Showing posts with label Adrian Smith. Show all posts
Showing posts with label Adrian Smith. Show all posts

Sunday, July 20, 2025

Black Light/White Noise

 Antara yang terkini di pasaran.

Smith/Kotzen - Black Light/White Noise (4 April 2025)

Album kedua dari gandingan Adrian Smith & Richie Kotzen. Secara jujurnya saya membeli cd ini semata-mata kerana Adrian Smith. Dan jujurnya juga saya sememangnya kurang berminat dengan hasil kerja Richie Kotzen tak kira samada zaman beliau solo ataupun ketika bersama Poison mahupun Mr. Big.

Beliau lebih kepada blues rock. Satu genre yang kurang kena dengan jiwa. Album ini seperti juga album pertama mereka adalah lebih Richie Kotzen berbanding Adrian Smith yang kita kenal dalam Iron Maiden. Sememangnya agak payah juga untuk hadam album sebegini walaupun ada lagu yang mempunyai solo yang bagus.

Ini adalah satu contoh cd yang dibeli sekadar untuk memenuhi rak. Entah bila nak dengar lagi tu Wallahu a'lam...


Monday, June 28, 2021

Smith / Kotzen

 Antara yang terbaru di pasaran...

Adrian Smith & Richie Kotzen - Smith / Kotzen (2021)

Tiada tour/show/konsert ketika lock down pandemic Covid 19 menyebabkan ramai pemuzik mempunyai banyak masa terluang. Adrian Smith & Richie Kotzen menggunakan masa tersebut untuk berkolaborasi bersama. Rupa-rupanya mereka telah lama berkawan walaupun genre muzik mereka agak berbeza.

Album ini diterbitkan oleh mereka secara bersama-sama. Dari segi lagu, lirik dan permainan muziknya juga adalah dari gabungan mereka berdua. Kecuali track drum adalah dari pemuzik jemputan (Nicko McBrain adalah salah seorang darinya, namun begitu 5 daripadanya dimainkan sendiri oleh Richie Kotzen). Dari segi vokal walaupun mereka berduet untuk setiap lagu, tetapi ikut pendengaran saya rasanya lebih banyak bahagian diberikan kepada Richie kerana sememangnya sedia maklum yang beliau mempunyai vokal yang lebih bagus berbanding Adrian. 

Tetapi yang menjadi perhatian untuk album sebegini sudah pastinya kerja gitar mereka berdua. Bila 2 orang gitar hero bergabung sudah semestiya solo-solo gitarnya yang lebih menjadi tumpuan. Saya dapat rasakan yang mereka berdua tidak cuba untuk membayangi antara satu sama lain. Ianya lebih kepada solo-solo gitar yang saling melengkapi. Dan ianya memang menarik.

Secara jujurnya album sebegini bukanlah selera saya. Pada saya ianya lebih kepada Richie Kotzen berbanding Adrian Smith. Lagu-lagu yang mempunyai pengaruh blues rock seperti ini sememangnya sudah sinonim dengan Ritche. Tidak ada lagu yang melekat dengan sekali pendengaran. Tetapi ianya adalah sebuah album yang menarik untuk dijadikan muzik latar belakang ketika berkerja dari rumah. Solo-solo gitarnya memang padu.


Saturday, September 7, 2019

Silver and Gold

Sempena 30 tahun…


ASaP - Silver and Gold (1989)

Lama dah tak buat entri berkenaan ulangtahun sesuatu album. Hmmm… malas betul la nak buat "research" dan menulis.

30 tahun dulu ada beli kaset ni. Tapi dah hilang entah kemana. Paling tak boleh lupa ada seorang rakan metal akar kayu * bertanya lepas dengar 2, 3 lagu dari album ni, "kenapa beli kaset ni? Kau tau ker ni kumpulan apa...atau kau beli ni pasal gambo inlay kat dalam ni??**."


Ok. Untuk yang tak tahu. ASaP (Adrian Smith and Project) adalah band projek solo Adrian Smith ketika dia masih lagi dalam Iron Maiden sebelum keluar ketika album No Prayer for the Dying.  Sebab tu kawan tu tanya. Album ini tidak seperti yang dia harapkan. Langsung tak ada bunyi Iron Maiden. Silver and Gold lebih kepada hard rock atau AOR working class music macam Bruce Sprinsteen atau mungkin juga Bryan Adams pasal vokal Adrian pun dah kasar macam Byan Adams.

Aku jawap dia, "Hellooo... ini Adrian Smith la beb...Gitar hero aku...Apa-apa muzik atau band yang dia main pun tetap best pada aku...tetap sedap...tetap sokong..."


Tapi itulah... kawan-kawan jenis metal akar kayu tak sokong. Kawan-kawan AOR rasa pelik pula nak beli album gitaris metal main muzik pop rock. Hasilnya album ini memang gagal kat pasaran. Hanya fan boy yang beli dan sokong. Akhirnya ASaP berkubur.



*Dalam group whatsapp geng2 bloger, Zan Bassit gelar mat metal true ni sebagai metal akar kayu sempena logo2 band yang susah nak baca dan macam akar kayu…kah kah kah…)

**siapa pernah tengok inlay dalam dia faham la apa maksudnya