Antara cd yang terkini dalam simpanan...
Poison - Hollyweird (2002)
Tak pernah tahu tentang Hollyweird sebelum ini. Tak berapa mengambil tahu tentang Poison selepas kurang berminat dengan hala tuju Native Tongue (1993). Rupa-rupanya ini adalah album studio penuh dari klasik lineup mereka.
Dengan kembalinya C.C. DeVille, Poison kembali kepada diri mereka yang asal. Straight forward happy rock and roll bukannya blues-based rock ketika zaman Richie Kotzen ataupun Blues Saraceno. Walaupun kedua-dua mereka adalah shredder yang hebat, tetapi nadi dan trademark Poison adalah sound gitar C.C.
Walaupun ada di antara lagu-lagunya yang kedengaran agak moden untuk bernostalgia ke era 80an, tetapi ada juga lagu-lagunya yang boleh membawa kita kembali kepada zaman Open Up and Say... Ahh! (1988) dan Flesh & Blood (1990).
Hollyweird tak akan menjadi album terbaik Poison, tetapi ianya juga tidak akan mengecewakan peminat awal mereka.
rider yang weird
ReplyDeletewow poison era dekad tahun 2000 ke atas ni nampak makin matured
ReplyDelete