Thursday, February 21, 2013
Amour
Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild
Amour (2012)
Untuk Adi dan Rafi, yang ini baru foreign film. Filem dari Austria. Dialognya pula menggunakan bahasa Perancis. (err...orang Austria memang guna bahasa perancis eh?..) Memang untuk menontonnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sarikata.
Sebuah lagi filem drama berat dan art. Filem kategori begini memang senang nak tercalon jadi filem terbaik. Seperti Beasts of the Southern Wild , filem ini juga bukannya untuk tontonan semua orang. Ianya jenis filem banyak bercakap, yang tak minat konpem akan tertidur. Walaubagaimanapun, mata saya masih gagah menontonnya hingga akhir (ok...ada la sikit-sikit fast forward bab-bab yang takder dialog tu).
Ceritanya berkenaan pasangan suami isteri yang sudah berumur. Isterinya mengalami stroke dan lumpuh sebelah badan. Si suami mengambil tugas menjaga isterinya. Ada anak tetapi duduk berjauhan. Jalan cerita memang nampak simple. Kisah ketabahan si suami menjaga isterinya tetapi memang ada kejutan.
Apa yang saya cukup tertarik adalah lakonan 2 pelakon utamanya tertutama yang menjadi isteri (Emmanuelle Riva). Tak hairanlah dalam usia beliau yang dah mencapai 85 tahun tu boleh menang BAFTA Awards. Memang real lakonannya. Saya tak terkejut jika beliau juga memenangi best actress di academy awards nanti.
Cerita ini buat saya terpikir bagaimanakah keadaan kita di hari tua nanti. Kisah begini mengkin sahaja akan terjadi pada kita semua. Sebuah filem yang menarik tetapi untuk menontonnya sampai habis anda seharusnya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi jika anda peminat filem heavy drama/art, Amour bukanlah satu masalah untuk anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam menarik cerita ni... kena sedut nanti nih
ReplyDeletekalo melibatkan kisah orang tua ni, teringat aku dgn movie Notebook lakonan Ryan Gosling tu, scene terakhir di mana pasangan suami isteri tu mati bersama di atas katil...seriously touching dan buat aku manly tears...kalo filem Amour ni dpt mengembalikan feel sebegitu, maknanya ianya Wajib Tonton! Real human emotion woooo
ReplyDeleteNak kena cari ni..jenis filem mcm ni memang kebanyakkan nya hasil dari luar US.karya dari luar US memang terbaik untuk jenis drama berat ni..thanks for the info bro
ReplyDelete