Monday, January 16, 2017

Van Halen - Best Of Volume 1

Lagi entri yang tertinggal dari tahun lepas...(ada lagi sikit ni...)

Dah 20 21 tahun..


Van Halen - Best Of Volume 1 (1996)

Kalau anda baru nak dengar Van Halen tetapi tak pasti nak bermula dari mana, mungkin Best Of Volume 1 adalah antara pilihan yang tepat. Ia mangandungi lagu-lagu hits mereka dari album pertama, Van Halen (1978) hingga ke album 10, Balance (1995).

Namun begitu tidak ada satu lagu pun dari album ke 5, Diver Down (1982) tetapi turut juga memuatkan lagu "Humans Being" dari runut bunyi filem Twister (1996) dan 2 lagu baru re-union mereka bersama David Lee Roth.


Album ini dapat mengambarkan keseluruhan perjalanan karier mereka dari zaman David Lee Roth sehinggalah ke zaman Sammy Hagar. Dari sound rock n roll 70an hingga ke new wave 80an dan modern rock 90an. Tak kisah apa zaman pun tetapi yang paling utama sudah semestinya keistimewan petikan gitar Eddie Van Halen.

Memang Terbaik!




8 comments:

  1. dah nama band ini pun kan Van Halen.. maka udah tentulah Eddie Van Halen yang patut di highlight kan, yer tak bro..? heheheh
    tapi sekarang ni dah hampir penuh satu band ini dikuasai oleh anak beranak van halen ni :-

    1) alex van halen (drum) - pak sedara
    2) eddie van halen (gitar) - bapak
    3) wolfgang van halen (bass) - anak
    4) david lee roth (vokal) - sepupu sepapat

    cuma vokalis sahaja orang luar, nasib baik diorang tak masukkan anak beranak van halen jugak menjadi penyanyi.. heheheh

    ReplyDelete
  2. First time tengok wayang Twister then ada lagu Human Being. Wahhh sedap. Harap2 Sammy Hagar dan M.A masuk balik VH.

    ReplyDelete
  3. Betul la album ni sapa yg nak dgar VH bole start dari sini dulu.banyak lagu best2.

    ReplyDelete
  4. Apesal korang suka Van Halen eh>> kenapa korang xsuka orang yg tiru sound dia mula2 tapi lps tue gone funky dan identiti sendiri... iaitu band Extreme dan gitaris dia yg tersangat diunderratedkan Nuno Betencourt.. ehehehe...

    Mungkin aa sbb Extreme complex sangat lagu2 dan liriknya..

    ReplyDelete
  5. yg kelakonya ada satu album Van Halen pun pernah didepani vokalis Extreme.. berkonsep sama gak macam Extreme.. org US tak suka tapi ada sebhagian orang suka..

    ReplyDelete
  6. Respect the Wind laa (pun dari TWISTER movie) lagi sedap daripada Human Beings sbb Eddie rasa macam xpuas ati dengan lagu tue..

    ReplyDelete