Showing posts with label Poison. Show all posts
Showing posts with label Poison. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

Hollyweird

Antara cd yang terkini dalam simpanan...

Poison - Hollyweird (2002)

Tak pernah tahu tentang Hollyweird sebelum ini. Tak berapa mengambil tahu tentang Poison selepas kurang berminat dengan hala tuju Native Tongue (1993). Rupa-rupanya ini adalah album studio penuh dari klasik lineup mereka.

Dengan kembalinya C.C. DeVille, Poison kembali kepada diri mereka yang asal. Straight forward happy rock and roll bukannya blues-based rock ketika zaman Richie Kotzen ataupun Blues Saraceno. Walaupun kedua-dua mereka adalah shredder yang hebat, tetapi nadi dan trademark Poison adalah sound gitar C.C. 

Walaupun ada di antara lagu-lagunya yang kedengaran agak moden untuk bernostalgia ke era 80an, tetapi ada juga lagu-lagunya yang boleh membawa kita kembali kepada zaman Open Up and Say... Ahh! (1988) dan Flesh & Blood (1990).

Hollyweird tak akan menjadi album terbaik Poison, tetapi ianya juga tidak akan mengecewakan peminat awal mereka.



Sunday, October 18, 2020

Look What the Cat Dragged

Satu lagi kenangan yang berjaya di"piring hitam"kan. Sayang tak ada versi kaset. Dulu hanya ada kaset versi "dubbing" kawan buat kan. Kalau tak… Boleh dah jadi entri "gila format".


Poison - Look What the Cat Dragged In (1986)

Lama dah cari versi piring hitam. Sebelum ni ada penjual tempatan nak jual dengan harga RM200 (2nd hand dan belum masuk kos pos). Tapi rasa tak berbaloi. Maklumlah untuk kita-kita yang tak berapa nak berduit ni jumlah macam tu memang terasa agak mahal.

Tapi tak sangka pula jalan-jalan dalam ebay terjumpa pula penjual dari Jerman yang jual dengan harga yang jauh lebih murah. Baru pulak tu bukannya 2nd hand dengan harga siap pos selepas tukaran wang asing hanya RM149.13. Di tambah dengan duit moratorium yang masih berbaki 😁, rasanya memang berbaloi la jika sukakan album ini. Tapi untuk yang tak minat dan tak paham...ini semua membazir!... haha...



Tak pasti dari mana datangnya terma "Hair Metal". Dia macam kita pun tak tahu dari mana datangnya terma "Rock Kapak". Bagi saya ianya lebih kepada fesyen. Bukan muzik. Band-band yang di panggil "Hair Metal " ini muziknya pelbagai. Tetapi yang pastinya di era awal kemunculan band sebegini muziknya agak keras. Memang sound ke arah heavy metal. Look What The Cat Dragged In adalah contohnya.

Tapi itulah..dulu masa tahun-tahun 80an tak kisah sangat pun pasal genre. Semua muzik yang bergitar distortion kita panggil rock dan heavy metal. Mungkin muzik Poison tidaklah sekeras atau selaju band heavy metal yang lain. Tetapi dulu zaman kaset dubbing, kasetnya kawan rakamkan seluruh albumnya ke side A manakala Megadeth - Killing is my Business pula dirakamkan di side B. Zaman itu tak ada pun istilah poser. Semua pun layan. Saya mula tahu perkataan poser hanya di awal tahun 90an...



Friday, May 25, 2018

Open Up and Say... Ahh! (Pt. 2)

Untuk menjawap persoalan ini...dari entri >INI<

Ijau D. Koceng May 13, 2018 at 5:35 PM  -  "ada kebarangkalian tak album ni masuk kategori "gila format" pada masa akan datang?"





Iyer...memang dah di "gila format" kan pun...tapi hari tu terlupa nak letak dan malas pula nak mengambil gambar semula...

Semoga menjawap pertanyaan...hahaha...




Sunday, May 13, 2018

Open Up and Say... Ahh!

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 3hb Mei yang lalu...


Poison - Open Up and Say... Ahh! (1988)

Kenangan mendengarnya buat kali yang pertama 30 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Cepat betul masa berlalu. 1988 adalah antara tahun kemuncak saya gilakan muzik rock. Zaman tu janji rambut panjang dan muzik dengan gitar distortion bagi saya dan rakan-rakan sekampung adalah muzik rock. Tak kira Metallica ker, Slayer ker atau pun Bon Jovi. Saya dan rakan-rakan sekampung mendengar kesemuanya.

Bila melanjutkan pelajaran di ITM, berkawan dengan geng-geng underground, barulah saya tahu adanya kasta, kelas dan diskriminasi dalam muzik yang orang kebanyakan memanggilnya sebagai rock.. Mendengar muzik seperti Poison adalah satu dosa besar jika anda juga sukakan Sepultura ataupun Morbid Angel. Anda layak digelar sebagai poseur. Kalau difikirkan balik agak lawak juga. Muzik ekstrem yang kononnya about breaking the law tetapi sebenarnya ada banyak law yang harus dipatuhi. Disebabkan itu juga saya lebih senang menjadi lone ranger dari duduk di dalam scene underground. Lagipun saya bukanlah pemuzik. Saya hanya peminat muzik rock. Tak penting pun.


Pada ketika itu, atas dasar berkawan dan nak juga tunjuk yang kita adalah "true", kaset Open Up and Say...Ahh! ini kenalah simpan dalam laci. Tak bagi orang nampak. Kalau kaset South Of Heaven, Beneath the Remains ataupun  Altars of Madnes barulah layak untuk di letak atas meja study...(biasalah...zaman muda mudi...hahaha...)

Tetapi sejujurnya album seperti inilah yang sering menjadi peneman saya untuk study di malam hari.. Lagu-lagu mood hapy dan ceria seperti tajuk lagu mereka, Nothin' But A Good Time memang sangat sesuai untuk peneman study.

Open Up and Say... Ahh! adalah album yang membawa Poison kekemuncak. 5 X platiunum. No 2 dalam carta album. No 1 untuk single "Every Rose Has Its Thorn". 3 lagu lainnya pula ("Nothin' but a Good Time", "Fallen Angel" dan"Your Mama Don't Dance") memasuki carta Top 10. Satu pencapaian yang tidak dapat mereka ulangi sehingga kini.


Ianya adalah kenangan zaman remaja saya. Tak kisah orang nak kata apa. Poison akan sentiasa ada soft spot di dalam hati.

Don't need nothin' but a good time
How can I resist
Ain't lookin' for nothin' but a good time
And it don't get better than this



Wednesday, January 10, 2018

Monday, July 17, 2017

Gila Format - Flesh & Blood


Poison - Flesh & Blood (1990)


Lama dah tak buat entri gila format. Ini adalah antara 2 album kegemaran dari Poison. Satu lagi adalah "Look What the Cat Dragged In". Itu adalah album contoh glam/hair metal sejati, baik dari segi cover hinggalah ke lagu-lagunya. Tetapi setakat ni tak berjaya untuk di"gila format"kan.

Tetapi Flesh & Blood agak berlainan. Poison yang lebih serius dan dewasa. Bukan lagi sekadar party album dengan sex drugs and rock n roll. Semua lagu sedap. Sayangnya ini adalah album 'the beginning of the end' buat mereka. Selepas keluarnya C.C. DeVille dan meletupnya "grunge", nama mereka terus merundum. Biasalah...semua orang ada harinya....



Friday, November 25, 2016

Poison's Greatest Hits: 1986–1996

Sementara yang lain tengah sibuk dengan Hardwired...kita layan dulu yang lebih brutal (:p) yang akan genap 20 tahun pada hari esok 26hb Nov...


Poison's Greatest Hits: 1986–1996 (1996)

Ini adalah penghujung zaman kegemilangan Poison. Album terakhir (walaupun sekadar album kompilasi) yang mendapat anugerah double platinum. Album-album selepas dari ini memang tidak pernah mencapai tahap sebegini terutamanya seperti 3 album awal mereka.

Kompilasi ini menghimpunkan 18 buah lagu yang mana 15 lagu adalah dari zaman C.C. DeVille, (5 dari album Look What the Cat Dragged In (1986), 4 dari Open Up and Say... Ahh! (1988), 5 dari Flesh & Blood (1990) dan satu dari Swallow This Live -1991).

Hanya satu lagu dari zaman Richie Kotzen (Native Tongue -1993) dan 2 lagu "unrelease track" dari Blues Saraceno, gitaris terkini mereka pada ketika itu


Hair metal yang sentiasa ada "soft spot" buat saya. 3 album awal mereka adalah soundtrack kehidupan. Tak kisah lah nak kata poseur ker apa. Minat sejak pertama kali mendengar mereka dari zaman tape VHS Kerrang Kompilation. Bukanlah yang terbaik tetapi mereka berada di tempat dan masa yang betul.

Ianya sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mencuba Poison. Walaupun sebenarnya muzik mereka juga berevolusi dari satu album ke satu album yang lainnya. 10 tahun yang berwarna warni. 10 tahun gemilang yang tak akan mereka perolehi lagi...






Monday, June 13, 2016

Look What the Cat Dragged In

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 23hb May yang lalu..



Poison - Look What the Cat Dragged In (1986)

Kalau definasi hair/glam metal itu mahu ditunjukkan dalam satu album, Look What the Cat Dragged In pada saya adalah yang paling tepat untuk menterjemahkannya. Imej dan lagu-lagunya adalah apa yang perlu ada untuk genre sebegini.

Mungkin ada yang mencebek dan menyampah tak suka tetapi muzik adalah selera peribadi. Seperti saya yang kurang gemar dengan grunge dan muzik yang meleweh Mungkin anda juga begitu dengan genre hair metal. Tetapi jika anda ingin mencuba, Look What the Cat Dragged In adalah cadangan saya untuk anda bermula.

Imej make-up, hairspray, spandex dan fesyen warna warni mereka adalah lambang kegemilangan hair/glam metal dipertengahan tahun-tahun 80an. Saya yang pada ketika itu berumur 15 atau 16 ketika pertama kali melihat video clip "Talk Dirty To Me" terus tertarik dengan mereka. Siapalah yang tak minat kerana lagunya sangat catchy. Tambah pula dengan imej mereka di video clip tersebut yang sangat remaja, energetic dan ceria.



Album ini, boleh dikatakan semua lagunya mudah hadam. Glam/hair metal adalah "about having fun" dan "melodic power ballad". Itulah yang mereka berikan. "Talk Dirty To Me", "Cry Tough", "I Want Action", "Look What The Cat Dragged In" adalah "good-time rock and roll" dengan "sing-along choruses" dan "I Wont Forget You" pula adalah power ballad yang sangat melodic dan catchy.

Satu lagi ciri glam/hair metal adalah seorang gitar hero. Dan Poison memberikan kita C.C Deville. Saya tidak pernah malu untuk mengaku yang saya adalah peminat besar Poison walaupun ada yang kata mereka chessy. Tak kisah lah...selera masing masing la kan...

Sedang cuba mendapatkan versi lp...




Friday, August 16, 2013

Native Tongue

Cuti raya dah habis...jom sambung cerita album yang dah 20 tahun


Poison - Native Tongue (1993)

Tak kisah la orang nak cakap apa. Saya sememangnya peminat Poison. Pada saya mereka adalah glam metal/hair band yang sebenar. Album pertama mereka Look What the Cat Dragged In (1986) adalah contoh album glam metal terbaik sepanjang zaman.



Walaupun begitu saya agak kecewa ketika album ini diriliskan. Mereka telah berubah. Muzik mereka kini lebih terarah kepada blues rock. Kemasukan Richie Kotzen benar-benar merubah arah tuju muzik mereka. Tidak dinafikan, Ritchie adalah seorang blues shredder yang terbaik. Memang jauh lebih hebat dari C.C. DeVille. Tetapi kemasukan guitarist virtuoso dengan solo lebih teknikal dan tone gitar yang lebih bagus tidak bermakna satu jaminan untuk mendapatkan sebuah album yang super duper bagus. Saya tak rasa Ritche membawa Poison menjadi lebih baik. Poison yang sebelumnya yang lebih mudah, "rock and roll supposed to be fun band" adalah Poison yang telah di kenali. Dan mereka sudah sebati dan secukup rasanya dengan muzik yang sebegitu. Native Tongue tidak mengangkat Poison ke taraf yang lebi tinggi. Ia hanyalah sekadar sebuah blues based rock album yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewanya. Walaupun begitu, respek kepada mereka. Mereka tidak menjadi trendy seperti sesetengah band thrash yang menjadi groove ataupun band-band hair metal yang meniru sound grunge (Motley Crue contohnya) di awal 90an.



Saya akui. bertahun dah saya meninggalkan Native Tongue sejak mendengarnya pertama kali 20 tahun yang lalu. Cd ini pun di beli hanya kerana terjumpa harga murah dan sekadar mencukupkan koleksi tanpa pernah mendengarnya walaupun sekali. Cuma kali ini, untuk entri ini, saya mencubanya kembali. Ini adalah antara cd peneman saya ketika memandu ke tempat kerja sepanjang bulan puasa yang lalu. Mungkin jarak masa 20 tahun boleh mengubah saya. Hasilnya saya akui ianya sebuah album blues based hard rock yang baik. Lagu-lagunya bagus. Kerja gitar Richie memang superb. Mungkin kalau ini album Poison saya yang pertama, ada kemungkinan saya akan menyukainya. Tetapi oleh kerana itu bukan keadaannya. Saya tetap memilih 3 album Poison yang pertama sebagai pilihan.

*Pengajaran - anda boleh sahaja mencampuri urusan penciptaan lagu dan arah tuju band walaupun anda hanyalah seorang anggota yang baru. TETAPI jangan sesekali memandai-mandai mencampuri urusan tunangan band member anda. Itu mencari bala namanya. Richie Kotzen pasti setuju. Heheh....







Friday, September 23, 2011

Swallow This Live

Lagi album yang dah 20 tahun usianya...kali ni album live..



Poison - Swallow This Live

First...cerita pasal cdnya...

Cd ni ada 2 versi sebenarnya...original version ada double disc...sayangnya aku punya ni UK version...cuma ada 1 disc...maknanya ada la lagu yang kena potong...antaranya part drum dan gitar solo...yang ni aku tak kisah sangat...tapi 2 lagu kegemaran aku dari album Flesh & Blood..."Life Goes On" dan "Ride The Wind" pun kena potong...iskh...kalau la aku tau dari awalnya UK version ni single disc...memang aku tak beli...tapi takper la...dengan harga RM18 lebih....kira ok la tu...

Ok sekarang pasal kandungannya...

Bagi aku ianya lebih kepada fan la...kalau korang tak minat Poison..ko dengar ni memang tak mengubah apa2 pun...tapi bagi fan macam aku...album live ni penting...tambah2 pulak jenis macam kita yang tak berpeluang nak nengok dorang live kan...dari album live ni la boleh dengar dorang ni betul2 bagus ke tak...ternyata Poison memang talented musician...dari segi permainan muziknya...suara Bret Michaels..takder cacat celanya...dorang punya showmanship main live kalau korang tengok videonya pun memang happening...(ni yang aku suka nengok band2 hair metal kalau live...energetic...banding kalau nengok band2 thrash/death metal yang jenis terpacak macam tiang bendera time live...)



yang aku nak komplennya cuma 2 perkara...

satunya dari segi mixing cd ni...ada masanya sound bass dan drum agak tenggelam...kekadang macam tak jelas...tapi patut bagi credit jugak kat dorang ni...pasal ini bermakna dorang takder la touch-up balik lagu2 ni kat studio...apa yang dorang main kat pentas...itulah yang korang dapat dengar...tak macam sesetangah band yang touch-up sana sini album live dorang...

Keduanya pasal C.C. DeVille...aku takder masalah dengan guitar worknya...memang bagus...sound pun sedap...cuma banyak sangat lagu yang dia ubah masa bahagian solonya...aku sebagai peminat (tak kira apa band pun..) kalau boleh lebih suka nak dengar solo2 original macam dalam cd...pasal itu yang dah biasa kita dengar...kita feel...sampai dapat hafal...ni tak..bila dengar live...bunyi lain...tak feel betul la....kalau jenis lagu tu dah lama...contoh dah 20 tahun gitarist tu main solo yang sama...mungkin dia pun dah naik bosan...dia ubah...aku boleh terima...ni tak...album ni terbitan 1991...lagu2 majoritnya tak lebih 5 tahun pun...peminat berhak mendengar apa yang ori...ni satu yang potong la pasal album ni...



Kesimpulannya...ini memang untuk die-hard fan....lainlan kalau korang memang suka album live...kalau tak...nak belajo dengar Poison...baik beli album studio dorang jer...

Tuesday, July 14, 2009

Flesh & Blood

ok la..Khas untuk Encik Takilala...dipersembahkan Poison....au huhuhuhu..



Tak kisah la kalau yang tr00 metal tu kata Poison ni lembik la..macam pompuan la..tak ganas la...tak macho la..gay la..(tapi tau tak korang...dorang ni dapat lebih banyak awek dibandingkan band2 yang konon tunjuk macho tu ...aku ada kawan yang cakap extreme metal adalah muzik gay..pasal pemuzik dan peminatnya semua lelaki..konsert pun semua lelaki..tak ker perhimpunan gay namanya tu...huhuhu..siak arr..aku diam tak menjawap...hahaha)...

Tapi bagi aku..good music tetap good music..tak kira la pakai lipstik ler pakai corpse paint ker...Poison adalah satu contoh good music untuk kategori glam metal..

Flesh & Blood adalah album ke3 dorang...diterbitkan pada tahun 1990..tahun2 dimana aku tengah mengila dengar thrash/death metal...tapi album ni tetap berjaya memikat hati aku..inilah antara album yang dulunya menemani aku setelah telinga tepu dengar thrash/death dikala lewat malam study last minit nak exam...oleh kerana itu jugak aku telah pun meng'upgrade' versi kaset album ni kepada cd beberapa tahun yang lalu..



Tapi kalau nak dengar total glam metal..lagu2 good time party album tak ingat dunia..ini bukanlah albumnya..tu try dengar album Look What The Cat Dragged In atau pun Open Up and Say Ahh...kerana dalam album ni Poison telah berubah...menjadi lebih matang...dengan lirik2 yang lebih serius...tiada lagi imej2 lipstik pompuan tu semua...kali ini mereka kearah yang lebih dewasa dengan melodi hardrock yang catchy dengan sedikit pengaruh blues..

Antara lagu yang aku suka ialah Ride The Wind..ni lagu kalau bawak motor..jalan hiway PLUS...memang feel la..Lain2 lagu Life Loves A Tragedy, Valley Of Lost Soul,Flesh & Blood,Come Hell or High Water dan Let It Play juga menarik..tapi still dorang tak lupakan lagu party ala zaman glam mereka iaitu Unskinny Bop..layan ahh lagu ni...

Kalau lagu slow, Life Goes On memang menarik..lagu ni banyak kenangan pada aku..zaman berjauhan beratus batu ngan si dia...layan lagu ni...adoi..dalam hati ada taman betul la...hahaha...dan tak lupa sebuah lagi lagu slow yang emotional ditujukan khas kepada James Kimo Maano (Pak Guard Poison) iaitu Something to Believe In



Overall bagi aku perubahan yang dilakukan Poison sangat berjaya...sayangya selepas album ni CC DeVille keluar dari Poison kerana bagi aku gitar work CC dalam album ni adalah yg terbaik selama beliau bersama Poison...walaupun CC tidaklah sehebat guitar2 hero dizaman tu tapi solo2 beliau terutama solo mendayu dalam Life Goes On memang aku suka..dan aku stop dengar Poison selepas CC tiada...walaupun pengganti beliau hebat2 belaka seperti Richie Kotzen dan Blues Saraceno...

Tetapi sejak tahun 1999 CC telah kembali ke Poison...namun sayangnya Poison gagal untuk menghasilkan album glam sebaik Look What The Cat Dragged In atau pun album post glam seperti Flesh & Blood...mungkin bukan zamannya..aku dah tak boleh nak masuk album2 re-union dorang..tapi mungkin juga ok bagi orang lain...cuma pada aku Poison yang aku suka hanya setakat album ini..



So..En Takilala...amacam?..puas?..au huhuhuhu...