Wednesday, September 30, 2015

Gila Format 6 - Marching Out

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (30hb September)


Yngwie Malmsteen's Rising Force - Marching Out (1985)

Walaupun ini bukanlah album Malmsteen yang pertama saya tetapi Marching Out memang banyak kenangannya. Berangan nak jadi gitar hero pun kerana album ini. Lagu "I Am a Viking" khususnya. Lagu ni memang kira anthem bagi budak-budak rock melayu zaman tu. Jenuh menekan butang "play","stop", "rewind". "stop", "play", "stop", "rewind". "stop", "play", "stop"....berulang-ulang kali di radio kaset semata-mata kerana nak belajar main lagu ni dan mencari liriknya.

Lawaknya dalam satu temuramah radio bersama Brader Bo (Vicious Voulume - Radio Ria Singapura), Malmsteen sendiri tak menyangka yang lagu tersebut boleh jadi hit di belah Malaysia dan Singapura. Bagi beliau lagu itu hanyalah sebuah "joke" semata-mata.



Tetapi selain dari "I Am a Viking", lagu-lagu lain pun best belaka terutamanya lagu-lagu dari side A. "I'll See the Light, Tonight" , "Don't Let It End", "Disciples of Hell" menjadikan Jeff Scott Soto penanda aras untuk vokalis-vokalis yang terkemudian darinya.

Malas la nak cerita pasal Malmsteen. Sudah sememangnya saya akan "bias". Memang banyak pengaruh yang dibawanya kepada band band rock di Malaysia pada tahun 80an dulu. Selamanya beliau adalah gitar hero saya.

Marching out akan sentiasa membawa saya kembali ke umur belasan tahun. Maka sememangnya tak patut kalau album ini tidak di"gila formatkan".


*versi kaset saya mempunyai gambar cover yang berbeza. Sebenarnya hanya cetakan dari Jepun yang mempunyai cover sebegitu walaupun kaset saya adalah cetakan lanun apache dari Malaysia...heheh...




6 comments:

  1. Kenangan dulu2 ada walkman suka dengar kaset album ni.
    sedap semua lagu...
    kalau nak ppanggil sapa2 fool pun siap nyanyi lirik bahagian fool kat i am a viking tu pun...
    Kuat pengaruh haha

    ReplyDelete
  2. aku teringin nak collect lp ni la.. lagu I Am a Viking power gile beb...

    ReplyDelete
  3. Apache rules! mana tape Res2? kasi review la. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Ko cite pasal album ni sabtu lepas gi amcorp da nampak lp ni,ingatkan lepas masuk bookexcess boleh dtg balik beli semula,sekali dah ada org ambik.melepas aku.album ni mmg aku takda,baik cd atau lp..ishh..rugi

    ReplyDelete
  5. I am a viking...mmg bes sgt lagu ni...klu dgr album ni mmg lagu ni aku dgr dlu...terbaik dri yngwie...

    ReplyDelete
  6. Versi apache lg lazat..hihi baik ni album

    ReplyDelete