Anak balik bercuti. Mestilah ada yang manis-manis dari HMV Middlesbrough.
Friday, June 19, 2026
Friday, December 24, 2021
The Dark Parade
Album "comeback" yang lama dah ditunggu...
Mordred - The Dark Parade (2021)
Antara cd baru yang tak teragak-agak atau melalui proses pra-dengar di Spotify sebelum di beli. Memang minat dengan mereka sejak kali pertama mendengar kaset album pertama mereka, "Fool's Game" sekitar penghujung tahun 1989.
Kelainan muzik mereka dengan memasukkan unsur funk, rap dan ada DJ gosok turntable (scratch dj) dalam genre thrash yang mereka mainkan membuatkan mereka adalah satu band yang unik. Ini mereka dah lakukan lama sebelum genre Nu-metal wujud.
Sayangnya ketika itu muzik sebegini agak kurang diterima menyebabkan mereka akhirnya berkubur Mereka hanya sempat bertahan dengan 3 album. Yang terakhir adalah The Next Room (1994).
Tetapi akhirnya mereka kembali bergabung. Dengan line-up yang hampir sama (kecuali pemain drums), mereka muncul dengan sebuah album "comeback"
Ternyata tiada apa yang berubah. The Dark Parade adalah sambungan dari apa yang mereka lakukan pada 30++ tahun yang lalu. Mereka masih thrash. Masih funky. Dan masih ada juga unsur rap dan gosok turntable yang menjadi identiti mereka.
Tak ada yang nak dikomplenkan jika anda memang dah tahu bagaimana muzik Mordred. Best!
Saturday, July 2, 2011
In This Life

Sekitar penghujung 80an...semacam timbul suatu pergerakan muzik baru dengan terciptanya terma "Crossover"...ada band yang cuba mencampuradukkan rap,funk dan rock/metal menjadi satu...tak pasti aku sapa yang mulakan dulu...mungkin jugak Aerosmith/Run-D.M.C. dengan "Walk This Way" (1986)...kemudiannya muncul Beastie Boys dengan album "Licensed to Ill"...pastu Anthrax dengan "I'm The Man" dan "Bring The Noise"...akhirnya menjadi ikutan dengan munculnya kumpulan2 seperti Red Hot Chili Peppers, Faith No More, Living Colour, Fishbone,24-7 Spyz dll..malah kemudiannya kat malaysia pun ada...Naked Butterfly...tapi kalau bab merojakkan funk dan thrash...aku rasa takder band lain kot yang mulakan dulu selain Mordred...(betulkan kalau aku tersilap...)
Mordred bermula dengan thrash seperti kebanyakkan band2 bay area zaman tu...Metal Hammer megenalkan aku kepada mereka...album pertama mereka Fool's Game (1989) mendapat pujian daripada ramai pengkritik muzik metal...terutamanya untuk lagu 'Everyday’s A Holiday' dan cover Rick James 'Super Freak'...kelainan memasukkan elemen funk dalam muzik mereka membuatkan mereka berbeza dari lain2 band thrash sengakatan dengannya..
Mungkin kerana pujian tersebut...album ke 2 mereka...In This Life menumpukan sepenuhnya kepada funky thrash...nak kata idea original belum ada orang buat...mungkin jugak...ini tahun 1991 beb...mana ada orang buat camgini...mana time tu band metal ada DJ tukang gosok2 rekod (ni apa nak panggil dorang ni ek??..)..kalau RHCP mencampurkan Funk/rap dengan Rock...Faith No More mencampurkannya dengan Heavy Metal...tapi Mordred dengan thrash...nak kata menarik...bagi aku memang menarik...unik!

Secara dasarnya...muzik mereka masih thrash...masih ada shredding solo yang bergulung...bukannya nu metal atau rap rock/metal macam yang bersepah sekarang ni...kalau korang metal sangat kononnya...tak usah bimbang...tak banyak mana pun rap dorang...mereka lebih kepada thrash yang mempunyai funky beat dan slap bass yang meletup2...haha...tak pandai aku nak describe...dengar sendiri la...
kalau ada pun yang aku nak komplen cuma suara vokalistnya...kekadang macam bunyi Mike Patton wanabe...sedikit menggangu pendengaran telinga aku...tapi bab muziknya...memang best...semua lagu pun best...terutamanya lagu "Falling Away"...lagu paling best dari album ni...lain2 lagu yang best pada aku adalah "Progress"...satu2nya lagu yang straight thrash...dan lagu yang cukup funky "Downtown" dan yang ada bunyi hip hop "Esse Quim Videri"
kalau nak dengar macamana thrash di funkykan...di rapkan...sebelum benda ni semua menjadi trendy...sebelum Linkin Park dan apa2 jadahnya nya lagi selepas tu..20++ tahun dulu Mordred dah buat dah...tak caya...boleh cuba dengar album ni...best!!!


