Monday, January 2, 2017

Throwback 2016

Haha...macam dah lama jer 2016...tapi bulan Dec 2016 yang lepas bermakna dah 8 tahun dah blog ni ujud...kalau budak dah masuk darjah 2 dah...tak sangka juga dalam malas...tiada idea...sibuk...rasa nak berhenti...cecah juga 8 tahun...sedangkan banyak juga blog rakan-rakan yang seangkatan dah berkubur ataupun setakat muncul hanya sekali sekala.

Ada juga yang kata menulis blog jenis yang macam ni macam budak- budak. Ada betulnya juga. Benda-benda hobi dan passion sebegini sememangnya menjadikan kita sentiasa seperti budak-budak. Hanya mereka yang mempunyai passion dalam hobinya yang akan faham. Semua orang akan ada budak-budak dalam dirinya. Lebih elok menjadi budak-budak dalam hobi daripada menjadi budak-budak dalam perangai dan perbuatan.

Antara cd reissue 2016

Ok la tak nak bebel panjang. Dalam hal duniawi 2016, agak kurang juga membeli piring hitam berbanding tahun sebelumnya. Bukan pasal nilai matawang turun pun. Tetapi lebih kepada hampir pokai juga bila cuba membeli berderet-deret cd reissue rock melayu yang keluar di pasaran. Tu pun mana yang rock leleh memang kena skip la. Kena pula sekarang dah trend keluar piring hitam reissue la pulak....memang jahanam makan pasir la jawapnya...haha..

Kegemaran sepanjang zaman yang berjaya dimiliki dalam bentuk lp untuk 2016

Rasanya 2017 ni dah boleh slow down sikit dengan cd-cd reissue ni. Lebih memilih. Apa yang nak kebanyakannya dah ada dalam bentuk cd dah. Walaupun ada yang soundnya kurang puashati. Mungkin masih berharap Urgent - Wajah Mistikal, Saxo - Satu Perjuangan atau mungkin juga Pancakara Di Cakerawala. Yang lain lain kalau beli pun mungkin lebih kepada nak mencuba dengar. Saya bukan collectors...lebih kepada peminat muzik rock sahaja. Tak cukup kaya kot untuk beli semuanya...

Lp melayu untuk 2016

Cuma harapnya 2017 ni akan ada banyak lagi reissue piring hitam rock melayu. Harap sangat ada Belantara, Bloodshed dan 3 album awal Search. Cuma mampu ker tak nak beli tu la yang akan menjadi persoalannya...huhu..











10 comments:

  1. menjadi budak-budak dalam perangai dan perbuatan

    ReplyDelete
  2. dahsyat koleksi 2016 kau.. haha. Takpe takpe, dari buat benda tak senonoh lain, aku rasa ni satu benda lagi munasabah. At least duk rumah diam2. hahaha

    ReplyDelete
  3. teruskan dengan hobi sebagai peminat muzik rock tu, tak salah rasanya kalau kita mampu utk membeli CD ke, LP ke, Kaset ke, atau apa saje yg kita nak jadikan hobi tu Bert.. jangan dilayan pada diorang yang dengki tu bro.. gua senantiasa akan selalu menyokong blog berteromber ini.. kipidap

    ReplyDelete
  4. menjadi budak-budak dalam perangai dan perbuatan - ni ayat mmg win..hahaha..yg kwn aku pulak ckp.yg suka memblog ni pompuan je..kiranya aku ni jiwa pompuan dia kata..hahah..

    Bab slow down tu beli cd lp tu payah nak janji ngan diri sendiri la..pasal santauan,racunan ngan pengaruh rakan tak sebaya pun merbahaya..heheh

    ReplyDelete
  5. dahsyat semua LP rock melayu reissue hang ada. power Bert!

    ReplyDelete
  6. gila banyak cd rilisan semula tu. aku rasa aku baru tebeli dalam 7 keping kali.. haha tahun 2017 ni aku akan tumpuhkan pada cd2 rilisan semula tu, hahaha.. tgk keadaan skg ni rasanya dah tak banyak dah rilisan semula macam tahun2 lepas, skg lebih pada lp ku tgk haha... yeay.. terbaik blog ni dari aku tak ada blog mmg sudah singgah sini sampai lah aku tergerak buat blog sendiri.. teruskan berblog bro..

    ReplyDelete
  7. Ye... 2016 adalah fenomena rereleased!

    ReplyDelete
  8. 2016 baru aku tahu ada cd2 reissue nie sbb terbaca dekat blog2 bert, xyrus dll, sebelum 2016 dah slow beli cd2 nie, macam nak pencen dah..tapi 2016 dah lebih seribu ringgit kluar, nasib tak main LP macam bro, kalau tak byklah lagi lesap ..he he..

    ReplyDelete