Friday, July 31, 2009

Rust In Peace

Sementara bersabar menunggu Endgame yang dijangkakan akan dirilis pada bln September ni dan khas jugak untuk Encik Bijak_Sinner mari kita layan album ni dulu - Megadeth Rust In Peace.



Ini adalah album Megadeth yang paling aku suka..diterbitkan pada tahun 1990..album ke 4 dorang dengan line-up klasik yang jugak paling aku suka...walaupun awalnya aku berharap Criss Oliva (Savatage) atau pun Jeff Water (Annihilator)yang akan bermain gitar untuk album ni..namun selepas kedua2nya menolak..kemasukan Marty Friedman benar2 mengubah Megadeth kepada satu tahap yang lebih tinggi...Kombinasi gitar Dave Mustaine dan Marty Friedman memang serasi betul la..mereka berdua ni membuatkan kita rasa rif2 dan solo2 yang teknikal dan susah tu macam senang je kan...memang dasat.

Tapi dah boleh agak la kan...Marty tu kan gitar shredder...aku dah start dengar dia zaman dia ngan Jason Becker dalam Cacophony lagi..album Speed Metal Symphony..sayangnya Jason Becker masa tu join David Le Roth la pulak..dah tak jadi metal..oh..ok...ni citer lain..



Seingat aku masa album ni keluar...promosi dia EMI Malaysia buat besar2an jugak..nak lawan Metallica la kan..siap keluar iklan dia kat suratkabar Berita Harian..suku page..terpampang muka sorang2...dasat..nasib zaman tu aku bukan kaki buku sekerap macam Encik J...kalau tak boleh gunting dan tampal tunjuk bukti...huhu..

Lagu pembukaan Holly Wars...The Punishment Due...1st time dengar jer dah rasa nak terlompat dah dia punya excited best...jarang2 dapat jumpa pembukaan album yg sekali dengar jer dah menangkap...bagi kes aku mungkin selain ni..Blackened atau Battery kot..masuk pulak lagu no 2 Hangar 18...mak aii...gila babas dia punya best..dengar 2 lagu ni jer dah cukup bagi aku rasa berbaloi baloi untuk aku upgrade jadi cd beberapa tahun kemudiannya..



Bagi aku album ni dari awal sampai abis semua best...tak der filler..ok la..mungkin Dawn Patrol..tapi ok la tu..untuk slow down kasi rest kepala kejap dari terjahan berterusan teknikal gitar kan...hehe..

Kalau nak kira lagu favourite...ada 5 lagu yang aku betul2 suka..Holy Wars...The Punishment Due,Hangar 18,Five Magics,Tornado Of Souls dan Rust in Peace...Polaris.



Kesimpulannya..kalau nak dengar thrash metal teknikal bermelodi dgn solo2 membunuh..inilah album yang patut dicari. Rekomended!


***latarbelakang gambo cd tersebut saja2 dibuat begitu rupa sebagai tujuan untuk riak cd megadethwi..huhuhu..

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. rekues rekues! ting! ting!

    rebiu youthanasia satu bro! hehehe


    "My thinking is derailed
    I'm tied up to the tracks
    The train of consequences
    There ain't no turning back!"

    ting! ting!

    ReplyDelete
  3. Alahai..nasib baik koleksi aku tak lengkap..kalau tak nak riak jugak...tapi CD2 belakang tu..rasa2 ada dalam gerobok CD aku...Tapi Rust In Peace memang berbaloi baloi....

    ReplyDelete
  4. apa hal semua brader2 gua ni main review2 CD yg diorang ada...?

    atau memang ada game 'riak CDwi'.
    hahaha... jangan sampai gua bikin galeri untuk koleksi gua...!!!

    Rust In Peace memang class!
    setuju dengan Berteromber, mana2 album pun, first song mesti mau tunjuk 'something' supaya kita terus lekat untuk dengar the rest of the album...

    semua lagu dlm ini album memang perfect, even Dawn Patrol!!

    tapi Tornado Of Souls bikin gua tak senang duduk...

    bangun...

    ambik feel...

    buka kuda-kuda...

    pejam mata...

    hayun kepala...

    libas rambut...

    ini baru thrash metal!!

    ReplyDelete
  5. WAH SEMUA LAWAN2 REVIEW CD NI..HEHEHE AKU REQUEST..PEACE SELL..BUT WHO'S BUYING

    ReplyDelete
  6. lagu tornado of souls merupakan lagu tokdet eh megadeth yg pertama aku dgr... diperkenalkan oleh cimmat (abg takilala) penghujung 1999 (lmbt metal aku ni). sblm tu aku xpnh dgr lagu2 megadeth, asyik2 layan metalika je...

    sama spt review encik berteromber ni, mmg "gila babas!"

    ReplyDelete
  7. Bagi aku R.I.P memang album terbaik Megadeth. Lagu fav Holy Wars.. Huhu. Riak MegadethWi.
    Lagi satu, versi Remixed & Remastered utk album ni ada 4 lagu unrilis:
    1. My Creation- lagu Nick yg tak siap
    2. R.I.P..Polaris (versi demo - Gitar by Chris Poland, Dave nyanyi utk part 'bercakap' tu)
    3. Holy wars..T.P.D (versi demo, Chris Poland lagi)
    4. Take no prisoners (versi demo, juga Chris Poland)
    Best ooo...

    ReplyDelete
  8. Portdy..pelan2 kayuh..tungguuuu..

    Skid..sila2..simpan dalam gobok pun nak buat apa..hehe

    Eddie..dari bersawang dalam gobok tu..baik tampal kat sini..kot2 ada yg tak tau..boleh jadi tau kan..gua tunggu je lunya galeri..

    VH1 Behind Music : Megadeth nak?..gua ada..

    ReplyDelete
  9. J..abang mus rulessss!

    Matakucing..lawan skit2 jer..nak citer bab lain tak pandai..hehe..Peace Sell kena tunggu turn la..:P

    Ijau..lambat ker cepat tak jadi hal..kalau dah minat memang tak kemana..skit lagi kalah la koleksi aku tu...laju je aku tengok ko mengegay..hehe

    Takilala..alamak..itu 4 unrilis track aku tak pernah dengar la..maklumla cd aku 1st press...huhuhu..nak kena sedut ni..

    ReplyDelete
  10. haaha

    aku suka nengok cd2 kat belakang tu..

    aku pun first rust in peace kaset, dah kerja, terus upgrade cd huhu

    ReplyDelete
  11. argh!!! aku nampak cd.. aku nampak BANYAK cd!!!!

    ReplyDelete
  12. macam tau2 ja ko aku minat sangat2 album ni, antara album megadeth yg paling aku suka selain dr youthanasia...tornado of soul yearghhhhh!!!!

    ReplyDelete
  13. Deaf...kita serupa

    Speedrider...aku pulak rasa kocek dah kosong..dompet dah kempis...arghhh..:P

    Cimca...
    "But now I'm safe in the eye of the tornado
    I can't replace the lies, that let a 1000 days go
    No more living trapped inside
    In her way I'll surely die
    In the eye of the tornado, blow me away"

    yearghhhh!!! \m/

    ReplyDelete
  14. lagu angry again ttp di hati!!

    eheh...

    dan addicted to chaos!

    mustaine lg beh dr hetfield dan kirk hemet..bkn nk bnding,..tp cetusan rse ati ,,huhu

    ReplyDelete