Terrorvision - Regular Urban Survivors (1996)
Ini adalah kesinambungan dari "How to Make Friends and Influence People - 1994" yang menjadikan mereka mula dikenali di Britain. Seperti yang diwar-warkan dalam majalah Kerrang!, saya juga berpendapat yang mereka adalah "The Next Big Thing" dari Britain.
Ini adalah peluang mereka untuk menembusi pasaran Amerika. Sound mereka yang semakin pop dan kurang acuan metalnya mungkin untuk tujuan tersebut. Unsur-unsur alternatif, pop punk telah mula mempengaruhi mereka. Sayangnya ketika itu Britain lebih dikenali dengan Brit Pop. Mana-mana band yang menongkah arus walaupun berasal dari Yorkshire, tetap gagal untuk menarik perhatian.
Namun begitu ianya tetap mendapat sambutan di Britain. Beberapa singles dari mereka tetap masuk carta. Maklumlah lagu-lagu mereka memang catchy. Memang sedap. Sayangnya mereka semakin berubah jauh dari metal untuk album mereka yang seterusnya. Dan secara kebetulan juga nama mereka semakin merundum selepas dari itu.
Satu perkara yang menarik tentang album ini adalah konsep kulit albumnya. Ianya bertemakan filem ala-ala James Bond. Awalnya saya ingat ini album soundtrack.
tak berapa tahu sangat tentang album ini... thanx 4 de information bert
ReplyDeletePenah tau pasal album ni.tapi tak penah dgr.yg aku ingat majalah kerrang! Dulu promote gila2 band ni.cover depan dia mmg lawa tema james bond dulu aku pun ingat album sountrack james bond
ReplyDeleteHah pernah suka cover dia tu je. Miserable times zaman tu..
ReplyDeleteperasan juga album nie dulu sbb ada member yg layan alternatif, lagu2 dah tak ingatlah..
ReplyDeleteha yee.. 1996 album ni memang diangkat sangat dalam mags.. tp tue aa diaorang xboleh tembus US sebab dah banyak band konsep sama.. dan makin advanced bunyi2.. ini zaman leftover pop leleh masih ruled- One Sweet Day..Carey/Boyz 11 Men.. sebelum tengah tahun nie Green Day.. Smashing Pumpkins..(album diorang keluo a year before tapi tahun 96 singles keluo sebijik2 mengetengahkan balik lagu2 dorang..)- Kiss ada album unplugged ke masa nie>>?? lps tu techno.. dah start rule dan alternative mainstream..
ReplyDeletetak perna tahu band ni kejap lagi nak dgr utube klu sempat
ReplyDelete