Monday, July 9, 2012

Lonesome Crow

Memori 40 tahun....



Scorpions - Lonesome Crow (1972)

Jika mendengar lagu2 dari album ni tanpa melihat coverya....konpem tak akan percaya ini Scorpions...memang ianya sangat berbeza terutamanya jika anda hanya mengenali Scorpions era Still Loving You maupun Wind Of Change...

Ini adalah album pertama mereka...seperti kata Klaus Meine...album yang mereka masih tercari2 hala tuju muzik mereka...maka terhasil sebuah album bercirikan psychedelic rock dengan elemen2 jazz yang biasa boleh kita dengar dalam album2 Pink Floyd....mungkin ala2 Uriah Heep pun iyer juga...dan sedikit Black Sabbath mungkin....



Ini adalah line-up asal Scorpions...kumpulan yang ditubuhkan oleh adik beradik Schenker bersama Klaus Meine...dan dibantu oleh Lothar Heimberg (bass) dan Wolfgang Dziony (drums)...apa yang menariknya pada aku ketika rakaman album ni dibuat Michael Schenker baru jer berumur 16 tahun...tapi permainannya memang dasat...tak hairanlah selepas dari ni dia ditawarkan bermain ngan UFO...

Aku mendengar keseluruhan album di zaman penghujung 80an...biasa la...time tu susah nak cari...mana ada ebay...kat mana nak download...tapi ada diantara lagu2nya memang aku dah biasa dengar...terutamanya lagu slow "In Search of the Peace of Mind"...dulu masa awal 80an abang aku ada beli kaset pirate Best of Scorpions...dalamnya ada lagu ni...time tu pun aku dah dapat rasakan lagu ni berlainan...memang kuat feel 70annya...

Selain tu lagu yang jadi kegemaran aku dari album ni adalah "I'm Goin' Mad"...lagu yang 1st time aku dengar aku ingatkan iyernya lagu Uriah Heep...memang sebijik macam Uriah Heep...dan banyak lagi lagu2 yang macam Uriah Heep cuma yang berbezanya Uriah Heep guna keyboards....

ini adalah zaman bermisai tu rock....heheh


so...kalau nak dengar Scorpions yang agak berbeza...walaupun zaman Uli Jon Roth sekalipun...ataupun kalau anda pengemar muzik rock 70an...(PC Kokak tentu suka..) album ni memang rekomended!






4 comments:

  1. dan pesen rocker baju nmpk pusat mmg dah lama wujud sejak 70an lg :)

    ReplyDelete
  2. album2 awal scorpions memang layan, terutama zaman uli roth, zaman hippies.. get high.. hehe

    ReplyDelete
  3. kalaulah britney spears tahu siapa mulakan baju nampak pusat...kompom dia jadi minah rock..hehhehee

    ReplyDelete
  4. scorpions... sejarah dorang memang mengkagumkan betul

    ReplyDelete