Showing posts with label Doug Aldrich. Show all posts
Showing posts with label Doug Aldrich. Show all posts

Friday, December 15, 2023

Blood

 Kesinambungan dari entri lepas (On Target)

Bad Moon Rising - Blood (1993)

Satu lagi album yang tak pernah di dengar pada ketika ianya diterbitkan. Bad Moon Rising adalah band Doug Aldrich selepas Lion dan sebelum beliau menyertai Dio untuk album Killing the Dragon (2002).

Blood adalah album kedua mereka. Saya memilih album ini kerana hubung kaitnya dengan Bangalore Choir - On Target. Pemain bass dan drummernya adalah orang yang sama. Mereka meninggalkan Bangalore Choir selepas band tersebut gagal.

Seperti On Target, Blood juga diwar-warkan sebagai 'hidden gem bagi pengemar muzik glam/hair metal di era 90an. Ianya diterbitkan ketika demam grunge sedang melanda. Maka tak hairanlah kenapa album sebegini gagal dipasaran walaupun ianya sangat bagus. Saya sendiri asalnya menjangkakan yang mereka adalah sebuah band rock alternatif.

Jika anda mendengarnya kerana Doug Aldrich, pastinya akan berpuas hati. Kerja gitar beliau sememangnya hebat. Kalau tak, tak kan lah Ronnie James Dio dan David Coverdale juga menggunakan khidmat beliau selepas dari ini. 

Dan jika anda mendengarnya kerana inginkan sebuah album hard rock yang berkualiti, pastinya anda juga akan berpuas hati. Terutamanya jika anda sukakan album hard rock dengan pengaruh blues. 


Saturday, June 12, 2021

Dangerous Attraction

Lepas layan band- band rock melayu yang tak pernah dengar, kali ini nak layan pula band-band orang putih yang dulunya sekadar baca di majalah tetapi sekarang baru berpeluang nak dengar.

Nak kata obscure, tak juga. Bagi mat rock/metal 80an, nama-nama band sebegini memang biasa di dengar, cumanya pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkannya dalam bentuk fizikal

Bahagian 3 (hard rock)

Lion - Dangerous Attraction (1987)

Kali pertama terbaca tentang Lion adalah dalam satu artikel dalam majalah Metal Edge pada tahun 1989. Ketika itu mereka sedang dalam proses merakamkan album kedua mereka. Tetapi sekadar baca sambil lalu. Kasetnya pun tak pernah terjumpa ada di jual di sini. Mula yang betul-betul rasa nak ambil tahu hanyalah pada ketika gitaris mereka, Doug Aldrich menyertai Dio untuk album Killing The Dragon (2002).

Sayangnya Dangerous Attraction tidak konsisten. Ada lagu yang sedap dan banyak pula yang sekadar "filler". Dangerous Attraction membuktikan walaupun anda mempunyai gitaris dan vokalis yang bagus, tetapi tanpa lagu-lagu yang sedap, band anda tidak akan kemana.

Tambahan pula saya rasakan yang album ini tidak menonjolkan keupayaan sebenar Doug Aldrich. Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada Whitesnake. Mungkin itu penyebabnya kenapa beberapa tahun kemudiannya David Coverdale menggunakan khidmat beliau di dalam Whitesnake.

Mereka adalah antara beratus band yang mencuba nasib ketika zaman hard rock ataupun ada yang panggil sebagai Glam Metal sedang berada dikemuncak. Sayangnya mereka juga adalah antara "the next big thing" yang gagal. Namun begitu nama mereka akan tetap diingati kerana dua perkara. Lagu mereka yang menjadi tema untuk Transformer The Movie (1986) dan mereka adalah band asal Doug Aldrich.


Thursday, November 3, 2011

Doug Aldrich dan Killing The Dragon

Semenjak konsert whitesnake ni...banyak pulak aku terbaca pasal Doug Aldrich...aku pun nak menyibuk cerita pasal mamat ni..lagi pun dah lama tak buat cerita pasal gitar hero..



aku 1st time tau pasal dia bila ada terbaca rumour pasal Dio nak ambik dia lepas Craig Goldy injured tangan (tahun 88 kalau tak silap)...tapi tu jam band dia "Lion" tengah baru nak naik...dia tolak...sapa pernah tengok Transformer The Movie (yang kartun punya) tahun 1986...lagu tema dia tu "Lion" la yang main...tapi sayangnya kumpulan ni tak top...dan dia jugak main dengan House Of Lords untuk album "Sahara" (aku suka album ni...best) tapi nama dia tak masuk list pun pasal dia cuma gitarist jemputan untuk album tu...tapi dengan Hurricane (satu lagi band 80an yang kurang menjadi...dia memang join dan main untuk album "Slave to the Thrill"...sayangnya ngan Hurricane pun tak lama pasal dia nak join House Of Lords...tapi Gregg Giuffria tak ambik dia full time pun untuk House Of Lords...


Metal Edge Jun 1989


Metal Edge April 1994

Akhirnya masa zaman grunge meletup dia ngan vokalis "Lion" tubuhkan Bad Moon Rising...tapi aku tak ambik tau pun...pasal aku ingat ni band alternative macam Blind Melon atau Collective Soul tu...dan aku tak tau pun dia dalam band tu...tapi bila Dio rilis Killing The Dragon (2002) tetiba nama dia naik balik...padahal tu jam Dio dah ngam dah dengan Craig Goldy masa album Magica...album yang pada aku menaikkan balik nama Dio kat pentas metal selepas beberapa album tenggelam sejak Dream Evil...

Dalam satu interview ngan Craig Goldy yang aku baca sepatutnya memang dia yang main untuk Killing The Dragon...malah dia main dan cipta 3 lagu... “Throw Away Children,” “Push” dan “Rock and Roll”...tapi kebetulan masa tu wife dia kat Denmark mengandung...so pada dia keluarga lebih penting...dan mungkin memang rezeki Doug Aldrich...Dio panggil Doug untuk habiskan recording Killing The Dragon dan rakam semula 3 lagu Craig Goldy tu...
(btw...Craig Goldy memang gitarist fav. Dio...minggu2 sebelum kematiannya pun dia bersama2 ngan Craig cipta lagu untuk album baru yang ada iras2 Magica...dengar cerita wife Dio, Wendy dah bagi kebenaran untuk Craig dan Rudy Sarzo riliskan lagu2 ni satu hari nanti...dengo2 ceritanya mungkin Ripper Owens yang nyanyi....ok ni cerita lain....mungkin aku patut buat entri pasal Craig Goldy jugak la...)



Apa2 pun Killing The Dragon memang best...ramai yang kata album ni mengembalikan Dio ke era 8an...zaman2 Holy Diver, Last In Line...tambah2 pulak Jimmy Bain pun main dan menyumbangkan lagu...tapi pada aku tak kisah la apa orang kata...kalau Magica menaikkan semula nama Dio...Killing The Dragon pulak benar2 menaikkan semula nama Doug Aldrich...riff2 dan solo2 dia dalam ni memang dasat...kekadang megingatkan aku kepada Dio zaman Vivian Campbell...memang tak salah peminat mengaitkan album ni dengan album2 era 80an Dio...production album ni pun tip top...clear....

Walabagaimanapun...aku lebih suka lagu2 dari side A (kalau dengar guna kaset la...) terutama lagu "Killing the Dragon" dan "Along Comes A Spider"...riff dan solo2 Aldrich dalam lagu2 ni memang dasat...selain tu "Scream","Rock And Roll" dan "Throw Away The Children" pun best..."Push" tu walaupun bunyi pop rock sikit...tapi ok la...

Cuma side B ada sedikit filler...lagu2 macam "Cold Feet", "Guilty" dan "Before The Fall" ni ler yang buat aku rasa album ni jadi kureng sikit...lain2 memang aku takder masalah...tapi macam aku cakap awal tadi la...Craig Goldy adalah gitarist kegemaran Dio....so Doug Aldrich cuma merasa main satu album ni ajer la...pasal album selepas tu Master of the Moon...sekali lagi Craig Goldy yang main (iskh...aku memang patut buat entri pasal Craig Goldy ahhh...)