10 album rock terbaik sepanjang zaman seperti artikel di bawah...
https://www.loudersound.com/news/pink-floyds-the-dark-side-of-the-moon-voted-best-rock-album-ever
dan
https://www.loudersound.com/features/the-50-best-rock-albums-ever/5
Dari 10 yang tersenarai, berapa yang ada di dalam simpanan anda?..
***saya ada kesemuannya ๐
Thursday, November 29, 2018
Tuesday, November 27, 2018
Beast From The East
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 16hb November yang lalu...
Dokken - Beast From The East (1988)
Lambat dengar album live ini. Tak jumpa kasetnya pada tahun tersebut. Kalau tak pastinya akan menjadi salah satu album live kegemaran sama seperti Live After Death, World Wide Live / Tokyo Tape, Decade of Aggression, Priest…Live! atau pun Tesla – Five Man Acoustical Jam.
Album ini di keluarkan di zaman kemuncak mereka. Semua lagu hits. Kalau nak belajar dengar Dokken pun memang boleh bermula dari sini. Kalau nak komplen pun cuma tiadanya lagu The Hunter (kegemaran saya ni...)
Album ini membuktikan yang mereka adalah sebuah band yang bagus. Permainan muzik yang kemas. Sound sedap. Maklumlah di rakamkan di zaman kegemilangan. Antara highlight sudah semestinya lagu Tooth and Nail dan Kiss of Death. Vokal Don Dokken yang mantap. Mr Scary pula menyerlahkan kehebatan solo-solo improvised dari George Lynch. Sememangnya beliau layak memegang tahta antara gitar hero terbaik untuk dekad rock 80an.
Jika anda peminat album live, ini memang patut ada dalam simpanan. Apatah lagi jika anda peminat Dokken.

Labels:
1988,
cd,
Dokken,
live,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, November 21, 2018
Timur Barat - vinyl
Yang terkini di pasaran...
XPDC - Timur Barat (vinyl 2018)
Selepas Darjah Satu, kini giliran Timur Barat pula di piringhitamkan. Lama tunggu. Setahun lebih. Tak silap Darjah satu dipiringhitamkan pada bulan Februari tahun lepas. Tapi ok la, sempat kumpul duit.
Dari segi sound memang banyak kemajuan berbanding dengan Darjah Satu. d'Atok Akeem dari Otai Art Studio telah melakukan kerja yang baik. Re-remastering dari beliau memang sentiasa terbaik. Tabik!
Dari segi harga memang terus terang rasa mahal. Main lp lagu melayu ni memang dah jadi hobi yang mahal. Tapi bab berbaloi ker tidak, itu terpulang pada diri masing-masing. Tepuk dada tanya selera dan raba poket. Letih lah nak berbalah pasal harga ni.
Harapnya lepas ini giliran Brutal dan Kita Pengyu. Lama lagi pun tak apa. Memang sesak nafas la kalau tiap-tiap bulan keluar lp harga macam ni. Memang mampu tengok jer la...

Sunday, November 18, 2018
Burnmark
Yang dah 30 tahun usianya...
Burnmark - Burnmark (1988)
Rasanya kali terakhir mendengar album ini secara penuh adalah pada 8 tahun yang lalu (entri ini). Reissue tahun 2016 pun tak dengarnya secara penuh. Sekadar mencuba soundnya. Iyer. Soundnya agak kurang memuaskan. Sayang kan kenapalah cd-cd reissue yang awal ini tidak melalui proses 24Bit Digitally Remastered seperti keluaran reissue sekarang??..
Dulu apa yang saya ingat tak berapa sukakan album ini. Paling tak minat jika dibandingkan dengan album-album solo band JJR yang lainnya.
Tetapi itu dulu. Selepas 30 tahun. Mendengarnya semula secara santai. Rasa menarik juga. Dulu tak minat betul lagu slow mereka yang meleweh leweh tu. Sekarang macam ok la pulak. Mungkin faktor usia memainkan peranan...haha...
Rasanya mereka cuba untuk menjadi Europe. Ada beberapa bahagian yang terarah kepada itu. Dan seperti kebiasaanya band rock 80an. Ada sahaja lagu yang diciplak. Shapes of Things to Come dari Gary Moore memang sebijik seperti lagu Ayah. Ada juga solo-solo Joe yang berbunyi seperti idolanya, Malmsteen.
Secara keseluruhannya bukanlah sebuah album yang tak bagus. Cuma mungkin pada ketika itu syarikat rakaman mereka (Warnada) terlampau banyak sangat band di bawah mereka sehingga urusan promosi agak terabai.

Poster asal semasa beli kaset dulu masa tertampal di belakang gerobok kat kampung.. |
Secara keseluruhannya bukanlah sebuah album yang tak bagus. Cuma mungkin pada ketika itu syarikat rakaman mereka (Warnada) terlampau banyak sangat band di bawah mereka sehingga urusan promosi agak terabai.
Labels:
1988,
Burnmark,
cd,
kaset,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, November 15, 2018
Still Cyco Punk After All These Years
Lagi terbitan dari tahun ini...
Suicidal Tendencies - STill Cyco Punk After All These Years (2018)
Aktif pula yer Suicidal Tendencies ni sejak-sejak Dave Lombardo jadi band member. Ni album terbaru dari mereka. Tapi nak kata betul-betul baru sebenarnya bukanlah lagu-lagu baru pun. Seperti album Still Cyco After All These Years (1993, album ini juga adalah rakaman semula dari lagu-lagu lama. Tetapi bukanlah lagu-lagu lama Suicidal Tendencies. Sebaliknya ia adalah lagu-lagu dari album solo Mike Muir (Cyco Miko - Lost My Brain!) dari tahun 1996.
Maka sudah tentu lagu-lagunya lebih punk berbanding metal atau thrash. Suicidal Tendencies pun memang asalnya adalah sebuah band hardcore punk. Mungkin beliau cuba untuk kembali ke zaman tersebut. Yang paling ramai nak dengar sebenarnya adalah ketukan drum Dave Lombardo. Saya tak dengar album yang asal. Maka tak boleh lah nak buat perbandingan. Tapi dari apa yang saya dengar kira bolehlah. Agak pop dan catchy. Lebih kepada pop punk ala-ala Ramones mungkin.
Dave Lombardo pun tak overshadow band member yang lain. Paling saya tertarik adalah shredding solo dari Dean Pleasants. Memang hebat. Lama juga yer dia dah dalam Suicidal Tendencies. Tapi biasalah, peminat jenis macam saya. Masih tak boleh nak move on. Masih mengharapkan Rocky George akan kembali.
Akhir kata. Ianya hanya sesuai untuk die-hard ST atau mungkin peminat pop punk. Yang nak metal dan thrash tu, sila tunggu album baru yang betul-betul baru dari mereka.

Monday, November 12, 2018
Rock The Nite EP
Antara produk rock terkini tempatan...
Leather Charms - Rock The Nite EP (2018)
Sesekali terjumpa produk buatan tempatan yang lain dari kebiasaan sememangnya rasa menarik. Maklumlah banyak sangat dengar extreme metal pun boleh membuatkan kepala naik tepu.
Sekali sekala timbul band- band heavy metal seperti Iron Bird ataupun Aircraft, memang mengujakan. Terutamanya jika anda pengemar muzik yang sebegini. Kali ini dikenalkan pula dengan Leather Charms. Sebuah band yang berasal dari Pulau Pinang. Tetapi mereka bukanlah pure heavy metal. Tengok font pada logo pun dah boleh agak apa genrenya***. Mereka lebih kepada hard rock.
Ep ini mengandungi 4 lagu. Semuanya agak catchy. Lagu pertamanya mengingatkan saya kepada Deep Purple. 2 lagu berikutnya mengesahkan yang pengaruh besar mereka berkemungkinan dari band-band hard rock 80an seperti Motley Crue, Twisted Sister dan mungkin juga Bon Jovi. Terdapat juga satu lagu slow rock berbahasa melayu yang bukan jenis muzik meleweh.
Tetapi yang pastinya jika anda memainkan muzik genre sebegini, vokalisnya memang perlu mempunyai vokal yang bagus. Dan inilah kelebihan Leather Charms. Vokalisnya memang power. Padu! Memang patut dipuji. Diction bahasa inggerisnya juga bagus. Memang tabik!
Saya harap mereka akan terus maju jaya dan menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti. Band seperti ini sememangnya memerlukan sokongan anda.
Rekomended untuk yang dahagakan muzik hard rock acuan tempatan.
***font Motley Crue pada yang tak tahu

Saturday, November 10, 2018
Tuesday, November 6, 2018
Resurrection
lagi album baru 2018...
Michael Schenker Feast - Resurrection (2018)
Blog orangtua lama (๐) maka ceritanya tak habis-habis pasal orang tua...haha..tapi sekurang-kurangnya kali ini ianya berkenaan sesuatu yang baru.
Iyer..album baru dari gitaris lagenda, Michael Schenker. Salah seorang hero dari zaman awal remaja. Logo tulisan MSG and gitar V adalah antara logo terawal band rock yang cukup terkesan dihati. Buku, meja dan dinding sekolah habis menjadi mangsa.
Orang tua ni memang tak reti nak pencen. Masih produktif. Paling menarik karya terbaru beliau ini turut disertai oleh orang-orang tua lejen yang lain ๐. Semua vokalis hebat yang pernah berkolaborasi dengan beliau turut menyumbangkan suara. Gary Barden, Graham Bonnet, Robin McAuley dan juga Doogie White. Memang hebat-hebat belaka. Malah fanboy beliau, Kirk Hammett turut menyolo untuk satu lagu.
Tiada komplen. Semua lagu bagus. Michael masih mampu menghasilkan lagu-lagu dan kerja gitar yang baik. Namun begitu saya sedikit bias kepada lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Robin McAuley. Dari dulu saya memang sukakan zaman McAuley Schenker Group. Zaman 80s glam metal. Lagu-lagunya mengingatkan saya kepada zaman tersebut.
Akhir kata, ini sebuah lagi album yang bagus untuk 2018. Tapi biasalah, album-album sebegini sememangnya untuk peminat lama. Nak dapatkan peminat dari generasi baru mungkin agak sukar.
Michael Schenker Feast - Resurrection (2018)
Blog orang

2018,
cd,
gitar hero,
Michael Schenker,
MSG,
rock omputeh
Saturday, November 3, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)