Lagi album baru dari tahun lepas...
L.A.Guns - Renegades (2020)
Agak terpedaya juga sebenarnya dengan album ini, Ingatkan ianya adalah L.A.Guns reunion dari Phil Lewis dan Tracii Guns seperti album "The Missing Peace (2017)" dan "The Devil You Know (2019)". Rupa-rupanya ia adalah versi L.A.Guns yang lain. Ianya adalah versi Steve Riley (drums) dan Kelly Nickels (bass) yang juga merupakan 2/5 dari klasik line up mereka.
Nampaknya bukan XPDC sahaja yang ada 2 versi, L.A.Guns pun sama...haha..... Kes album ini pun dah masuk kes mahkamah. Tunggulah nanti versi siapa yang berhak guna nama L.A.Guns.
Tapi sebenarnya ok jugak versi yang ini. Ada beberapa lagunya yang mirip kepada L.A.Guns era "Cocked & Loaded (1989)". Maklumlah Kelly Nickels adalah orang yang bertanggung jawap menghasilkan lagu "The Ballad of Jayne" (lagu mereka yang paling dikenali). Tambahan pula suara vokalis baru mereka agak mirip dengan suara Phil Lewis.
Sepatutnya mereka bergabung, barulah dapat 4/5 dari klasik lineup. Tanpa solo-solo gitar dari Tracii Guns, album ini rasa seperti kurang perencah.
\m/ steady ...layan rawk
ReplyDeletehaha.. oh kat luar pun ada versi cam xpdc siap naik mahkamah tu
ReplyDeletedorang hak nama band member pegang... tu boleh gaduh kat mahkamah...kalau kat Malaysia hak nama recording company pegang... gaduh pun tak guna...haha...
Deletebaru search pasal lagu The Ballad Of jayne. first time dengar. wow boleh tahan
ReplyDeletememang sedap... antara yg masuk list kalau buat mix tape lagu slow rock
Deletelayan ni bang haha.
Delete