Showing posts with label Sodom. Show all posts
Showing posts with label Sodom. Show all posts

Tuesday, May 24, 2022

Tapping the Vein

 Siri ulangkaji album-album yang lama dah tak dengar...

Sodom - Tapping the Vein (1992)

Jujurnya tak beli dan tak dengar album ini pada tahun ianya diterbitkan. Tak ingat kenapa. Berkemungkinan kerana pada ketika itu saya baru tamat pengajian dan kembali tinggal di kampung tanpa duit dan kawan-kawan yang satu kepala. Makanya agak banyak juga album-album menarik di penghujung 1992 dan awal 1993 yang saya ketinggalan.

Namun begitu apabila berpeluang mendengarnya, ianya bolehlah dikatakan sebagai salah satu album Sodom yang kena dengan selera. Hanya nilai sentimental dan nostalgia menjadikan album-album sebelumnya lebih diminati. 


Di kala band-band thrash lain berevolusi menjadi seperti Metallica dan Pantera, Sodom di tahun 1992 masih mengekalkan identiti thrash mereka. Malah mereka menjadi semakin aggresif dan berat berbanding album sebelumnya. Ianya kedengaran seperti sebuah album death metal terutamanya di bahagian drums dan vokal Tom Angelripper yang lebih garau. Tetapi di dalam masa yang sama, masih ada lagu yang perlahan (One Step Over The Line) dan rock n roll (Wachturm) yang mengingatkan kita kepada Better Off Dead (1990).

Kalau ada nak komplen pun mungkin kerana durasinya yang agak panjang yang memungkinkan rasa berulang dan hilang tumpuan. Bukan thrash yang biasa kita dengar dari Sodom. Tapi bagus. 



Friday, December 5, 2014

In the Sign of Evil

Lagi yang dah 30 tahun..


Sodom - In the Sign of Evil EP (1984)

Kalau sebut teutonic thrash, Sodom adalah yang kedua saya tahu selepas Kreator. Itupun agak terlambat. Mula mengikuti mereka hanya pada album Agent Orange (1989).

Seperti yang saya katakan sebelum ini, selepas tahun 1988 adalah tahun yang saya mula mencari album metal yang lebih ekstrim. Mula dperkenalkan dengan album ini ketika saya menuntut di ITM. Agak berlainan dengan Sodom yang saya dengar melalui Agent Orange. Muziknya agak kasar, mentah dan kurang teknikal. Tetapi itu yang mungkin menjadikannya sedap.

Ketika di zaman remaja yang mementingkan "true", sound "primitive" begini memang sangat mengasyikkan. Lagi sebu lagi "true" kot. Tak kisahpun walaupun majoriti lagu-lagunya tiada pun gitar solo. Tapi pantang pula bila band "nu metal" dan "St Anger" tiada solo...hahaha...

Pada saya mendengar EP ini secara mudahnya boleh lah dikiaskan sebagai "NWOBHM" ataupun Venom yang bermain laju. Mungkin pengaruh mereka sememangnya dari band-band era tersebut. Memang sesuai jika anda pengemar extreme metal. Ini membuktikan yang extreme metal tidak memerlukan teknikal atau skill hebat untuk menghasilkn sebuah album yang boleh di anggap klasik.

 Terbaik jika anda tak berkira perihal sound.





Tuesday, June 25, 2013

Cold Sweat

Sejak2menjak dengar Megadeth kaver lagu ni...rasa kemaruk pulak layan Thin Lizzy - Thunder And Lightning...nanti bila-bila aku buat entri...album tu pun dah masuk 30 tahun dah tahun ni.

Aku belum ada Super Collider...tapi lagu pertama yang terus menangkap bila pertama kali dengar adalah Cold Sweat ni...mungkin pasal lagu ni aku dah biasa....menarik jugak versi Megadeth ni...



tapi boleh cuba versi-versi yang lain juga....antara yang aku suka versi Sodom dari album Better Off Dead.


ataupun versi melodic death metal dari Kalmah


tak pun cuba versi Helloween ni..


Tapi memang tak boleh celen versi original la...John Sykes rules!!!...try layan versi live ni...


tapi yang lawaknya...ada yang komen Thin Lizzy with Dave Mustaine on guitar...rambut memang dah sama dah....hahaha...

Apa2 pun memang best lagu ni...







Monday, December 20, 2010

Better Off Dead

Kita berbalik cerita pasal album2 dari tahun 1990...tinggal beberapa hari jer lagi ni nak masuk 2011...ada beberapa lagi album yang aku nak cerita...mana yang sempat jer la yer...kali ni pasal sebuah album thrash yang cukup aku suka...Better Off Dead dari Sodom..



Sodom ni lambat sikit aku follow berbanding Kreator...start dari album Agent Orange...terus aku terpikat...pastu baru merasa dengar album2 sebelumnya seperti Obsessed by Cruelty dan Persecution Mania...tapi Better Off Dead adalah kaset Sodom aku yang pertama...so dari segi sentimental valuenya...ini adalah album Sodom yang paling aku suka...

Berbanding dengan Agent Orange (ni pun aku suka sangat)...yang ada bau2 kesinambungan dari Persecution Mania...Better Off Dead sikit berbeza...ramai yang kata ianya lebih komersil...menyebabkan ramai peminat Sodom ataupun thrash amnya seakan2 melupakan album ni...mungkin jugak kerana tahun 1990 tu tahun2 thrash merundum...maka album ni kurang mendapat perhatian...tapi bagi aku ianya tetap album thrash yang terbaik...all killer no filler...aku suka...mungkin ianya tak seganas album2 sebelumnya...tapi bagi aku ianya lebih matang...lebih accessible...lebih melodic...mungkin jugak ada berkaitan dengan gitaris baru mereka ketika itu...Michael Hoffman yang mengantikan Frank "Blackfire" yang lari ke Kreator...

Memang tugas berat untuk Michael Hoffman...tapi bagi aku dia berjaya...sayangnya inilah satu2nya album beliau bersama Sodom...walaupun riff2 dia takder la hebat sangat...tapi banyak jugak yang catchy...syok layan angguk kepala...tapi yang paling bestnya pada aku solo2 dia...solo2 dia memang lebih macam solo2 band2 heavy metal dan hard rock...memang best...mungkin pasal tu jugak dorang cover 2 lagu band hard rock dan NWOBHM iaitu Thin Lizzy (Cold Sweat) dan Tank (Turn Your Head Around)...Dan dua2 lagu ni aku rasa macam lebih best pulak dari lagu asal...Suara Tom Angelripper macam kena pulak ngan lagu2 ni...lagipun suara Tom memang best...salah satu vocalist thrash yang aku suka...growl yang jenis paham bunyi butir...growl jenis black metal memang aku menyampah...tak pasti kenapa album ni ada 2 lagu cover...yang aku tau Tom memang minat Tank...tapi tak tau la pulak kenapa dorang cover Thin Lizzy..



Bagi aku yang paling best dah tentu2 la lagu The Saw Is The Law...satu lagi lagu thrash yang jadi all time fav. aku...walaupun lagu ni bukanlah jenis laju...dia lebih pada mid tempo...layan angguk kepala memang boleh sampai sakit tengkuk...

Kalau dengar guna kaset...Side B lagu2nya lebih laju...lebih menyerupai lagu2 lama Sodom...lagu2 side A lebih pada jenis mid tempo...melodic...tapi lagu2 macam "An Eye for an Eye","Shellfire Defense","Capture the Flag","Bloodtrails","Never Healing Wound" dan "Stalinorgel" tetap best...tetap thrash...

Tapi kan ada satu lagi lagu yang aku suka sangat..."Resurrection"...lagu ni lebih bunyi heavy metal dari thrash...agak lain dari lagu2 biasa Sodom...mungkin lagu ni lagu yang agak peribadi bagi Tom...tu sebab lain...maklum la...lagu ni ditujukan khas untuk mendiang ayah beliau...paling tak sangka bab vocal harmonies kat hujung lagu tu...sedap ooo...



Apa2 pun...bagi aku inilah album last genre thrash dari Sodom yang best...kerana album selepas ni dorang dah berubah arah....lebih cenderung ke death metal...yang aku kurang follow...sebelum dorang kembali ke pangkal jalan untuk beberapa tahun kebelakangan ni...

Aku tak tau pendapat korang...tapi bagi aku...kalau nak go komersil...beginilah caranya...bukannya macam Metallica dengan Black albumnya....tapi...sapa la aku ni nak memandai2 la kan...

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan dan Pak Cik Tom Angelripper

Pejam celik pejam celik dah ramadhan lagi..cepat betul masa berlalu..sempena bulan yang penuh berkah,hidayah dan rahmah ini, aku mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua member2 blogger dan sesapa sahaja yg tersesat masuk ke sini..semoga ramadhan kali ini akan lebih bererti dan menjadi ramadhan yang sempurna kepada kita semua..mudah mudahan Insyallah.

Dah tersebut pasal ramadhan ni teringat aku kepada sebuah lagu..1st time aku dengar semasa bln ramadhan tahun bila ntah aku tak ingat..kat rancangan Rock Ria Rock sebuah rancangan radio RIA Singapura...DJnya Brader Bo bukak lagu ni..dan aku tak dengar sangat siapa dan tajuk lagunya...tapi yang nyatanya kat lagu ni part chorusnya ada sebutan macam ramadhan...buat aku tertanya2 ajer...band mana pulak yg main lagu metal tapi lirik nasyid pasal bulan ramadhan ni...puas jugak la aku search kat internet tapi tak berjaya...dekat setahun jugak la lagu ni menjadi misteri kat aku...last2 dalam rancangan yang sama...akhirnya Brother Bo sekali lagi bukak lagu ni dan kali ini terang dan nyata dia sebut nama penyanyinya dan jugak dia kata lagu ni takder kena mengena ngan bulan Ramadhan..ceh!...macam dia tau2 je apa yg yg kat kepala aku...haha...

kalau korang tak caya...cuba layan klip youtube ni...band tu sebenonya projek solo vocalist kumpulan Sodom iaitu Tom Angelripper yang beliau namakan Onkel (pakcik dlm bahasa jerman) Tom Angelripper...tajuk lagunya "Kreuzberger Nächte"...lagu dalam bahasa jerman..ntah apa maksudnya siap ada burger2 tu pun aku tak tau...ceh..nak masuk bulan posa sebut burger pulak...haha..tapi dia punya sebutan dalam lagu tu memang la bunyi macam ramadhan...siot arr...tipah tertipu...huhuhu...