Friday, October 15, 2010

Machine Head [25th Anniversary Edition]

Di zaman aku bebudak dulu (akhir 70an..awal 80an..) aku telah didedahkan dengan muzik Deep Purple oleh abang aku dan rakan2 sekampung yang lebih tua...lagu2 seperti Smoke On The Water dan Highway Star memang menjadi siulan bebudak kampung dan sering berkumandang kat band2 orang kawin masa aku kecik2 dulu...



Bila aku besar...baru aku tau...lagu2 tersebut adalah dari album Machine Head terbitan tahun 1972...sejak dari itu aku memang teringin nak beli album Machine Head ni...tapi tak pernah kesampaian....sehingga la sekarang...

Walaupun aku mendengar keseluruhan album ni bukanlah pada tahun ia diliriskan...kalau tak silap masa penghujung 80an...tapi album ni memang bernostalgia kepada aku...kerana aku mula kenal apa itu "ROCK" adalah dari lagu2 dari album ni...1st rif yang aku belajo main gitar jugak dari album ni...tak reti lagi pegang kod...terus belajo rif Smoke On The Water...ni antara rif yang simple tapi paling best pernah dihasilkan dalam sejarah kan....

Pada tahun 1997...sempena 25 tahun ulangtahun Machine Head...dorang ada rilis special 2 disc edition...tu jam aku baca jer kat majalah...tapi tak berpeluang nak beli...bukan pasal mahal...tapi masa tu aku baru jer berkahwin...kononnya nak pencen beli cd...tapi azam yang beberapa tahun selepas tu gagal dipertahankan...hahaha...

Sejak dari tu banyak kali jugak aku usha2 kat kedai2 cd dan ebay...tahun lepas jumpa Stormbringer punya edition kat Ct Square...tapi stormbringer aku dah ada ori version...mahal lak tu...tak larat...tapi mungkin aku bernasib baik...awal tahun tu hari aku terjumpa cd ni kat ebay...dan aku menang bid dengan harga + pos tak sampai RM20 pun...bayangkan 2 disc version...rega RM18++...walaupun dah bukan 25...tapi 38 tahun...masih sangat berbaloikan...



Apa yang menarik edisi ni...selain gambo2 dan cerita2 disebalik lagu dan rakaman album ni (ditulis oleh Roger Glover)...Disc 1 adalah remaster version...plus 3 lagu bonus...manakala untuk disc 2...Roger Glover telah me"remix" semula kesemua lagu2 dari album ni berdasarkan master tape yang asal...mungkin ini la sound Machine Head jika Roger Glover yang produce album ni masa tahun 1972 dulu tu...siap letak alternate solo kat lagu Maybe I'm a Leo dan Smoke on the Water...dan jugak original drum intro untuk Pictures Of Home...ni memang khas untuk die hard la.


alternate cover album yang tak digunakan...satu lagi yang menarik cd ni terdapat 2 versi lagu When The Blind Man Cries (versi B-side dan versi remix)..lagu hit yang tak pernah terdapat kat mana2 album Deep Purple...asalnya dari B-side single lagu Never Before...tapi kat album2 best of banyak la ada lagu ni...


the classic Mark 2...the best ever?? at least pada aku la..


kebakaran semasa menyaksikan konsert Frank Zappa di The Casino,Montreux,Switzerland...tempat yang sepatutnya dorang rakam album Machine Head ni...tagedi ini lah yang mencetuskan idea untuk lirik Smoke On The Water...dorang nampak asap kat tasik berdekatan...so lirik lagu ni memang kisah benar..lagu yang Roger Glover cakap pada dorang just another song...dorang target Never Before jadi hit...tapi sapa sangka lagu ni jadi salah satu lagu lagenda mereka..


suka betul tengok gambo2 klasik 70an camgini...


En Ritchie Blackmore dan En Ian Gillan


En Ian paice dan En. Jon Lord


Orang yang bertanggungjawap merealisasikan 25th anniversary cd ni...Pakcik Roger Glover

Kepada sesapa yang baru nak belajo dengar Deep Purple terutama era Ian Gillian...Machine Head sememangnya adalah sangat recommended...period!

"Innocence doesnt always die...sometimes it lives forever.." - Roger Glover,May 97

8 comments:

  1. Antara sebab kenal Metal dengan album ni la... Gillan punya jerit memang berhantu sungguh!

    ReplyDelete
  2. cool, aku ada perasan cd ni kat muar tapi tak belu huhuhu...

    anyway suka roger glover, dia ni cool jek...dengan sapa2 pun dia cool, baik Gillan baik Blackmore.

    Blackmore & Gillan ? ntah bila boleh join stage together, ada yang kena simbah sirap nanti

    ReplyDelete
  3. gua personally lebih minat dp line up glen hughes, coverdale.. tp apapun gillan pun best gak..

    sapa x tau smoke on the water mmg poseur.. hehe

    ReplyDelete
  4. cool!

    Best kalau ada kredit card, boleh beli worldwide. AKu jugak yang takdak kredit kad.

    ReplyDelete
  5. Haha aku pun masa baru kawin ingat nak berhenti beli CD.... rupanya bila dah lama kawin lagi menjadi....
    KENAPA AGAKNYA......

    speedrider said...
    cool!

    Best kalau ada kredit card, boleh beli worldwide. AKu jugak yang takdak kredit kad.-----> AKU PAKAI MAYBANK VISA DEBIT KAD SAJA... ADA DUIT BELI X , X PAYAH BELI.....

    ReplyDelete
  6. gua menjadi peminat rock/metal kerana deep purple ( dan scorpions ) masa joget lambak kat kenduri kawen 30 tahun yang lalu. serius tak tipu!

    band yang hebat!

    yeah! memang syok giler dapat tengok gambo2 klasik band2 klasik ni. tak payah gambo tahun 60, 70 an. gambo band rock/metal/glam tahun 80an pun syahdu giler dah!

    "muzik rock boleh mengingatkan kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 20 tahun telah berlalu"

    mr. ronnie james dio ( rip )

    ReplyDelete
  7. aku suka sangat remix cd dia, smua lagu dah jadi macam lagu baru...

    aku suka booklet dia berkilat, tebal, ada bau semacam hehe

    ReplyDelete