Sempena ulangtahunnya yang ke 36 pada 1hb Februari yang lalu...
Tesla - The Great Radio Controversy (1989)
Antara yang baru berjaya di"gila format"kan. Lama betul mencari versi piringnya. Antara yang susah nak dapat. Kalau ada pun harganya tak pernah yang mampu milik. Tetapi akhirnya tanpa disangka terjumpa pula ianya dijual dengan kondisi baru dan masih berplastik oleh penjual tempatan dengan harga yang sangat munasabah.
Ianya adalah versi Record Store Day 2020 dengan Obi strip - French Import yang hanya dikeluarkan sebanyak 1000 unit.
Kalau ada pun lagi album Tesla yang teringin di"gila format"kan adalah album Bust A Nut terbitan tahun 1994.
Sempena ulangtahunnya yang ke 10 pada 6hb Jun yang lalu
Saya berhenti mendengar Tesla selepas album Bust A Nut (1994). Mereka pun berada didalam status "hiatus" selepas dari album tersebut menyebabkan saya hampir terlupa tentang mereka.
Simplicity adalah album yang saya tak tahu kewujudannya sehinggalah beberapa tahun yang lalu. Tak rasa pun muzik mereka telah berubah semenjak Bust A Nut. Dan tak perasan juga yang Tommy Skeoch tidak lagi bersama mereka kerana mereka masih mengekalkan dual gitar solo.
Yang berbezanya cuma tempo muzik mereka kini lebih sederhana (mid tempo). Tiada lagi lagu-lagu yang keras dan laju. Mendengarnya memerlukan masa yang bersesuaian. Saya merasa seronok mendengarnya di waktu pagi tetapi mengalami masalah ketika di waktu petang.
Bukan kata lagunya tak sedap dan tak bagus. Ianya masih Tesla. Tetapi ianya lebih kepada diri saya yang lebih memerlukan lagu yang bertenaga ketika pulang dari kerja setelah "letih otak" di waktu petang....
Tesla - Twisted Wires & the Acoustic Sessions... (2011)
Mereka adalah yang pertama menghasilkan album rakaman secara unplugged melalui album Five Man Acoustical Jam (1990) sebelum ianya menjadi satu trend di awal 90an dulu. Kejayaan album tersebut mendorong MTV untuk melakukan perkara yang sama.
Tahun 2011, mereka kembali dengan idea yang sama. 5 daripada lagu-lagunya telah dirakamkan pada tahun 2005 ketika Tommy Skeoch masih bersama mereka, Lagu lagu lainnya pula adalah rakaman sekitar tahun 2010 dan 2011 yang menampilkan gitaris baru mereka, Dave Rude bersama-sama gitaris asal, Frank Hannon berserta 2 buah lagu baru.
Memang sedap. Suara serak serak kasar Jeff Keith semakin lunak. Susunan muzik dan permainannya memang tip-top. Mereka membuktikan sekali lagi yang mereka adalah pemuzik yang hebat dalam menyusun lagu-lagu mereka menjadi lagu-lagu akustik. Yang paling menarik bila lagu-lagu berat seperti Hang Tough, Edison Medicine, Into The Now dan lain-lain berjaya di "stripped-down" dan di akustikkan dengan jayanya. Kalau lagu-lagu yang balada macam What You Give, Changes, A Lot to Loose tu lagi lah pula bertambah-tambah sedap.
Peminat Tesla memang kena ada album ini. Yang jenis pening dengan bunyi distortion gitar pun memang patut dengar album ini. Memang lazat... Klasik!
Lama dah tinggalkan Tesla. Terakhir membeli cd mereka adalah album Bust a Nut (1994). Album -album selepas itu sekadar mendengar gitu-gitu sahaja di youtube mahupun spotify.
Bila dapat tahu yang album baru ini diterbitkan oleh Phil Collen (Def Leppard), ada sedikit rasa teruja pula untuk membeli cdnya secara fizikal. Tak la minat sangat pun arah tuju Def Leppard zaman sekarang. Tetapi perasaan nak tahu tu memang tetap ada. Macam jauhkan antara muzik Tesla dan Def Leppard.
Tetapi setelah mendengar keseluruhan cd, ternyata Tesla telah pun berjaya di "Leppard" kan. Semua lagu pun dicipta secara bersama dengan Phil Collen. Makanya memang tak boleh tidak pengaruh Def Leppard tu memang ada. Paling nyata pada bahagian backing vokal semasa chorus. Kalau tidak kerana vokal Jeff Keith, memang rasa macam ini adalah album Def Leppard.
Ternyata ini bukan Tesla yang kita kenal dulu. Tiada lagi lagu-lagu rancak dengan twin gitar solo. Lagu-lagunya kini lebih pop, lembut dan santai. Lebih perencah AOR barangkali. Nak kata tak best...kalau suka melodic rock yang santai ala-ala Def Leppard mungkin album ni memang best. Tapi kalau nak Tesla yang lama.... ini bukanlah albumnya.
Lagi pembelian cd-cd terkini di pasaran. Kedua-duanya diterbitkan pada bulan Mac yang lalu. Dan seperi kebiasannya, kedua-duanya juga adalah band orang-orang tua...huhu...
Shock dari Tesla adalah album baru. Album studio ke 8 dari mereka. Manakala The Dirt dari Mötley Crüe pula adalah sebuah album soundtrack kepada filem biography mereka, The Dirt.
Nantilah bila dah khatam kedua-duanya bolehlah buat sedikit ulasan....
Lagi album kegemaran dari zaman remaja. Seperti Skid Row, Tesla juga saya kenali melalui majalah Metal Edge. Kalau tak silap ianya dibeli bersama kaset Skid Row di Komtar, JB. Pau duit gaji abang. Maklumlah beliau ketika itu sudah berkerja manakala saya baru habis SPM. Mana ada duit.
Ianya sebelum lagu balada "Love Song" menjadi popular. Ketika itu tiada seorang rakan pun yang tahu atau dengar Tesla. Pertama kali dengar dah suka. Sememangnya killer album. Semua lagu sedap. Twin gitar solo antara Frank Hannon dan Tommy Skeoch menjadi antara penyebab. Memang dasyat kerja gitar mereka berdua. Saya memang kalah dengan mana-mana band yang mempunyai twin gitar solo.
Seperti Skid Row, mereka pada saya bukanlah hair/glam metal yang sebenar. Muzik mereka lebih kepada hard rock dengan pengaruh blues yang berat. Tapi zaman dulu semua ni kita panggil rock atau heavy metal. Tak kisah sangat pasal label melabel. Janji distortion gitar.
Banyak lagu sedap. "Hang Tough", "Lady Luck","Heaven's Trail (No Way Out)", "Love Song". Tapi kalau suruh pilih satu, pilihan saya adalah "Paradise". Suka betul solo-solo gitar dalam lagu ni.
**Teringat dulu-dulu bila ada rakan di ITM bukak lagu Hang Tough - New Kids On The Block dalam hati saya berkata mereka patut dengar Hang Tough versi Tesla sama juga bila lagu Step By Step berkumandang. Mereka patut dengar versi dari Forbidden...tapi tu la...kita ni golongan minoriti...haha...
Tesla - Time's Makin' Changes – The Best of Tesla (1995)
Tidak dinafikan, Tesla adalah salah sebuah band kegemaran saya semenjak kali pertama mendengar kaset The Great Radio Controversy pada tahun 1989 dahulu. Mana-mana band yang mempunyai "twin guitar solo" memang mudah untuk saya minati.
Time's Makin' Changes mengandungi pilihan lagu-lagu dari 4 album awal mereka, Mechanical Resonance (1986), The Great Radio Controversy (1989), Psychotic Supper (1991) dan Bust a Nut (1994) berserta album live, Five Man Acoustical Jam (1990).
Mereka tidak pernah berubah. Tidak "selling out". Tidak kira zaman ketika "glam" ataupun "grunge", mereka tetap dengan muzik hard rock heavy rock n roll mereka. Dari awal hingga sekarang tetap dengan imej "blue collar band", tshirt dan jeans. Makanya tidak banyak beza dari segi arah tuju muziknya tak kira album 80an ataupun 90an mereka.
Mungkin ini tempat terbaik kalau anda hendak mengenali muzik mereka. Tiada masalah pada saya terhadap pilihan lagu-lagu di dalam kompilasi ini walaupun sebenarnya mereka ada banyak lagu-lagu yang bagus. Banyak mana la boleh muat dalam 1 disc kan. Tapi sekurang-kurangnya 2 lagu dari setiap album ada di dalamnya. Lagu yang berat, lagu perlahan malah lagu live accoustic mereka pun ada.
Lagi sebuah album dari band metal 80an yang dah genap usia 20 tahun...
Tesla - Bust a Nut (1994)
"In 1994, hard rock was on life support. Unless a band was wearing flannel and sung about how much their life sucked, chances are they didn’t get any airplay."
Begitulah nasib Tesla.
Secara jujurnya, saya sedikit ragu-ragu ketika membeli kaset album ini 20 tahun yang lalu. Maklumlah, kebanyakan band-band tak kira metal atau hard rock mula berubah bila memasiki era 90an.
Tetapi sebaik sahaja mendengar lagu track pertama "The Gate/ Invited", saya sudah mula tertarik dengan album ini. Ternyata Tesla tidak pernah berubah. 2 lagu berikutnya, "Solution" dan "Shine Away" membuktikan mereka tetap seperti dahulu. Riff-riff berat Frank Hannon dan Tommy Skeoch masih seperti dulu. Mungkin sahaja lagu sebegini boleh dipanggil sebagai heavy metal. Memang seronok bila masih ada band yang berani mengekalkan identiti muzik mereka tanpa mengira apa zaman pun.
Sayangnya ramai peminat mereka seperti saya. Was-was dan ada yang langsung mengabaikan album ini. Mungkin susah untuk menyaingi album-album kegemilangan mereka di tahun 80an seperti Mechanical Resonance dan The Great Radio Controversy. Susah pada saya bukanlah dari segi lagunya. Tetapi lebih kepada kenangan yang ada. Malah album ini banyak mengandugi lagu-lagi yang sedap. "Try So Hard", "Shine Away" dan "Mama’s Fool" adalah antara lagu sedap yang sering dimainkan mereka secara live. Malah "A Lot To Lose" juga menjadi lagu wajib persembahan live mereka sekarang.
Mendengarnya sekarang berbanding 20 tahun yang lalu membuatkan saya lebih menghargainya
Sehingga sekarang saya tidak pernah bersetuju bila Tesla di dikaitkan dengan band-band glam/hair metal. Pada saya konsep penampilan dan lagu mereka adalah berbeza. Tesla hanyalah sebuah band hard rock (kalau dulu-dulu masih dipanggil heavy metal) yang kebetulan muncul dizaman glam/hair metal sedang memuncak.
Tak kisah lah apa genre pun. Tapi yang pastinya...No grunge. No keyboard. Ini adalah "straight hard rock heavy rock 'n roll".
Sambung lagi citer pasal 5 cd live yang aku suka..3 dah…Live After Death, Decade Of Aggression, Priest…Live! dan kini Tesla – Five Man Acoustical Jam pulak..(Tokyo Tape..masih menunggu…En Ben tengah sibuk punggah barang lagi agaknya tu… :P )
Rasanya tak ramai yang tau pasal Tesla…dan ramai yang anggap Tesla tu band glam…salah tu…dorang bukan glam/hair metal…Cuma timing dorang muncul masa zaman glam/hair metal tengah meletop…tak pasal2 dorang pun turut di labelkan begitu…kalau tengok imej dan lagu2 dorang…memang jauh la…dorang lebih kepada hard rock/heavy metal kesinambungan dari band2 rock 70an….yang lagi aku suka dorang juga ada twin gitar solo…antara Frank Hannon dan Tommy Skeoch.
Tak tau la sapa yang mulakan main unplugged ni…tapi memang MTV la yang mempopularkannya…sampai band2 kat Malaysia macam Search pun terikut2…tapi jangan tak tau…sebelum MTV…Tesla dah buat dulu…mungkin bukan yang pertama tapi doranglah yang 1st aku rasa band rock yang main full set secara acoustic…bila lagu Signs dari album ni popular…berderet2 semua pun ikut buat album secara unplugged ni…
Kalau nak tau macamana tercetusnya idea buat unplugged ni...klik gambo bawah ni satu2 dan baca...malas aku nak menaip...:P
Mula2 dulu rasa macam boleh ker dorang meng”acoustic”kan lagu2 dorang2 ni terutama lagu2 yang heavy…susah nak bayang…tapi bila dengar boleh tahan jugak la…walaupun ada lagu macam Modern Day Cowboy tu dorang terpaksa ubah suai untuk jadi acoustic…tapi masih layan la…paling best bagi aku dalam cd ni solo2 Frank Hannon la…dasat mamat ni main secara acoustic…sorang lagi gitaris yang underated…
Tak pasti aku samada tak semua lagu sesuai di acoustickan sebab tu banyak jugak lagu2 cover dalam cd ni ataupun memang mereka sengaja memilih lagu2 cover tersebut sebagai tribute kepada lagu2 yang mereka minati…tapi yang pastinya…aku suka semua lagu2 tu…macam kena jer dengan dorang…terutama lagu Signs tu la…mula2 dulu aku memang ingat itu lagu dorang…
Lagu2 yang berjaya dorang cover dengan baiknya dah tentu2 lah Signs (Five Man Electrical Band), Mother’s Little Helper (Rolling Stones), Lodi (Creedance Clearwater Revival’s) dan We Can Work It Out (Beatles)
Tapi yang pastinya cd ni benar2 membuktikan kehebatan skil dorang main secara live…termasuk la suara penyanyinya Jeff Keith…syok dengar intro lagu Love Song dan solo lagu fav. aku Paradise…cd ni memang tak der tokok tambah adjust2 nak bagi sedap…pasal asalnya pun dorang rakam secara bootleg untuk kegunaan sendiri aje…so kalau ada kekurangan dari segi soundnya…paham2 je la..
Dulu2…lepas subuh…bersiap2 nak gi kerja…aku suka bukak cd ni…syok arr dengar muzik acoustic ni waktu pepagi…memang aku rekomen la cd ni…tapi awas bukan semua orang boleh masuk muzik acoustic ni…kalau yang kepala metal tu..aku cadangkan cari cd Tesla yang lain la…atau kalau nak yang live jugak…cari Replugged Live.
P/s…cd ni sebenonya Bro Skid yang punya…aku yang mewakafkan sendiri cd ni untuk jadi harta aku…maklum la…dia kan dah pencen…hahaha…tapi kalau nak baca review dia…klik sini