Thursday, July 5, 2012

Kubu Jalan Kota Tinggi - Mersing


Sesapa yang pernah lalu jalan Kota Tinggi - Mersing konpem akan jumpa bendalah ni...



iyer...ianya adalah kubu...atau orang Ulu Tiram panggil  Pill Box...

Sejak kecik lagi setiap kali melalui jalan Kota Tinggi - Mersing aku selalu tertanya2 apabendalah lah bongkah batu beso kat tepi jalan ni...bapak aku cakap tu kubu perang Jepun...sebagai seorang yang suka subjek Sejarah dan dapat A subjek tersebut  dalam SRP (heheh..) benda ni memang buat aku teruja...sejak tu memang aku bertekad satu hari nanti aku nak berhenti singgah...tengok dan ambik gambo...

Akhirnya setelah berpuluh tahun...kebetulan anak aku belajo kat Mersing dan aku selalu ulang alik jalan ni...hajat tersebut akhirnya tertunai...



keadaan belah dalamnya...Orang kata tempat ni keras...banyak kejadian aneh berlaku...aku pulak sesorang masa ni...hujan renyai2 lak tu...buat2 berani jer la...heheh...

Hasil pengooglelan aku...Kubu2 atau PillBoxes ni di dirikan oleh pihak British semasa WW2 untuk menghalang kemaraan tentera Jepun dari Singapura...tapi sayangnya tak banyak info yang aku jumpa...kalau tak silap aku...kalau jalan dari arah Kota Tinggi tu terdapat 3 buah kat belah kiri dan 2 buah kat belah kanan...

Kalau tengok dekat2 boleh nampak la kesan2 tembakan...mungkin suatu masa dulu berlaku pertempuran sengit kat sini...sayangnya...benda2 sejarah ni tak mendatangkan income untuk gomen...so dorang tak pedulik pun...akhirnya kubu2 ni terbiar begitu saje...tu pun dulu aku pernah dengar ura2 yang kubu2 ni nak dirobohkan bila dorang menaik taraf jalan ni...tapi hasil tentangan kumpulan2 yang sayangkan sejarah ianya terselamat...cuma kedudukannya tu memang tak sesuai...terlalu hampir ngan jalanraya...banyak jugak dengo cerita kemalangan kat sini...



Apa2 pun pada aku sayang la benda bersejarah cengini terbiar...apa lah salahnya kalau tapak ni di wartakan sebagai tapak sejarah...buat papan tanda penerangan tentang kubu2 ni...sekurang2nya benda ni boleh jadi rujukan untuk generasi akan datang...




17 comments:

  1. biasalah..sedangkan bangunan lama boleh dirobohkan atas alasan pembangunan....aku tak heran kalau bangunan kat bandar hilit tu kena roboh esok...

    ReplyDelete
  2. tp pillbox kat penang depa jaga baguih2 ooo, siap cat baru, buat pagar... contohnya yg kat relau, xcaya cuba tanya muspeed

    ReplyDelete
  3. http://www.penang-traveltips.com/world-war-ii-pill-box.htm

    check-out it's design... sama kan? mesti kontraktornya sama

    ReplyDelete
  4. mungkin sebab Penang kan World Heritage Unesco ( kalau salah harap maafkan ) sebab itu dijaga rapi...

    ReplyDelete
  5. Mungkin sebab lokasinya kot...kat Penang tu kawasan bandar...sebab tu dijaga rapi...macam jugak aku tengok kat Pasir Panjang, Singapura tu...tp yang ni jauh tempat jin bertendang...tak sapa nak ambik kisah...

    PC Kokak...Ulu Tiram rules!!! heheh..

    ReplyDelete
  6. aku lalu je, tapi lebih kepada berdebar2 jalan tu driver asyik nak overtake je haha.

    ni first time aku tengok foto dalam pillbox ni.

    ReplyDelete
  7. deaf...bas kat sana mmmg laju2...apa taknya...dia punya jalan bengkak bengkok tu mmg syok layan lap...

    ReplyDelete
  8. memang sayang tak dijaga dan terbiar gitu jer...selalu lalu dan abah pon akan cerita benda yang sama : untuk menghalang kemaraan tentera jepun...

    ReplyDelete
  9. saya juga peminat sejarah. saya juga ada cita-cita untuk explore semua peningalan sejarah dahaju. tetapi disebabkan saya masih belajar, kurang duit poket, saya hanya berharap suatu hari nanti saya dapat explore kesemuanya sebelum terlambat. p/s : pulau pinang, saya sangat meminati semua structure2 bangunan lama di pulau pinang, terutama bangunan british yang terbengkali. hairan kenapa tiada siapa mahu mengambil untuk di cantik kan semula. i love historical places. i love to go alone and learn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer...cita2 saya juga...tapi sampai ke tua pun tak berjaya...kekangan masa, wang dan sokongan...semuga anda berjaya...

      Delete
  10. Kalau masuk ke kanan (kawasan sawit) nak menghala ke Mersing, akan jumpa satu lagi kubu yang lebih besar dua tingkat bersekali dengan water gate. betul-betul terletak di tepi cabang Sungai Dohol dengan anak sungai kecil. yang itu mungkin tak terganggu untuk jangka masa lama sebab kedudukannya. Terjumpa masa pernah buat kerja ukur kawasan situ. sayangnya masa tu takde smart phone, kalau tak dah ambik gambar buat kenangan.

    Dan lagi, tepi sungai sedili tak jauh dari situ ada batu nisan lama (lokasi sebenar dah tak pasti). Kebetulan terjumpa masa mengail udang dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas perkongsian...tak pernah tau dua2 ni...kalau berkesempatan memang teringin nak tengok..

      Delete
  11. ade sape boleh pin tempat ni?saya cari kat google earth tak nampak!tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau google earth cuba search "Bunker Kota Tinggi"... mesti jumpa

      Delete
  12. Saya rasa, benda inilah yang paling menarik kalau melalui Jalan Mersing-Kota Tinggi.

    ReplyDelete