Monday, November 19, 2012

Looper



Looper (2012)

Pengembaraan masa adalah subjek yang sangat menarik. Semenjak menonton Back To The Future (yang pada saya adalah filem pengembaraan masa yang terbaik sepanjang zaman) saya memang mengemari cerita2 berkenaan topik ini. Tak kira lah dari genre komedi macam Hot Tub Time Machine, aksi macam Terminator, cintan macam The Lake House ataupun yang pelik macam Donnie Darko, subjek pengembaraan masa memang sentiasa meghiburkan saya.

Begitulah juga dengan Looper. Bagi saya ini adalah salah satu filem 2012 yang berjaya menghiburkan saya. Bruce Willis kembali memilih filem yang betul. Agak lama juga tiada filemnya yang bagus. Tetapi pada saya filem ini menjadi lebih menarik kerana lakonan cemerlang Joseph Gordon-Levitt. Sememangnya beliau adalah pelakon hollywood yang paling saya gemari ketika ini.

Cerita ini bukan sekadar aksi sains fiksyen, tetapi ianya juga menyelitkan unsur-unsur drama yang membuatkan penceritaannya menjadi bertambah menarik. Walaupun begitu, ianya bukan cerita yang mudah difahami. Cerita begini memerlukan penghayatan yang lebih atau ditonton berulang untuk lebih memahami.

Jalan cerita menarik, lakonan menarik dan Emily Blunt pun tersangatlah menarik...heheh...memang rekomended la..



6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya baru layan semalam dan memang damn...filem ni memang terbaik dalam konteks filem sci fi + family oriented.


    JGL as Young Joe? gila menjadi walaupun pada asalnya saya rasa beliau akan gagal...hilang imej keremajaan dalam 500 days of summer

    ReplyDelete
  3. bruce willis...
    tears of the sun = pahlawan gajah

    ReplyDelete
  4. JGL ni skang dah jadi pelakon terlaris kat hollywood eh.tahun ni je 3 filem dia je main kat wayang..premium rush,dark knight rises dan looper ni..paling best lakonan dia dlm movie Hesher

    ReplyDelete
  5. JGL did it again! Bermula dengan sitcom 3rd Rock From The Sun lagi aku dah minat lakonan dia...sekarang dah jadi A List Actor...memang cun!

    ReplyDelete
  6. cerita ni mmg best.. x sia2 tgk kat wayang

    ReplyDelete