Friday, July 9, 2010

Never Neverland

Awas....Entry ini takder kena mengena ngan Michael Jackson...

Ini entry ke 2 aku untuk album2 dari tahun 1990...kali ini dari sebuah band yang berasal dari Kanada...Annihilator dengan album ke 2 mereka bertajuk Never Neverland...



Terus terang aku cakap...dalam dunia thrash metal..Annihilator adalah salah sebuah band yang paling aku minat sekali...terutama kerana pengasas dan gitarisnya Jeff Waters...dia sememangnya gitar hero aku aku bagi kategori thrash...memang dasat permainan mamat ni...kalau tak...takkan la selepas Jeff Young kena pecat...antara yang terawal Dave Mustaine ajak join Megadeth adalah beliau...aku pernah baca dalam satu interview dulu dia cakap yang dia akan tetap setia dengan Annihilator kerana ini adalah band dia walaupun ramai orang cakap dia tolak tuah...pasal dah konpem2 album Megadeth sure capai platinum dan senang2 jadi terkenal...tengok jer la Marty Friedman kan...mungkin ada bagus dan tidaknya jugak kan...kalau tak...tak ujud la Never Neverland ni...(dengarnya selepas Marty Friedman blah...sekali lagi Dave Mustaine ajak dia join Megadeth tapi tetap dia menolak...)



Aku start dengar Annihilator dari 1st album dorang Alice In Hell...antara album terbaik thrash metal ni....so bila keluar album ni memang high expectation la...seingat aku dulu masa mula2 dengar macam frust sikit...pasal album ni tak seheavy dan selaju Alice in Hell...album ni lebih melodic...tambah pulak vocalistnya bukan lagu Randy Rampage...tapi selepas beberapa kali dengar...aku suka album ni...kalau Alice in Hell lebih pada riff2 membunuh...tapi Never Neverland penuh dengan solo2 dan melodi2 yang hebat...memang dasat permainan gitar Jef Water...lagu2nya penuh dengan melodi yang berubah2...complex riffing dan solo2 membunuh...dan selepas 20 tahun aku masih tetap teruja setiap kali mendengarnya...

Aku suka semua lagu dari album ni terutama lagu2 dari side A (kaset)...antara yang menarik bagi aku ialah The Fun Palace, Road To Ruin, Stonewall, Never Neverland dan Phantasmagoria...produksi untuk album ini jugak sangat jelas dan bersih...pendapat aku soundnya lebih menarik dari album2 hebat tahun 1990 yang lainnya seperti Rust In Peace dan Seasons In The Abyss...sound bass dan drumnya memang best...takder saat yang tak menarik dalam album ni...cekidout bassist dia Wayne Darley dalam lagu The Fun Palace dan Never Neverland...terbaik!..


cd ni aku beli masa zaman Tower Records kat KL Plaza dulu...sekaligus beli 3..Alice In Hell, Never Neverland dan Set The World On Fire

Satu yang kekurangan pada aku hanya lah suara vocalistnya Coburn Pharr...ntah la aku lebih suka Randy Rampage (vocalist album Alice In Hell)....problem Annihilator ialah payah sangat dorang nak kekalkan sorang vocalist...asik la berubah2 setiap album...tu yang last2 Jeff Waters nyanyi sendiri je kot...

Apa2 pun...kalau korang peminat gitar terutamanya...dan nak dengar sebuah album thrash metal yang melodik dan penuh dengan permainan gitar yang teknikal (try cekidout lagu The Fun Palace dan Never Neverland)...aku rekomen 100% album ni...ni album aku memang aku rating high sebelah menyebelah ngan Rest In Peace...






***tak tau la kenapa dorang kurang popular...mungkin pasal kanada kot...at any time...aku rating Jeff Waters lebih tinggi dari Marty Friedman....dan at any time jugak..Aku rating Annihilator lebih dari Slayer...

8 comments:

  1. Aku try dengar Annihilator awal2 dulu... pada aku depa ni kurang "vibe" dan "aura". Plain and simple. Itu yang susah nak tarik crowd. Reputasi Jeff Waters je tak cukup sebab jarang guitar heroes ni boleh cari makan dengan main Thrash Metal. As a band, kena ada semua.

    Annihilator lagi hebat dari Slayer. Mungkin ko sorang je kat dunia yang anggap macam tu kot heheh... takpelah, perut masing2.

    ReplyDelete
  2. album baru dia pun not bad..

    baca dlm metal hammer aritu.. dlm interview jeff ckp "maybe dave mustaine already forgot that he called me twice to join megadeth but as a person who adores him & megadeth, i still remember till now.."

    annihilator > slayer

    ReplyDelete
  3. Jeff Waters pernah berexperiment dalam album Remains...tapi aku tak suka...bagi aku problem annihilator mungkin pasal kegagalan Jeff mengekalkan band membernya...Annihilator semakin jadi one man band...

    pernah tak kau rasa ada masa2 (contoh sedih bengang bosan dll) yg ko tak boleh dengar sesebuah album/band padahal ko suka band/album tu...itu yang terjadi kepada Slayer untuk aku..

    tapi ada yang lainnya contoh iron maiden dan beberapa lagi termasuk Annihilator ni yang at any time aku boleh dengar tanpa rasa nak tutup radio...tambah pulak aku menyampah Slayer selepas 1990...

    dan iyer BS.. Annihilator > Slayer

    ReplyDelete
  4. annihilator ni wa tak penah dengar...


    tapi kalau Ani MAyuni wa tau...

    ReplyDelete
  5. Ani Mayuni???...emmm best ke??
    Alice In Hell ada jugak le aku dengar...Alice In Chain pun aku ada dengar...hehehehe...Ani Mayuni aje..tak berapa nak dengar...

    ReplyDelete
  6. annihilator ni ada peminat dorang sendiri. popular jugak ni band among budak2 melayu zaman dulu2.

    ReplyDelete
  7. Annihilator > Slayer = Anihnyer.

    ReplyDelete
  8. anni dan pantera pernah jadi opening dalam siri promosi album "painkiller" judas priest tahun 90an dulu. mr. jeff and co telah berjaya membuatkan mr. cowboy from hell gelabah, ngelupur dan bermain dengan bersungguh untuk menandingi dan memenangi hati peminat. itu la kehebatan annihilator!

    gua suka annihilator walau band thrash ni seperti tidak diendahkan

    ReplyDelete