Tuesday, February 23, 2021

Metal Commando

 Lagi album terbitan dari tahun lepas...

Primal Fear -Metal Commando (2020)

Antara band power metal yang dibeli kasetnya ketika zaman kemaruk dengan genre sebegini pada awal-awal tahun 2000 dulu. Jaws of Death (1999), Nuclear Fire (2001) dan Black Sun (2002) masih tersimpan kasetnya dalam koleksi.

Namun begitu agak susah juga untuk mengingati lagu popular mereka tanpa bantuan google. Mereka adalah band yang dibeli kasetnya semata-mata kerana sukakan vokal Ralf Scheepers. Memang minat dengan vokal beliau semejak dari zaman Gamma Ray. Tetapi jujurnya Primal Fear adalah antara band yang jarang-jarang dimainkan kasetnya. Beli, dengar sekali dua, dan terus simpan.

Album ini adalah percubaan untuk mendengar semula muzik mereka. Semenjak kembali terjebak dengan genre sebini rasa bersemangat pula untuk terus membeli cd-cd dalam genre yang begini.

Metal Commando (cheesy betul tajuknya ) adalah sebuah album heavy/power metal yang biasa. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang. Ianya sepeti mendengar album-album lama mereka. Memang sedap. Memang melodic. Memang catchy. Setiap lagunya bagus. Cumanya bila mendengar secara berterusan akan mula terasa "lost" atau "kebosanan" bila menghampiri suku terakhir cd. Masalah biasa untuk saya dalam mendengar genre sebegini. Nasib juga track terakhirnya "Ifinity" sedap.

Jika suka power metal tak ada masalah untuk mengatakan ini antara yang terbaik dalam genenya bagi tahun 2020.


2 comments:

  1. baru dengar lagu "hear me calling" dari album ni. fuhh hard rock. sedap didengar.

    ReplyDelete