Showing posts with label Tokyo Blade. Show all posts
Showing posts with label Tokyo Blade. Show all posts

Wednesday, February 10, 2021

Dark Revolution

 Album dari tahun lepas...

Tokyo Blade - Dark Revolution (2020)

Sejak bergabung semula dengan klasik line-up, mereka nampaknya semakin aktif mengeluarkan album baru. Ini adalah yang kedua selepas Unbroken pada tahun 2018. 

Dark Revolution tidak jauh berbeza dari Unbroken. Mereka masih mengekalkan formula yamg sama. Mereka memainkan apa yang Tokyo Blade sepatutnya bermain. Lagu-lagunya sedap. Cumanya agak sukar juga untuk memilih lagu yang betul-betul "stand out" atau menonjol. Ada beberapa ketikanya yang kita akan rasa tempo dan melodi yang berulang-ulang dari satu lagu ke satu lagu yang lainnya. Ianya jenis sedap tetapi agak sukar untuk melekat di dalam kepala.

Secara ringkasnya, Dark Revolution mencapai tahap apa yang peminat mahukan tetapi dalam masa yang sama ianya bukanlah satu album rujukan jika anda hendak bercerita tentang Tokyo Blade. Jujurnya saya lebih menyukai album yang sebelumnya (Unbroken)



Wednesday, October 24, 2018

Unbroken

Antara yang terkini di pasaran


Tokyo Blade - Unbroken (2018)

Salah satu band yang agak berpengaruh dalam scene NWOBHM. Walaupun tidak pernah mengecap populariti sehebat Iron Maiden, Def Leppard mahupun Saxon, tetapi reputasi mereka agak tinggi di kalangan pengemar muzik Heavy Metal terutamanya album pertama mereka yang dianggap sebagai klasik.

Tak sangka dah 3 dekad berlalu sejak kali pertama dikenalkan kepada lagu-lagu dari Tokyo Blade. “If Heaven Is Hell” dan "You Are The Heart" menjadi antara soundtrack zaman remaja. Kalau siapa yang belum tahu, "May - Sketsa Sebuah Cinta" intronya agak mirip dengan lagu "You Are The Heart".


Yang menariknya mereka masih aktif. Masih ada album baru. Kembalinya vokalis asal, Alan Marsh menarik minat saya untuk membeli. Ternyata ianya satu pembelian yang berbaloi. Walaupun ianya bukanlah sound NWOBHM Tokyo Blade yang asal. Mereka pun dah lama berubah. Lebih komersial, lebih hard rock tetapi muzik mereka tidaklah jauh tersasar. Masih ada nilai nostalgianya. Solo-solo dan rif melodic yang menangkap. Memang sedap!

Unbroken membuktikan yang mereka tidaklah terlalu bergantung kepada kegemilangan lampau. Mereka adalah sekumpulan orang tua (😀) yang bergembira dalam membuat muzik dan terus rock n roll selagi ada tenaga.

Puas hati!