saya ada...tapi apa2 yg berkaitan buku Metallica memang saya ketinggalan...

    ReplyDelete
  2. Secara ringkas, cuba anda rumuskan mengapa JN keluar dari Metallica? Tidak lebih 10 patah perkataan.

    ReplyDelete
  3. aku suka imej hetfield zmn black... mcm iras2 paul sr (OCC) hahaha

    ReplyDelete
  4. Lars Ulrich sebelum dan selepas ( merujuk gambar masa dia main tenis dan gaya metal )

    ReplyDelete
  5. tu hari kat youtube keluar death angel ngan kirk hammet trapped under ice.

    suka lak aku tengok.

    ReplyDelete
  6. pehhh... 3 buku Metallica nak kena baca. Aku rasa 1 dah cukup.

    ReplyDelete
  7. banyak buku pasal Metallica ni rupanya..tapi buku ni pun lebih kurang mcm buku Enter Night je

    ReplyDelete
  8. Adi..Ebay!

    Portdy...ok 3 perkataan..Ego James Hetfield

    Faizal...Steve Harris dulu pun tenis player jugak...stop pasal kena suruh potong rambut :D

    Dr Ben...betul jugak...naik letih nak baca benda yg lebih kurang sama...speed reading le jawapnya...

    Rafi...tunggu aku abis baca...nak tau sama ker tak...

    ReplyDelete