Showing posts with label Saxon. Show all posts
Showing posts with label Saxon. Show all posts

Sunday, April 5, 2026

Wheels of Steel

Remembering my youth - 46th anniversary

Saxon - Wheels of Steel (03/04/1980)

Mereka sezaman Iron Maiden dan Def Leppard dan antara watak penting dalam pergerakan New Wave of British Heavy Metal. Tetapi sayangnya populariti mereka tidak sebesar 2 band tersebut. Nasib tidak menyebelahi. Bak kata vokalis mereka Biff Byford, mungkin mereka tidak cukup handsome untuk jadi popular 😁. 

Tetapi tidak boleh dinafikan ini adalah antara album terpenting untuk era NWOBHM.


Friday, June 14, 2024

Hell, Fire and Damnation

 Lagi album terbaru dari lagenda NWOBHM...

Saxon - Hell, Fire and Damnation (2024)

Antara band dari era NWOBHM yang masih aktif dan paling produktif. Ini adalah album studio mereka yang ke 24. Memang tak terlarat lah kalau nak kumpul semua.

Dengan kewujudan mereka yang dah 45 tahun, kita dah boleh tahu apa yang akan kita dapat dari Saxon. Mereka sentiasa berpegang kepada asas NWOBHM. Kecuali adalah satu dua album yang tersasar kerana mereka cuba untuk bereksperimen dan trendy.

Mereka ibarat semakin tua semakin menjadi. Beberapa album kebelakangan ini seperti Battering Ram (2015), Thunderbolt (2018) dan Carpe Diem ( 2022) semuanya bagus belaka. Dan yang terkini ini pun sama. 

Ditambah pula dengan kehadiran Brian Tatler dari Diamond Head di posisi gitar. Beliau pun dari generasi NWOBHM yang sama. Maka ianya sangat serasi. Solo-solo beliau menambahkan lagi melodi pada muzik Saxon.

Paling hebat bagi saya adalah Biff Byford. Beliaulah tulang belakang Saxon. Dengan umur 73 tahun yang sepatutnya lama dah pencen tetapi masih mempunyai vocal yang cemerlang.

Tiada apa yang hendak dipertikaikan. Ini adalah muzik Saxon kepada peminatnya. Jika anda rasa ianya hanyalah heavy metal yang berulang bermakna anda bukanlah peminat tegar mereka.


Monday, February 1, 2021

Posto dari Singapura

Pemberian dari seorang sahabat dari Singapura...


Ingatkan dia nak bagi sekadar sekeping dua cd dan lp tetapi rupa-rupanya sekotak besar yang tiba. nak bayarkan duit pos pun dia tak mahu. Terharu sungguh....


Saxon - Unplugged and Strung Up (double disc special edition cd), Unisonic - Light of Dawn  (Double disc special edition cd + For The Kingdom Ep) dan Iced Earth - Alive In Athens (special 3 disc cd/dvd Japanese with OBI)

UFO - A Conspiracy Of Stars ( Double 12″ Blue Vinyl in Gatefold Sleeve) dan UFO - BBC Radio 1 Live in Concert cd)


Diamond Head - Canterbury (vinyl), Rage - Extended Power (Mini lp vinyl), Camouflage - Voices & Images (vinyl) dan Class Acts (vinyl)


Wild Dogs - Reign of Terror (cd), Savage Messiah - The Fateful Dark (cd), Trivium - Ascendancy (special edition cd/dvd) dan Witchseeker (Singapore) - When The Clock Strikes (cd)


Ross The Boss - Australia - New Zealand 2019 Tour t-shirt (dibeli masa dia tengok tour ni di Australia)


Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Phantom Of the Opera), Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Total Eclipse) dan Iron Maiden - Twilight Zone (Single 7" /with Wratchild)

Dan yang paling mengujakan.... Iron Maiden - The Book Of Souls ( Limited Edition Triple Vinyl), Iron Maiden - Twilight Zone (Single 12" vinyl), Iron Maiden - The First Ten Years vinyl III - Purgatory / Maiden Japan, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl X - The Clairvoyant / Infinite Dreams, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl V - Flight of Icarus / The Trooper.

Terimakasih Deaf Angel. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan...



Monday, July 16, 2018

Destiny

Ulangtahun ke 30 pada 20hb Jun yang lalu...


Destiny - Saxon (1988)

Mereka tidaklah sepopular Iron Maiden ataupun Def Leppard yang seangkatan dengan mereka. Tetapi merekalah yang paling konsisten dan aktif dalam mengasilkan studio album sehingga hari ini. 22 album kesemuanya berbanding Maiden, 16 dan Leppard, 11.

Destiny adalah album ke 9. Diterbitkan di zaman dunia rock/metal dikuasai oleh MTV. Zaman Glam/Hair Metal berada di kemuncak. Mereka juga terpaksa salin kulit. Terpaksa mengikuti peredaran zaman. Ini adalah antara album mereka yang dikecam hebat. Baik majalah mahupun peminat.


Ianya lebih pop dan komersial. Lagu seperti "I Can't Wait Anymore" memang susah untuk diterima oleh peminat awal mereka. Malah menurut Biff Byford, pada satu ketika mereka terpaksa tidak memainkan lagu cover “Ride Like the Wind" dalam persembahan live kerana teruk dikecam oleh majalah. Ini adalah apa yang terpaksa mereka lalui demi untuk survive.

Tetapi sebenarnya album ini tidaklah seteruk mana. Pop? Memang betul. Tetapi ianya sedap. Banyak lagu yang sedap. Rasanya jika anda tidak ada masalah mendengar lagu melodic/A.O.R, makanya anda juga tidak akan ada masalah dengan Destiny. Ada juga lagu yang heavy. "For Whom the Bell Tolls" contohnya.

Pada saya ianya bagus, Hair/Glam metal sebenarnya tidaklah jauh tersasar dari rock/metal 70an dan 80an. Tetapi kalau grunge, itulah dah lain cerita...




Friday, December 18, 2015

Innocence Is No Excuse

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan Jun yang lalu....


Saxon - Innocence Is No Excuse (1985)

Album ini saya suka kerana 2 sebab. Satu kerana gambar covernya. Dua kerana 2 lagu dari abum ini adalah lagu yang paling awal saya pernah dengar dari Saxon.

Seperti entri Dr Bentara >klik<, saya juga tertarik dengan muka innocent si gadis sunti yang menjadi penghias cover. Tak pasti pula siapa dia tetapi yang pastinya lagu-lagunya didalamnya memang sesedap rasa mendengarnya sama seperti sesedap rasa menatap wajahnya.


Lebih meninggalkan nostalgia buat saya adalah kerana lagu "Rockin' Again" dan "Broken Heroes". Kedua-dua lagu ini saya dengar melalui kaset kompilasi cap apache kalau tak silap dalam sekitar tahun 1986 atau 1987. Mendengarnya hampir setiap hari sehinggakan 2 lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran saya pada ketika itu.

Innocence Is No Excuse pada saya adalah percubaan secara rasmi Saxon untuk menembusi pasaran Amerika. Di bawal label baru yang lebih besar (EMI), Tiada lagi NWOBHM. Mereka kini lebih komersial. Walaupun album sebelum ini, Crusader (1984) telah nampak ke arah itu. Tetapi kali ini sememangnya mereka seratus peratus berubah menjadi pop metal.


Sound gitarnya lebih ringan. Tetapi lagu-lagunya memang sedap. Melodic. Sayangnya nasib mereka tidak secerah Iron Maiden ataupun Def Leppard. Mereka tidak pernah berjaya sepenuhnya menembusi pasaran Amerika.  Bak Biff Byford dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)", mungkin mereka tak cukup hensem untuk jadi popular.

Sesuai jika anda sukakan pop metal!





Friday, September 26, 2014

Crusader

Juga yang menyambut ulang tahun ke 30....



Saxon - Crusader (1984)

Ini adalah antara album lama Saxon yang baru beberapa tahun lepas saya berpeluang untuk dengar. Mungkin ada bagusnya juga. Telinga yang semakin tua ni rasa seronok pula mendengar irama heavy metal yang lebih pop komersial sebegini. Kalau zaman muda-muda tengah gila thrash dulu tak pastilah bagaimana....

Ini adalah antara album yang ramai beranggapan sebagai berakhirnya era NWOBHM. Mereka cuba untuk mengikut jejak langkah Def Leppard menjadi komersial dan menembusi pasaran Amerika. Sayangnya tidak semua band bernasib baik. Tidak pasti dimanakah silapnya. Tetapi pada saya banyak juga lagu mereka yang bagus.

Tetapi yang pastinya tiada lagi sound kasar NWOBHM. Kini Saxon lebih kepada heavy rock n roll dan hard rock ala Amerika yang lebih komersial. Jika anda tak berkira hal tersebut, album ini sebenarnya agak bagus untuk genrenya. Lagu yang menjadi tajuk album (crusader) adalah satu-satunya lagu yang pada saya masih ada pengaruh NWOBHM. Melodinya sedap, tetapi sayang...liriknya tidak sesuai untuk kita yang beragama Islam. Walaupun saya pernah terbaca yang asalnya perkataan "crusader" tu mereka ambil bersempena dengan nama kereta Ford Cortina Crusader. Tetapi yang nyata, liriknya memang berkisar perihal perang salib contohnya ayat "To battle, the Saracen hordes".


Walaubagaimanapun lagu lainnya bebas dari lirik yang berunsur sebegitu. Kebanyakannya liriknya berkisar perihal rock and roll. Contohnya dalam lagu-lagu seperti "A Little Bit of What You Fancy", "Just Let Me Rock", "Bad Boys (Like to Rock N' Roll)" dan "Rock City". Tetapi lagu yang menarik perhatian saya adalah lagu kaver dari kumpulan Sweet, "Set Me Free" dan lagu cintan mid-tempo "Do It All for You".

Kesimpulannya...ianya bukanlah permulaan yang baik jika anda baru hendak bermula mendengar Saxon. Cuba cari album-album yang lebih awal terlebih dahulu.






Monday, March 10, 2014

Strangers In The Night

"747 (Strangers In The Night)"

We got a 747 coming down in the night
There's no power, there's no runway lights
Radio operator try to get a message through
Tell the flight deck New York has no lights
There's no power, what do we do
A 747 coming down in the night
Try to get a message through 
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere This is Scandanavian 101
Flight from Hawaii coming out of the sun
Kennedy, you should be in sight
We can't see a thing here in the night
Navigator says we're on the flight path
There's no radio, no sign of life
This is Sandanavian 101
For Gods sake get the ground lights on 
'Cause we were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere 
There's a 747 goin' into the night
There's no power they don't know why
They've no fuel they gotta land soon
They can't land by the light of the moon
They're overshooting there's no guiding lights
Set a course into the night
Scandanavian 101
For Gods sake get your ground lights on 
We were strangers in the night
Lost on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Lost on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere Strangers in the night
We were strangers in the night
Strangers in the night
We were strangers in the night 
Strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere 
We were strangers in the night
Flight 101
Strangers in the night going nowhere





Ntah kenapa sejak-sejak tahu berita kehilangan pesawat MH370....kepala aku asik terngiang-ngiang lagu ni...takder kena mengena pun...tapi ini antara lagu Saxon yang jadi kegamaran...lirik dia memang menarik...ada cerita....semoga yang terbaik untuk MH370...



PRAY FOR MH370




Friday, October 11, 2013

Power & the Glory

Sempena 30 tahun...



Saxon - Power & the Glory (1983)

"Don't judge a book by its cover". Mungkin peribahasa orang putih ini sesuai untuk mengambarkan album ini. Kavernya memang tak cantik. Tapi isinya cantik.

1983 adalah penghujung kepada era gemilang New Wave Of British Heavy Metal. Pada ketika itu boleh dikatakan semua nama-nama besar dalam pergerakan NWOBHM cuba untuk menembusi pasaran USA. Saxon tidak terkecuali. Selepas 3 album klasik mereka, Wheels of Steel, Strong Arm of the Law dan Denim and Leather, mereka hadir dengan Power & the Glory. Sebuah album yang lebih komersial dengan sound yang lebih bersih. Mungkin ianya ditujukan untuk pasaran USA.

Malangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Entah mana silapnya mereka gagal di USA. Mungkin mereka tak cukup pop macam Def Leppard ataupun tak cukup heavy macam Iron Maiden. Atau mungkin sahaja seperti apa yang Biff Byford cakap dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)" yang mereka ini tak cukup hensem untuk jadi popular.

Walaupun ada yang cakap album ini komersial, tetapi pada saya ianya masih heavy metal. Malah soundnya lebih kepada melodic heavy metal berbanding album-album sebelumnya yang ke arah hard rock. Ada bayangan Iron Maiden di sini terutamanya pada lagu 'Warrior'. Mungkin ini jawapan Saxon kepada lagu "Invaders".



Tetapi lagu kegemaran saya adalah lagu yang menjadi title track "Power and the Glory". Sememangnya ini adalah antara lagu mereka yang paling laju dan paling berat. Memang terhanguk-hanguk kepala bila mendengarnya. Sedap! Lagu lain yang menjadi pilihan adalah "This Town Rocks". Sebuah lagu yang rasanya paling sesuai untuk dibawakan secara live. Manakala "The Eagle Has Landed" adalah satu percubaan mereka untuk menjadi lebih progresif. Satu yang pasti Saxon sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang mempunyai chorus yang catchy. Memang sedap!

Walau apa pun, saya cukup tabik dengan mereka. Ini adalah salah satu contoh band yang sentiasa berkerja keras tanpa putus asa. Selayaknya mereka berdiri sama tinggi dengan Iron Maiden ataupun Judas Priest. Tapi apakan daya...

Respek!





Wednesday, January 18, 2012

The Best of Saxon

lagi pasal album yang sepatutnya aku buat entri pada tahun lepas...


The Best of Saxon (1991)

Dalam banyak2 band heavy metal 80an yang aku dengar dulu2...rasanya Saxon lah yang kurang infonya kepada aku...aku tak kenal siapa penyanyinya...siapa gitaristnya...dll....mungkin kerana masa tu aku tak pernah ada satu pun kaset mereka...lagu2 mereka pun aku cuma mendengarnya dari album2 kompilasi atau pun sekadar kaset dubbing oleh kawan2...

Ntah kenapa aku agak kurang tertarik dengan Saxon...padahal banyak jugak lagu2 dorang yang best...sehinggalah pada tahun 1987 ataupun 1988...aku mendengar album Innocence Is No Excuse...walaupun album ni bagi peminat awal mereka adalah album yang terlalu komersil...ntah kenapa aku suka pulak pada 2 lagu dari album ni iaitu Rockin' Again dan Broken Heroes...

Bila tiba zaman cd...dah tentu2 cd Saxon yang aku cari adalah Innocence Is No Excuse...pasal tu yang paling aku familiar...sayangnya aku tak jumpa...tapi terjumpa jugak beberapa keping cd Saxon yang lainnya kat Tower Records KL Plaza...tapi disebabkan aku tak familiar...dan cuma beberapa lagu jer yang aku tau...aku ambik keputusan beli cd best of ni...sebabnya...semua lagu2 Saxon yang aku tau dan familiar ada kat cd ni...The Eagle Has Landed, Ride Like The Wind, Denim and Leather, 747 (Strangers in The Night), Princess Of The Night, Broken Heroes...



So...pada sesapa yang baru nak dengar Saxon...cd best of ni memang aku rekomen....walaupun ada lagi beberapa lagu wajib dorang takder kat cd ni...tapi sebagai permulaan...seleksi lagu2 dari cd kira ok la...koleksi lagu2 ni merangkumi dari 1st album dorang "Saxon (1979)" hinggalah ke album ke 9 "Destiny (1988)"

Apa2 pun...aku cukup respek kat Saxon ni...dalam banya2k band era NWOBHM...cuma dorang...Iron Maiden dan Def Leppard jer yang masih bertahan...dan walaupun dorang tak lah sepopular dan album meletup macam Iron Maiden dan Def Leppard....dorang tetap tak jemu2 rock sampai tua....bak kata Biff Byford dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)"...mungkin dorang tak cukup hensem untuk jadi popular...heheh....

Friday, August 19, 2011

Never Surrender (or Nearly Good Looking)

Aku baru jer abis baca buku ni sebelum puasa tu hari...masa lapang yang sangat terhad menyebabkan dekat setengah tahun jugak la ambik masa nak mengabiskannya walaupun bukunya tak la tebal mana...



Ni buku autobiography Biff Byford...kalau ada yang mengaku rock tapi tak kenal mamat ni...dia adalah penyanyi dan pengasas kumpulan SAXON...tapi kalau Saxon pun tak kenal...baik layan Hujan...heheh....



Seperti kebanyakkan buku2 autobiography pasal individu2 dari sesuatu band...buku ini jugak lebih menceritakan perihal kisah hidup individu tersebut berbanding bandnya...so kalau mengharap ini kisah Saxon...mungkin sedikit kecewa...ia lebih kepada kisah hidup Biff sendiri...gaya penceritaannya memang santai...dan macam biasa buku2 rockstar ni...mesti cerita pasal Sex,Drug & Rock N Roll...cuma yang bezanya...Biff tak main dadah...pengalaman tak leh menyanyi time lalok menyebabkan dia serik nak ambik dadah...



Banyak jugak cerita2 menarik beliau di zaman awal NWOBHM...penubuhan SAXON...cerita2 disebalik pembikinan album2 mereka...tentang syarikat rakaman...tentang Iron Maiden..Def Leppard...dan band2 yang dorang pernah tour bersama macam Motorhead,Rainbow,Motley Crue,Manowar dll...

aku malas nak cerita panjang...kalau korang peminat SAXON...beli pinjam dan baca....(sebenarnya oleh kerana aku mengambil masa yang agak lama nak mengabiskan buku ni...banyak bab2 awalnya aku dah terlupa...malas pulak nak ulang baca semata2 pasal nak buat review ni...so layan gambo jer la...heheh...





Friday, July 2, 2010

Broken Heroes

Awal bulan macam biasa agak bz skit...tak sempat nak buat entry pepanjang...cuma nak share sebuah lagu lama yang tetiba aku teringat bila dah beberapa minggu layan siri World War 2 Lost Films kat History Channel...lirik dia ada kena mengena..

walaupun aku tak dapat follow kesemua episode documentary ni....tetapi sebagai follower cerita2 perang macam Saving Private Ryan,Patton,Letters from Iwo Jima,Full Metal Jacket,Tora!Tora!Tora dll...maupun tv siri macam Band Of Brothers dan The Pacific (dan kecik2 dulu citer combat)...rasa teruja jugak nak tengok rakaman peristiwa yang dah 60 tahun berlalu ni...tambah dalam kaler pulak tu...Documentary ni memang menarik...cuma yang tak bestnya side belah US ajer...nak jugak tengok cerita belah Jepun dan Jerman kan...

Tapi bila tunjuk footage beribu orang yang mati pasal perang ni...terutama askar2 jepun macam kat Gudalcanal tu rasa sedih pulak...berbaloi ker pengorbanan dorang tu?...

Apa2 pun jom layan lagu ni "Broken Heroes" dari lagenda NWOBHM "Saxon"...dulu2 aku selalu dengar lagu ni...best.



***Saxon dah pun rilis remastered version semua album2 lama dorang...iskh...kalau la tetiba aku tersepak duit....