Showing posts with label Mercyful Fate. Show all posts
Showing posts with label Mercyful Fate. Show all posts

Monday, September 9, 2024

Don't Break the Oath

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 7hb September yang lalu...

Mercyful Fate - Don't Break the Oath (1984)

Cepat betul masa berlalu. Sekejap dah 40 tahun. Ini adalah antara cd terawal yang dibeli ketika kenal e-bay. 

Mercyful Fate pertama saya adalah Melissa dan kemudiannya melompat ke album-album King Diamond. Biasalah...tiada sumber untuk dibeli atau dipinjam. Tahun 80an keadaannya bukannya seperti sekarang.

Hanya mula berpeluang mendengarnya secara betul pada awal 90an. Ada seorang sahabat di IPT yang "die hard" King Diamond/Mercyful Fate meminjamkannya. Masa tu dah lebih dewasa, makanya tak ada lah perasan takut seperti kali pertama mendengar album Melissa.


Ini sememangnya salah satu album terpenting untuk heavy metal. Selain vokal KD, riff dan solo solonya yang teknikal tetapi melodic sememangnya banyak membantu. Rekomended kepada sesiapa yang belum pernah dengar.

Tetapi yang pastinya setiap kali nak bermesyuarat, pastinya terngiang-ngiang lagu "A Dangerous Meeting" dan tersengeh-sengeh sendiri...😁


Saturday, May 9, 2020

Hiburan WFH - Melissa

Lagi hiburan work from home...


Mercyful Fate - Melissa (1983)

Mendengar semula album ini semata-mata kerana terbaca yang ianya akan di keluarkan semula dalam bentuk piring hitam (reissue) pada 22hb Mei ini. Khabarnya akan hanya dicetak sebanyak 700 keping.

Aduhai... Dugaan berpuasa masih boleh bertahan. Tetapi Dugaan yang ini memang.......hmmmm....


Tuesday, June 25, 2019

Kaset

Dah tercerita pasal kaset pada entri lepas... sambung sikit la...antara kaset terbaru yang di beli...


Tak ada lah niat nak kumpul kaset. Ini semua penyakit… hahaha…

Tapi tu lah… bila ada yang up jual ni kat FB… teracun juga lah… Benda-benda kenangan ni memang senang nak jual…

*untuk makluman…ini semua bukannya asli. Nak cari yang asli memang susah dan harga yahudi. Terimakasih kepada d'Atok Akeem yang menghasilkan produk yang berkualiti. Sound memang mantap!



Friday, October 20, 2017

Melissa

Akhirnya...berjaya juga dimiliki...


Mercyful Fate - Melissa (1983)

Semenjak timbulnya minat untuk mengumpul cd-cd King Diamond / Mercyful Fate, ini adalah antara cd yang terawal di cari. Sayangnya agak sukar juga nak jumpa dengan harga yang mampu milik. Terimakasih kepada seorang rakan yang membantu mencari sehinggakan cd ini berjaya juga dimiliki.

Album yang ada kenangannya seperti ini memang rasa teruja bila dapat beli. Ianya pengalaman pertama penulis mendengar King Diamond di sekitar tahun 1987 ataupun 1988. Teringat kenangan mendengar lagu Melissa waktu tengah malam dalam gelap tanpa membuka lampu. Suara mengilai King Diamond memang menyeramkan.

Pada ketika itu penulis memang rasa takut untuk mendengar mereka. Dah lah liriknya pasal setan. Memang rasa inilah band yang paling setan. Itu adalah antara puncanya tak membeli kaset mereka pada ketika itu. Tetapi dalam takut-takut tu dengar juga. Maklumlah lagu-lagunya sedap. Melodic dengan solo-solo gitar yang memang berhantu.



Rasanya lagu Melissa tu adalah antara lagu wajib untuk budak -budak rock zaman tu. Kalau dengar melodi, sound dan susunan muziknya memang boleh agak pengaruhnya kepada banyak band-band rock melayu pada zaman itu.

Contohnya, lagu Melissa - Helter Skelter. Mesti tajuk tu di ambil dari album ni. Jangan cakaplah ianya pasal Melissa Saila walaupun zaman tu dia tengah hot...haha...Tapi Helter Skelter biasalah...mana nak ngaku..."Tiada Lagi Airmata" pun katanya hanya satu kebetulan...huhu...

Rekomended!






Friday, March 14, 2014

Don't Break the Oath

Ni Ijau punya pasal la ni ...

Album klasik heavy metal yang dah berumur 30 tahun.


Mercyful Fate - Don't Break the Oath (1984)

Secara jujurnya ini adalah cd Mercyful Fate mahupun King Diamond saya yang pertama. Seperti yang telah saya ceritakan dalam entri Abigail II, saya sememangnya tidak penah ada rilisan mereka sehinggalah saya mengenali e-bay.

Semenjak pertama kali mendengar lagu Melissa (tahun 1986 mungkin), saya sering mempunyai perasaan yang agak lain bila mendengar muzik Mercyful Fate/King Diamond. Dulunya pada saya mereka adalah band yang paling setan. Mendengar jeritan King Diamond di tengah-tengah malam memamg amat menyeramkan.

Tidak boleh dinafikan, 1984 adalah antara tahun terbaik untuk metal dan Dont Break The Oath adalah salah satu daripadanya. Mereka muncul dengan sedikit kelainan. Pada saya mungkin juga ini boleh di panggil sebagai muzik black metal terawal.


Kekuatan mereka bukan sahaja pada keunikan suara King Diamond tetapi juga kepada kerja gitar 2 gitaris mereka, Hank Sherman dan Michael Denner. Gitar solo kembar yang hebat. Sherman dengan riff-riff berat manakala Denner dengan melodi dan harmoni yang menjadikan Don't Break the Oath bolehlah dikatakan sebagai album teknikal gitar yang bagus. Mungkin juga ada pengaruh Michael Schenker di situ.

Saya bersetuju dengan ulasan Dr Bentara berkenaan susunan muzik mereka yang agak sukar dijangka. Sememangnya ada sentuhan progressif. Tak perlu sebut track mana yang jadi pilihan. Dengarkan sahaja track pembukaan "A Dangerous Meeting". Kalau lagu ini pun anda tak suka dan tak boleh hadam...tak usahlah nak mengaku yang anda peminat heavy metal. :P

REKOMENDED!