Antara peneman sepanjang PKP 2.0
Alcatrazz - No Parole From Rock 'n' Roll (1983)
Selepas Steeler, ini adalah persinggahan kedua Malmsteen sebelum menjadi artis solo. Pengaruh utama Malmsteen adalah Ritchie Blackmore. Makanya tak rasa pelik pun bila dia bergabung bersama Graham Bonnet yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Rainbow.
Muzik Alcatrazz sendiri mempunya pengaruh melodic hard rock / heavy metal ala Rainbow dan Deep Purple. Memang catchy. Peminat Malmsteen era 80an pasti akan suka. Hala tujunya sudah nampak ke arah neo classical yang menjadi trademark beliau. Shredding solo beliau yang laju. "Eargasm" lah bagi yang minat muzik sebegini.
Lagu-lagu seperti "Jet to Jet", Hiroshima Mon Amour" dan "Kree Nakoorie" adalah lagu-lagu yang sering di mainkan Malmsteen walaupun selepas bergelar artis solo. Kalau rajin boleh cari di youtube. Versi beliau bersama Jeff Scott Soto pun menarik.
Sebagai peminat Malmsteen, album ini memang wajib dibeli!.
Baru tahu yang band ni bawak lagu "Island In The Sun" (bukan lagu Westlife tu) hahaha. tapi yang itu album lain kan? haha best band ni.
ReplyDeleteyer… Island in the sun ada dalam album ni
Delete