Thursday, January 15, 2009

Decade Of Aggression


Ada berapa album live yang aku minat dan rasanya worth it untuk aku upgrade dari koleksi kaset di zaman bebudak aku ke bentuk cd...Dan ini adalah salah satu darinya..

Kini cuma tinggal 1 aje album live yg aku suka tapi belum berjaya aku beli cdnya iaitu Scorpions - Tokyo Tapes..lain2 Iron Maiden - Live After Death ,Judas Priset - Priest...Live dan Tesla - Five Man Acoustical Jam dah berjaya aku upgrade.

Album 2 disc ni diedarkan pada tahun 1991...antara tahun2 terakhir aku minat Slayer kerana aku dah kurang minat ngan album2 selepas tu.
Tambah menarik album ni mengandungi lagu2 yg majoritinya dari album2 fav aku Reign In Blood,South Of Heaven dan Seasons in The Abyss. Bolehlah dikatakan juga ini adalah album greatest hits bagi Slayer kerana semua lagu terbaik mereka sebelum dari tahun 1991 ada dalam 2 cd ini.


cd double disc dgn jewel case bercantum ni memang susah nak letak kat rak cd..nasib rak cd aku ni ada space


Menurut nota di booklet tiada tokok tambah atau overdubs..ini memang totally live..dan ini terbukti dimana kalau anda perasan...terdapat kesilapan Araya lupa nak menyanyi diawal lagu Blood Red (disc 2)..tapi tak kisah la..album ni memang best dan kekadang aku rasa ianya dibawa dengan lebih baik dari versi album studio mereka terutamanya lagu2 dari album Show No Mercy dan Haunting The Chapel...


antara gambar2 dalam booklet cd ini...Dave Lombardo - drums


Jeff Hanneman - guitar


Kerry King - guitar


Tom Araya- Bass/Vocals

Attacking double guitars solo yg laju dari Kerry King dan Jeff Hanneman memang lazat..jelas kedengaran disebelah kiri dan kanan speaker...tak der terkucil2 ahh solo dorang...tambah pulak ngan dentuman double pedals Dave Lombardo yg berdesup laju...jeritan Araya...pergh...ni klasik line-up memang dasat arr main live...sound sedap giler...ini antara band yg boleh main live dan lebih best dari studio album...sayang masa dorang live kat Singapore aku tak pegi...arghhh..



Disc: 1
1. Hell Awaits
2. The Anti-Christ
3. War Ensemble
4. South Of Heaven
5. Raining Blood
6. Altar Of Sacrifice
7. Jesus Saves
8. Dead Skin Mask
9. Seasons In The Abyss
10. Mandatory Suicide

Cd 1 ini direkodkan keseluruhannya pada satu konsert dlm siri tours Seasons In The Abyss di Lakeland Coliseum, Florida pada thn 1991. Boleh dikatakan semua lagu best Slayer ada pada cd 1 ni..3 lagu pertama sudah cukup mengegarkan..Dimulakan dengan Hell Awaits..sambung The Anti-Christ..tambah pulak War Ensemble...pergh rasa tak senang duduk walaupun dengar sesorang pakai ipod...rasa macam nak melompat2 sambil headbangin ajer...hahaha...nasib baik South Of Heaven mengslowkan kembali keadaan...haha...

Walaupun Tom Araya tak banyak cakap dalam live album ni...tapi nasihat dia suruh tolong menolong sebelum lagu War Ensemble tu kelakar la jugak bunyinya..baik hati rupanya Araya ni walaupun nampak ganas...macam dia cakap kat interview aku dengar masa dia kat Singapore dulu...ganas tu imej ajer...hehe

Sambung pulak pas tu ngan Raining Blood,....pergh..cd 1 memang hampir complete dgn lagu2 klasik Slayer..Lagu lama dan baru disusun dgn baik hingga tak terasa lagu2 ni diambil dari album dan era Slayer yang agak berlainan...



Disc: 2
1. Hallowed Point
2. Blood Red
3. Die By The Sword
4. Black Magic
5. Captor Of Sin
6. Born On Fire
7. Postmortem
8. Spirit in Black
9. Expendable Youth
10. Chemical Warfare

Cd 2 pula dirakamkan di beberapa tempat berlainan tapi masih dari tours Seasons In The Abyss pada tahun 1991.Antaranya Wembley Arena dan Orange Pavilion California

CD 2 ni mengandungi lagu2 yg kurang skit popular kecuali anda memang pengemar Slayer...walaupun aku lebih suka cd 1 tapi tapi lagu2 macam Hallowed Point,Captor Of Sin,Postmortem,Spirit In Black,Expendable Youth dan Chemical Warfare memang tidak boleh di abaikan dan sangat menarik bila dimainkan secara live...tapi bagi pendengar baru kena dengar banyak kali kot..kurang skit dia punya catchiness...tapi dari segi sound..walaupun direkod di beberapa tempat...sama macam Cd 1..tetap terbaek!!!...

aku rasa ini adalah antara album live yang paling best dari segala segi yg pernah dirakamkan oleh sesapa pun...tambahan pulak sapa producernya kan...Rick Rubin...org yg membawa Metallica ke pangkal jalan...hahaha...

Memang tak rugi beli...rekomen kepada sesapa yg nak belajo dengar Slayer...mulakan dengan album Decade Of Aggression ni dulu...pasti tak menyesal



teruja bila dengar Araya jerit....WARRRRRRR ENSEMMMBLEEEEEE....

10 comments:

  1. gua gila slayer dulu, kini dan selamanya... album2 mcm diabolus in musica, divine intervention semua tu masih ribut beb...

    tapi decade of aggression memang rabak beb...

    gua suka intro hell awaits, gua suka postmortem, die by the sword...
    ini semua favorite brader gayour ni... bila ramai org bilang rambut dia mcm slash g n r, gua cakap 'hell no, no way!'

    rambut dia mcm tommy araya beb...!!!






    slayer never slayer...!!

    ReplyDelete
  2. lu kena dengar dan dapatkan live album AC/DC dengan mendiang Bon Scot iaitu 'if you want blood you've got it'. giler hebat live album ni wa cakap lu. covernye pun dah cukup mengerikan dengan gitar gibson tanduk setan mr. angus tembus dari perutnye. macam real efek cam tu di tahun 80an dulu! scorpions 'tokyo tapes' memang hebat dengan riff maut mr. uli jon roth. lu kena dapatkan juga 'world wide live ' diorang. superb! lagi satu 'live evil' dari black sabbath. evil sungguh album ni!

    " some say the pen is mightier than the sword, well i say **** the pen because u can DIE BY THE SWORD!" ucapan ringkas encik Tommy sebelum menjahanamkan lagu ' die by the sword ' dari album separuh live "LIVE UNDEAD ".

    " DECADE OF AGGRESSION " adalah real live album yang mesti dimiliki dan dilayan oleh semua peminat muzik thrash metal! gua mengikuti dan layan slayer dari mula hingga ke hari ini. mereka tegar dan setia dengan tharsh metal! itu yang gua suka walau suara mr. tom araya hancus. itu yang best! harharhar! sampai ke hari ini gua masih simpan kaset dan booklet dari double album ni.

    album ni antara yang paling lama bertahan dalam playlist itune gua termasuk dengan scorpions tokyo tapes/world wide live, ac/dc,black sabbath, led zepp " how the west.. ", live after death, rainbow on stage, deep purple made in tokyo, loudness live loud alive, dio live in line, thin lizzy live and dangerous, megadeth that one night, metallica live shit, w.a.s.p. double live assasin, cinderella extended versions, pantera official, overkill wrecking, bob marley live at rockpalast, testement fillmore, death live in l.a., dimmu borgir, mayhem dan beberapa live dari band black, death, grind, symphonic, power metal, hardcore, metalcore dan jangan tak caye, creedence clearwater revival 'live in europe'.

    hampir dua puluh tahun berlalu, "decade of aggresion" tetap segar, membakar semangat dan menjadi agresif bila didengar!

    orang kata gua cam tu, mr. naga kata gua cam ni... haha! gua tak kisah.

    happy headbanging!

    yeah! slayer never slayer!

    ReplyDelete
  3. ceh... ko tak pi SLayer kat Singapore... apa la nak compare dengan tengok live dengan mata (eksen ni pasal dah tengok live hehehe...)

    Tokyo Tapes tu yang remaster 1 CD ke yang German pressed 2 CD? Aku ada dua2 versi (eksen lagi hehehe...). Eh... Double LP pun aku ada!

    ReplyDelete
  4. slayer datang tu hari was 21hb ramadhan kalo tak silap aku hehe.

    anyway, errr..Savatage? errr ko minat ye? hehehe...

    nanti aku nak carik balik mana aku nye Ghost In The Ruins ngan Gutter Ballet aku

    ReplyDelete
  5. Thanks for the memory, thrashead.

    Gua, no longer their big fan. I have problems with people who ridicule my belief.

    :)

    ReplyDelete
  6. Eddie...
    wa suka slayer dulu ajer..sampai Season In The Abyss..pastu tak tau kenapa..dah tak leh masuk kepala..dah tua kot..hehe..

    Gayour...
    wa sebenonya tak berapa suka dengar live album...decade of aggression la antara yg boleh masuk kepala..

    Abang Ben..
    Ceh..yg 2 disc la..apa barang yg 1 disc tu...lagu tak complete..lu buat wa jeles ahh..hehe..

    Deaf..
    yup...wa minat giler Savatage..zaman Criss Oliva la..itu Gutter Ballet cd tak mau tolak kat gua ker?...hehe

    Rockatua..
    yes RST...kita serupa :p

    ReplyDelete
  7. aku kalu tak pernah dengar muzik satu2 band tu..aku cari album live dorang dulu.. nak rasa camner dorang lempiaskan muzik dorang. Kalau tak de aku cari 1st album. Album ni salah satu album yang buat aku terkagum dengan muzik trash metal slayer.

    ReplyDelete
  8. gua minat album Savatage's Edge of Thorn...memang best.

    ReplyDelete
  9. Savatage Edge of Thorn???...dulu ada dalam gerobok CD aku...kat mana le agaknya CD tu sekarang ni ye?

    ReplyDelete
  10. Bro Sham...better lu cari balik..best nak mampus album tu

    ReplyDelete