Thursday, February 25, 2021

Ariwatan

 Kenangan rock melayu...

Ariwatan - Ariwatan (1990)

Sebuah lagi album rock melayu yang tak pernah di ambil tahu pun kewujudannya suatu masa dulu.

Cd reissue ini pun sejak di beli 5 tahun yang dulu (2016), memang tak pernah dipasang. Beli...buka plastik... belek inlay....lepas tu simpan!.

Artikel Dr Taki di Facebook sekali lagi menyebabkan rasa terpanggil untuk mendengar. Agak susah juga nak masuk pada awalnya. Mungkin mendengarnya ketika mood yang tak berapa nak sesuai. Memang ada masanya menjadi masalah bila mendengar sesuatu album yang bukan pada ketika zamannya. "Feel"nya memang tak akan sama.

Saya adalah peminat Aris terutamanya album Aris (1994). Vokal beliau memang bagus. Album ini telah membuktikan yang vokal beliau dari mula pun memang dah bagus. Sayangnya pada saya album ini tidak mempunyai lagu yang benar-benar boleh memikat. Selain Rockamania (Hulkamania?..), mungkin ada satu dua lagi lagu yang saya rasa agak ok. Entahlah...mungkin saya kena dengar lagi dan lagi. Tetapi untuk saya ianya bukanlah sebuah album yang sekali dengar dah suka. Lain tekak lain seleranya.

Tetapi saya tertarik dengan sususan lagu-lagunya. Ianya agak berbeza dengan cara biasa. Lagu perlahan tidak diletakan di track kedua sebaliknya di track ketiga. Sesuatu yang berbeza untuk album keluaran tahun 1990.

Kesimpulannya, nama M Nasir tidak semestinya menjanjikan kejayaan. Ariwatan mungkin menjadi antara nama yang dilupakan kalau bukan kerana Aris masih menggunakan nama Aris Ariwatan. 



6 comments:

  1. "Beli...buka plastik... belek inlay....lepas tu simpan!"

    aku ada 1 CD kena macam ni, May Dilema

    ReplyDelete
  2. tahu pasal band ni pun disebabkan Ari Ariwatan….ingatkan Ariwatan tu nama dia, rupanya nama band lama dia haha

    ReplyDelete
  3. Nyanyian Rebah mmg padu dr Aris Ariwatan

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Dr Taki Takiyuddin sedang dalam proses untuk menulis buku 50 Tahun Rock Di Malaysia... boleh search di Facebook atas nama Taki Takiyuddin

      Delete