Friday, December 18, 2015

Innocence Is No Excuse

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan Jun yang lalu....


Saxon - Innocence Is No Excuse (1985)

Album ini saya suka kerana 2 sebab. Satu kerana gambar covernya. Dua kerana 2 lagu dari abum ini adalah lagu yang paling awal saya pernah dengar dari Saxon.

Seperti entri Dr Bentara >klik<, saya juga tertarik dengan muka innocent si gadis sunti yang menjadi penghias cover. Tak pasti pula siapa dia tetapi yang pastinya lagu-lagunya didalamnya memang sesedap rasa mendengarnya sama seperti sesedap rasa menatap wajahnya.


Lebih meninggalkan nostalgia buat saya adalah kerana lagu "Rockin' Again" dan "Broken Heroes". Kedua-dua lagu ini saya dengar melalui kaset kompilasi cap apache kalau tak silap dalam sekitar tahun 1986 atau 1987. Mendengarnya hampir setiap hari sehinggakan 2 lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran saya pada ketika itu.

Innocence Is No Excuse pada saya adalah percubaan secara rasmi Saxon untuk menembusi pasaran Amerika. Di bawal label baru yang lebih besar (EMI), Tiada lagi NWOBHM. Mereka kini lebih komersial. Walaupun album sebelum ini, Crusader (1984) telah nampak ke arah itu. Tetapi kali ini sememangnya mereka seratus peratus berubah menjadi pop metal.


Sound gitarnya lebih ringan. Tetapi lagu-lagunya memang sedap. Melodic. Sayangnya nasib mereka tidak secerah Iron Maiden ataupun Def Leppard. Mereka tidak pernah berjaya sepenuhnya menembusi pasaran Amerika.  Bak Biff Byford dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)", mungkin mereka tak cukup hensem untuk jadi popular.

Sesuai jika anda sukakan pop metal!





6 comments:

  1. Wajah yang perfect mengikut taste aku. Lama aku mimpikan . Gadis sepertinya. Mengisi taman hati. Dengan cahaya kasihhh .... suciiii...

    ReplyDelete
  2. Saxon alrite la. Happy2 gitu. Tapi bukan premiership level. Dorang macam Derby County or Sheiffield Wednesday gitu. Club legend staidum besar jugak, fans ramai tapi past glories je

    ReplyDelete
  3. Baru ingat lagu broken heroes tu.mmg best lagu tu.tau lagu ni pun dari abg2 aku jugak

    ReplyDelete
  4. saya pun tertarik ngan covernya hehe

    ReplyDelete