Saturday, January 14, 2017

Throwback 2016 - Breaking Bad


Lagi hal duniawi dari tahun lepas. Kalau sebelum ni pasal muzik, kali ini berkenaan siri tv yang digemari sepanjang tahun lalu. Tetapinya ianya bukanlah terbitan tahun 2016...tetapi lebih kepada siri tv yang ditonton sepanjang tahun lepas.

Sebenarnya banyak, tetapi banyak juga yang sekadar 2,3 episod dah give up...tetapi yang ini memang terbaik. Membuatkan rasa tak boleh nak tidur selagi tak abis tengok...

Breaking Bad - Season1 hingga 5 (2008 - 2013)

5 season yang ditonton secara "back to back" sebanyak 62 episode secara keseluruhannya. Sebulan lebih juga nak habis...tapi memang tak akan puas hati selagi tak habis...betul-betul mengujakan...

Breaking Bad Season 1 (2008)

Breaking Bad Season 2 (2009)

Breaking Bad Season 3 (2010)

Breaking Bad Season 4 (2011)

Breaking Bad Season 5 (2012-2013)

Copy paste sipnosis dari imdb..."A high school chemistry teacher diagnosed with inoperable lung cancer turns to manufacturing and selling methamphetamine in order to secure his family's future."


Macamanalah boleh tak perasan cerita ni dulu. Tak pasti cerita ni pernah ditayangkan di Astro ataupun tidak. Saya mengetahuinya melalui cadangan dari page movie di Facebook. Saya tak rasa yang saya berseorangan mengatakan cerita ini sangat menarik. Rating tinggi 9.5/10 di IMDB dan 95% di Rotten Tomatoes mengesahkannya. Jarang jumpa rating yang tinggi sebegini.

Menang banyak anugerah dalam Emmy Awards termasuk Outstanding Drama Series (2013 dan 2014)Outstanding Lead Actor in a Drama Series untuk Bryan Cranston (2008,2009,2010,2014), Outstanding Supporting Actor in a Drama Series untuk Aaron Paul (2010,2012,2014), Outstanding Supporting Actress in a Drama Series untuk Anna Gunn (2013,2014) dan banyak lagi la. Malah MythBusters pun ada buat edisi Breaking Bad Special untuk mereka.


Ada berita yang mengatakan tahun ini akan ada sambungannya. Khabarnya sedang dalam proses pengambaran. Memang tak sabar la nak tunggu...

Sesiapa yang sukakan genre crime dan thriller, ini memang tak boleh anda lepaskan...

REKOMENDED!




8 comments:

  1. First time aku tahu kewujudan judul ni. Sinopsis dia menarik

    ReplyDelete
  2. Kalo mcm ni ko kena layan "better call saul" pulak.dengo cite yg tu spin off prequel dari breaking bad.aku pun baru nak layan cite ni..haritu sibuk layan 11.22.63.
    Banshee dah tengok?ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better Call Saul, 11.22.63 semua dah khatam...hahaha...dua2 thumbs up!...Banshee baru abis S01...sekarang tengah sedut The Night Manager...

      Delete
  3. Perasaan bercampur aduk masa tengok ending dia. Apa pun tetap digarap dengan kemas.

    Betul ka nak sambung? Setakat ni orang kata berita tu tipu/hoax..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanya macam hoax...entahlah...tunggu dah lihat...

      Delete
  4. tak baik tgk cte mengajo buat kilang meth.. eheheh

    ReplyDelete
  5. nanti aku pun teruja nak tengok gakk citer ni... thanx for the informations bert

    ReplyDelete