Friday, February 12, 2021

The Beavis and Butt-Head Experience

 Kenangan dari zaman remaja...

MTV's Beavis And Butt-Head - The Beavis and Butt-Head Experience (1993)

Kadang-kadang ada satu lagu atau album yang mengingatkan kita kepada seseorang atau keadaan yang tertentu. Entah kenapa album (kaset) ini mengingatkan saya kepada kereta saya yang pertama. Ianya kereta 2nd hand Toyota Corolla 1.6GL 1987 putih dengan plat no. JAY1017.

Gambar hasil Google


Ianya dibeli pada penghujung tahun 1993. Ketika itu saya baru mendapat jawatan tetap yang stabil dengan salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri Johor. Duit mukanya ditanggung oleh Abah. Maklumlah baru berkerja. Mana nak ada duit simpanan. Keluarga kami tidak mempunyai kereta. Orang Felda lah katakan. Disebabkan saya tinggal bersama kelurga, makanya ianya juga menjadi kenderaan rasmi untuk kami sekeluarga. Salah satu sebab yang lainya, abah tak mahu saya menjadi mat rempit kalau membeli motor...hahaha..

Duit gaji ketika itu RM1,200.00. Ansuran keretanya mungkin kalau tak silap dalam sekitar RM360 hingga ke RM410. Dah tak boleh nak ingat dah. Nasib juga tiada sewa rumah. Sesak nafas jugaklah nak tunggu hujung bulan bila baki duitnya di jolly sakan dengan membeli kaset, tengok wayang dan belanja aweks...hahaha..

The Beavis and Butt-Head Experience (kaset) ini dibeli sekitar penghujung 1993. Zaman yang tengah kemaruk nak pegang stering. "99 Ways To Die" dari Megadeth adalah antara lagu yang di ulang -ulang dengar ketika memandu pada waktu itu. Cher dengan lagu "I Got You Babe" juga menjadi memori pada waktu.

Entah tak ingat sangat lagu yang lainnya. Anthrax dengan cover Beastie Boys, "Looking Down the Barrel of a Gun" pada saya agak membosankan. Sekali dua buat lagu rap memang ok. Tetapi bila dah 3 kali jadi menyampah pula. Satu lagi lagu yang menarik dari album ini adalah Aerosmith - "Deuces Are Wild".

Akhirnya selepas 27 tahun dan 4 kereta yang berikutnya berjaya juga mememilikinya dalam bentuk cd. tak pernah tengok pun siri kartun Beavis and Butt-Head ni di tv. Memang tak akan masuk tv Malaysia pun cerita yang macam ni. Tv Singapura pun tak ada. Tetapi soundtrack nya memang agak popular juga pada ketika itu.



3 comments:

  1. Aku dengar album ni dan suka betul kat lagu Deuces Are Wild. time tu radio singapore selalu main I Got You Babe

    ReplyDelete
  2. fuhh. masih ada ke kereta tu skg.

    ReplyDelete