Wednesday, January 18, 2017

The Killing Kind

Lagi yang tersangkut dari tahun lepas...Yang dah 20 21 tahun...


Overkill - The Killing Kind (1996)

Ini adalah antara album yang menjadi peneman saya di tahun 1996. Tak kisahlah walaupun mereka juga telah berevolusi seperti kebanyakan band thrash yang lainnya, tetapi saya suka. Mungkin juga kerana pilihan yang agak terhad pada ketika itu, maka kasetnya antara yang selalu saya mainkan sehingga menjadi suka.

Mungkin sebab lainnya ada juga antara lagu-lagunya yang mengembalikan nostalgia saya di zaman The Years Of Decay (1989). Lagu seperti The Mourning After/Private Bleeding adalah salah satu contohnya. "Feel"nya hampir sama.


Yang menariknya walaupun mereka kehilangan 2 gitaris, Rob Cannavino dan Merritt Gant secara serentak. Tetapi sound mereka masih tetap Overkill. Kemasukan gitaris baru, Joe Comeau dan Sebastian Marino seolah-olah tidak terasa. Mungkin kerana tulang belakang Overkill adalah D.D. Verni dan Bobby "Blitz" Ellsworth. Selagi mereka berdua ada, selagi itulah Overkill akan tetap ada. Sememangnya mereka berdualah yang menentukan hala tuju dan penciptaan lagu Overkill.

Secara kesimpulannya, The Killing Kind bukanlah tak bagus tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang istemewa untuk menjadi klasik thrash seperti Horrorscope dan Years Of Decay.




4 comments:

  1. macam tak pena lagi aku dgr overkill ni haha

    ReplyDelete
  2. Overkill masih survive ye sampai sekarang. Tu hari aku tengok kat internet dia keluar satu boxset sederet semua album. Dahsyat

    ReplyDelete
  3. Overkill ni aku kenal dari majalah gila gila.masa tu kartunis cik li selalu lukis logo over kill tu.sepatutnya overkill ni pun kena masuk dlm "big four" tu

    ReplyDelete
  4. big four amendenya, bukannya sedap sangat pun overkill nih.. hahahaha

    ReplyDelete