Wednesday, January 11, 2017

Bukan Kerana Nama

Lagi dari draf yang tersangkut sejak tahun lalu…ada beberapa lagi ni sebelum boleh mula dengan entri 2017...

Rock melayu yang dah 30 31 tahun…



Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama (1986)

Album solo pertama kedua beliau selepas meninggalkan Sweet Charity. Sebenarnya tak lari jauh dari acuan muzik Sweet Charity. Masih mengekalkan ciri-ciri hard rock 70an. Malah lagu "Ketuk Pintu" yang mempunyai lirik lucu mengingatkan saya kepada lagu-lagu Sweet Charity seperti "Jangan Tunggu Lama-Lama", "Bulat-Bulat" dan "Jangan Tak Jadi".

Ada juga cover version. Lagu "Love lead to Madness" dari Nazareth yang ditukarkan lirik menjadi "Sabar Kasihku". Sedap juga versi beliau. Lebih bersih soundnya. Paling menarik bila Ramli Sarip mengundang idola beliau, A Romzi untuk berduet dalam dua lagu. Salah satu lagunya yang juga menjadi tajuk album, "Bukan Kerana Nama" menjadi lagu hits yang mengenalkan Ramli Sarip secara solo walaupun sebenarnya beliau menyanyi hanya beberapa baris awal dalam lagu tersebut. Selebihnya dinyanyikan oleh A Romzi sehingga ke penghujung.


Pada tahun tersebut, saya tak beli pun kasetnya. Ketika itu saya sudah mula kemaruk dengan muzik heavy metal 80an seperti Iron Maiden. Makanya rock 70an seperti acuan Ramli Sarip agak kurang saya minati berbanding band-band rock melayu yang wujud pada ketika itu seperti Search dan Battle Of The Bands.

Tetapi seiring dengan usia yang semakin tua meningkat, muzik rock yang lebih santai sebegini menjadi sedap pula di halwa telinga. Lagu - lagu seperti "Tajam Tajam", "Sabar Kasihku", "Taligram", "Kenyataan", "Ketuk Pintu"...semua lah....menjadi pemangkin semangat ketika menyampul buku sekolah anak untuk tahun baru ni...haha...


**untuk rekod...entri pertama blog berteromber juga bertajuk "Bukan Kerana Nama" (26hb Nov, 2018) tetapi tiada kena mengena pun dengan album ini...





14 comments:

  1. **untuk rekod...entri pertama blog berteromber juga bertajuk "Bukan Kerana Nama" (26hb Nov, 2018) tetapi tiada kena mengena pun dengan album ini...

    silap tu bert, bukan 2018 bro, tapi yang sebetulnya adalah 2008... heheh

    tahun 2018 kan tahun depan, belum sampai lagi brader.. haahaaa

    ReplyDelete
  2. "bertajuk "Bukan Kerana Nama" (26hb Nov, 2018)"

    entri back to the future...

    ReplyDelete
  3. Yg aku tau lagu tajam2 dengan lagu bukan kerana nama je..sama la dulu aku pun tak berapa bekenan dengo album solo ramli sarip ni.heheh..

    ReplyDelete
  4. Aku nye next target ialah kumpul semua Ramli Sarip solo cd cetakan rerelease 2016 ni.

    ReplyDelete
  5. Macam best ja tajuk lagu cover Sabar Kasihku tu.. Belum pernah dengar lagi..

    ReplyDelete
  6. gua lebih enjoy album pertama - Ramli sarip 1985. tapi semua album solo abang Ramli gua suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu ni yang no.2 eh?..tq info...maklumlah dulu tak follow sangat album solo dia..

      Delete
    2. Bukan panah beracun ke album pertama....

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Ye..yg ni album ke dualaa brader..

      Delete
  7. boleh dikatakan semua album2 solo Papa Rock ni sedap2 belaka

    ReplyDelete
  8. kurang minat album2 solo album Papa Ramli nie sbb agak slow..suka album Alive je...

    ReplyDelete