Lagi berkongsi pembelian terkini...
Tuesday, May 19, 2026
Tuesday, March 24, 2026
Sad Wings of Destiny
Remembering my youth - 50th anniversary
Judas Priest - Sad Wings of Destiny (23/03/1976)
Antara album yang banyak memberi pengaruh dalam pembentukan muzik heavy metal. Walaupun saya hanya mula mengenali muzik mereka pada era 80-an, album ini terus menjadi antara kegemaran sejak kali pertama mendengarnya.
Saturday, March 7, 2026
Hati gembira poket menangis 3
Europe - Out of This World dan Judas Priest - Painkiller adalah hasil dari sabar menanti diskaun 22% dari Shopee. Slayer - Reign in Blood pula dengan diskaun 20%.
W.A.S.P. - Inside the Electric Circus adalah hasil jualan murah Rarewaves. Mungkin harga jatuh kerana album ini akan direissue sekali lagi tetapi di dalam versi Record Store Day pada bulan April nanti.
Faster Pussycat - Wake Me When It's Over pula tak ada diskaun. Ianya reissue terkini dari Music on Vinyl. Tapi yang paling teruja sekali sudah semestinya Megadeth - Super Collider. Tak sangka pula ianya back in stock di Juno. Memang "please take my money"...
(Kemaskini terkini, tinggal lagi 3 nak complete discography album studio Megadeth. Haraplah ianya akan ada versi reissue satu hari nanti...)
Thursday, April 17, 2025
British Steel
Remembering my youth - 45th anniversary
Judas Priest - British Steel (14/04/1980)
Tak boleh ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Antara lagu terawal di dengar dari album ini adalah Breaking The Law dan ianya manjadi salah satu sebab kenapa album ini patut dimiliki. Tapi sebenarnya semua lagu pun sedap. Judas Priest ni memang susah nak pilih mana satu album kegemaran.
Tak pernah ada ada versi kaset. Sebelum ini cuma ada versi cd. Tak boleh lah nak ber"gila format". Piring ini pula dibeli pada tahun lepas ketila promosi "vinyl under £15" dari Rarewaves. Memang berbaloi-baloi.
Tak pasti samada kod ini masih boleh di pakai ataupun tidak. Kalau ada yang nak download bolehlah mencuba.
*sebagai peminat Man United, saya selalu mengangap yang lagu United itu ditujukan kepada Man United 😁
Friday, October 25, 2024
50 tahun Rocka Rolla
Yang dah berumur 50 tahun pada 6hb September yang lalu...
Judas Priest - Rocka Rolla (1974)
Permulaan mereka mencari arah. Ianya jauh berbeza dari Judas Priest yang kita kenal sekarang. Mereka masih terikut-ikut gaya muzik popular pada ketika itu. Era hard rock 70an yang bluesy, progresif dan psychedelic. Tetapi yang pastinya identiti twin guitar solo dari K.K Downing dan Glenn Tipton dah boleh dikesan sejak dari sini.
Saya secara peribadinya tak pernah mendengar album ini sehinggalah wujudnya zaman mp3. Tak pernah terjumpa kaset ataupun cdnya ada dijual disini. Tahu pasalnya pun hanya melalui majalah. Tertarik dengan konsep covernya dan penyakit mengumpul keseluruhan discography sesebuah band menyebabkan akhirnya membeli cd ini ketika zaman pandai mengebay.
Kalau minat hard rock 70an mungkin boleh suka. Tetapi kalau suka zaman heavy metal, mungkin boleh bermula dari album yang selepas dari ini.
Tuesday, May 14, 2024
Invincible Shield
Terbaru dari Judas Priest...
Judas Priest - Invincible Shield (2024)
Rasanya tak ada masalah pun dengan album terbaru ni. Ianya adalah muzik Judas Priest yang kita kenali. Mendengarnya secara "back to back" dengan album-album seperti Defenders of the Faith, Turbo dan Painkiller seperti tidak jauh beza. Ianya adalah gabungan dari album-album tersebut. Kebanyakan lagunya sangat catchy terutamanya di bahagian chorus.
Rob Halford masih mempunyai vokal seperi dulu. Richie Faulkner sekali lagi membuktikan yang beliau berhak untuk berada di dalam Judas Priest. Tetapi tak pasti pula berapa banyak penglibatan Glenn Tipton di dalam rakaman ini. Dengan penyakit Parkinson yang dihidapinya mungkin pergerakannya sedikit terbatas.
Ianya melebihi dari jangkaan. Cuma pastinya perbandingan dengan KK's Priest - The Sinner Rides Again (2023) tidak dapat dielakkan. Bagi pendapat saya, KK's Priest lebih kepada terpaling Judas Priest, manakala Judas Priest sendiri lebih kepada bersederhana... (kalau boleh faham lah...haha..)
Semestinya antara album pilihan 2024.
Tuesday, April 9, 2024
Sudah Sampai Sini - HMV
Sambungan dari bahagian 1 dan 2
Kedai yang terakhir tetapi sebenarnya kedai yang pertama disinggah bila sampai ke tanah Inggeris.
5 - HMV - The Cleveland Shopping Centre, Middlesbrough
Lama dah tak pergi ke kedai cd sebesar ini. Ianya mengingatkan kepada Tower Records KL Plaza. Betul-betul mengamit memori. Sesat sekejap duduk dalam ni…hahaha….
HMV bukan setakat menjual cd dan lp, tetapi ianya juga menjual barangan berkaitan muzik seperti buku dan tshirt. Lupa dah nak ambil gambar semua tu. Dok kyusuk membelek cd dan lp…lupa dunia sekejap.
Yang menariknya disini ada promosi 3 Vinyl untuk £55 dan 2 CD untuk £16 untuk tajuk-tajuk yang tertentu. Tetapi tak ada tajuk yang betul-betul nak beli. Yang berkenan tu ada juga. Tetapi bila otak asyik la terfikir RM kali 6…memang apa pun tak jadi….haha…
Tambah menarik, ada kawasan khas dan luas untuk “Metal”. Bermakna genre metal masih popular dan diterima dengan meluas oleh orang-orang disini. Untuk genre lain pun ada tetapi taklah secara eksklusif seperti “Metal”. Siap dengan logo-logo semua.
Tetapi akhirnya sekadar mencuci mata. Tak ada beli apa pun. Ianya sekadar mengembalikan nostalgia zaman dulu. Seronok…lupa dunia dan rasa rindu betul lah nak ada kedai sebesar ini di Malaysia…
Dua ni beli kat kedai ini. Tetapi bukanlah masa datang hari tu. Kedua-duanya tak keluar lagi pun masa tu. Tetapi kirim dengan anak yang pulang bercuti raya...(jimat duit postage) 😁
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin.
Saturday, January 6, 2024
Defenders of the Faith
Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 04hb Januari yang lalu....
Judas Priest - Defenders of the Faith (1984)
Sekejap dah 40 tahun. Entah bila masa pun tak sedar. Defenders of the Faith kenangannya adalah The Sentinel. Ianya adalah antara lagu terawal Judas Priest yang di dengar. Seronok betul kalau dengar menggunakan head/ear phone. Solo gitar KK/Glenn berselang seli di telinga kiri dan kanan. The Sentinel ni sampai sekarang pun masih tak jemu dengar. Ianya antara lagu kegemaran sepanjang zaman.
10 tahun lepas ada buat entri sempena ulang tahun ke 30 >SINI<. Dari segi rasa tiada yang berbeza. Lagu-lagunya memang tak lapuk dek zaman. Yang berbeza cuma dari segi fizikal. Dari sekeping cd dah beranak ke sekeping piring...hahaha...
Semua lagu sedap. Rekomended untuk yang baru nak belajar dengar Judas Priest.
Tuesday, February 22, 2022
Sermons of the Sinner
Album terbitan tahun 2021 yang ada dalam simpanan...
KK's Priest - Sermons of the Sinner (2021)
Tiada yang pelik bila album ini berbunyi seperti Judas Priest. Apa lagi kelainan yang dimahukan dari seorang lagenda heavy metal yang dah berusia 70 tahun. Sepanjang hidupnya inilah muzik yang dia perjuangkan
Selepas ditendang keluar dari Judas Priest dan hampir 10 tahun menunggu peluang untuk kembali bersama tetapi tidak di layan. Ini adalah album lepas geram KK Downing kepada pengurusan Judas Priest. Sepatutnya beliau tidak perlu menunggu terlalu lama untuk "move on".
Dengan Tim "Ripper" Owens yang pernah 2 album bersama Judas Priest di posisi vokal, ianya sememangnya sebuah album terbaik Judas Priest yang bukan dari Judas Priest. Mungkin lebih baik dari Firepower (2018)??... (saya agak bias kepada KK, maklumlah seawal dari remaja lagi saya dah membayangkan imej rambut lurus panjang beliau dan gitar V itulah imej heavy metal yang sebenar).
Secara keseluruhannya, Sermon of the Sinner adalah sebuah album heavy metal yang bagus. Bagi yang membesar dengan muzik Judas Priest, apa yang KK lakukan disini sememangnya mengimbau kenangan. Walaupun tidak lagi bersama, tetapi beliau membuktikan yang jiwa beliau masih kuat bersama Judas Priest. Maklumlah beliau adalah individu asal yang membawa Judas Priest menjadi lagenda seperti sekarang.
Sudah semestinya ia adalah salah satu album kegemaran saya untuk tahun 2021.
Selamat kembali Mr Downing!
Monday, December 27, 2021
Turbo
Lagi piring hitam yang baru masuk koleksi...
Judas Priest - Turbo (1986) - vinyl 30 (2016)
Album Judas Priest yang agak pop, komersial dan ringan. Bersesuaianlah dengan zaman tersebut. Dengan meletupnya Quiet Riot dan bermulanya zaman glam/hair metal pada ketika itu, Judas Priest pun terpengaruh sama. Situasinya samalah seperti era 90an bilamana band-band metal 80an yang bertukar arah menjadi grunge, groove, alternative dan seangkatan dengannya.
Pengunaan synthesizers juga agak ketara mengambarkan situasi pada ketika itu. Synthesizers adalah satu simbol muzik 80an. Mengabungnya dengan genre heavy metal menjadikan muziknya lebih pop dan lembut dan ianya lebih mudah untuk diterima oleh golongan kebanyakan. Iron Maiden juga melakukannya dalam album Somewhere In Time.
Ada juga peminat tegar yang tidak boleh menerima Turbo. Tetapi bagi orang-orang yang seperti saya yang tiada masalah dengan glam/hair/pop metal, muzik sebegini sememangnya makanan harian. Yang kurang mungkin dari segi sound gitar tetapi dari segi melodi lagu, Turbo sememangnya satu album yang sangat sedap. Boleh dengar berulang kali tanpa rasa sakit kepala. Melodinya membuatkan tanpa sedar kita pun akan menyanyi sama.
Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini. Mungkin sekitar tahun 1987 atau 1988. Tak beli pun kasetnya. Sekadar menumpang dengar kaset pirate apache milik kawan. Zaman itu memang tak mampulah sebagai seorang budak sekolah kampung untuk membeli kesemuanya. Setiap minggu bila ke kedai kaset pastinya ada album baru yang hendak di cuba. Zaman cuba jaya sebelum wujudnya internet.
Asalnya mahu mencari versi piring hitam tahun 1986. Tetapi terjumpa pula di Swee Lee lp baru versi ulangtahun ke 30 dengan harga RM95. Memang tak banyak soal. Terus beli.
Memang sedap. Semua lagu sedap. Antara yang menjadi kegemaran. Nak baca cerita lama saya tentang album ini boleh klik >SINI<
Sunday, April 4, 2021
Unleashed in the East: Live in Japan
Antara cd yang baru dimiliki...
Judas Priest - Unleashed in the East: Live in Japan (1979)
Kalau anda adalah pengemar Judas Priest di era 70an, semua lagu-lagu di dalam album ini adalah makanan anda. Exciter, Sinner, The Ripper, The Green Manalishi (With The Two-pronged Crown), Diamonds and Rust.... Arghhh...rasa macam tak puas kan. Ada banyak lagi lagu-lagu best mereka dari era 70an yang sepatutnya dipersembahkan. Kena buat 2 disc kot baru boleh puashati.
Tapi ada juga yang mempertikaikan ini bukannya sebuah album yang betul-betul live. Dan ianya telah pun dah disahkan sendiri oleh Rob Halford dan juga dari buku biography "Heavy Duty - KK Downing". Sememangnya ada rakaman semula di bahagian vokal. Tetapi di bahagian lain terutamanya kerja gitar KK dan Glenn adalah rakaman asal dari konsert tersebut.
Tak kisah lah live kat Jepun atau pun dalam studio. Yang penting lagu-lagunya sedap dan permainan muziknya memang mantap. Nak lagi best kena dengar guna ear/headphone. Baru terasa seolah-olah solo-solo KK Downing dan Glenn Tipton di sebelah kiri dan kanan telinga tu macam betul-betul berada di depan mata...eargasm!
Sunday, March 7, 2021
Heavy Duty
Semangat tahun baru untuk lebih banyak membaca dari ber"netflix"...
Heavy Duty : Days and Nights in Judas Priest - K.K. Downing (2020)
Dari mula mengenali muzik Judas Priest, saya sudah tertarik dengan imej beliau. Gitar V, hensem dan rambut blonde panjang mengurai merupakan imej rockstar yang menjadi rujukan bagi kami "budak-budak baru nak up" pada zaman tersebut.
Membaca lirik Judas Priest di inlay kaset bukan sahaja tentang liriknya, tetapi ianya juga tentang solo KK/Glenn/KK/Glenn sambil cuba menangkap yang mana satu solo KK dan yang mana satu solo Glenn. Mendengarnya dengan menggunakan head phone adalah sesuatu yang mengujakan.
Buku autobiography setebal 277 mukasurat ini dihabiskan hanya dalam masa 2 malam. Memang menarik. Ianya merungkai sejarah bagaimana Judas Priest bermula dan jawapan mengapa selepas 41 tahun bersama akhirnya beliau meninggalkan Judas Priest.
Jalan ceritanya memang tersusun menyebabkan rasa tak sabar untuk menghabiskannya. Antara yang menarik sudah tentu cerita tentang konflik beliau bersama Glenn Tipton dan pengurusan mereka. Asal usul imej stud dan leather. Ketidakpuasan hati beliau kepada Iron Maiden dan lain-lain cerita peribadi, band member dan kisah sepanjang tour dan rakaman album.
Ianya adalah satu bahan bacaan yang berbaloi untuk peminat Judas Priest khususnya. Akan cuba untuk mendapatkan buku autobiography Rob Halford pula.
Tuesday, June 25, 2019
Kaset
Tak ada lah niat nak kumpul kaset. Ini semua penyakit… hahaha…
Tapi tu lah… bila ada yang up jual ni kat FB… teracun juga lah… Benda-benda kenangan ni memang senang nak jual…
*untuk makluman…ini semua bukannya asli. Nak cari yang asli memang susah dan harga yahudi. Terimakasih kepada d'Atok Akeem yang menghasilkan produk yang berkualiti. Sound memang mantap!
Tuesday, April 24, 2018
Firepower
Judas Priest - Firepower (2018)
Baru bulan April...tetapi saya tidak teragak-agak untuk mengatakan yang ini adalah antara calon album terbaik pilihan saya untuk tahun 2018. Orang lain seleranya lain. Tetapi untuk yang selera muziknya tersangkut di era heavy metal 80an, ini memang antara yang terbaik.
Ianya mengembalikan nostalgia Stained Class, Defender of the Faith dan juga Painkiller. Rif yang melodic dan lagu-lagu yang mudah hadam. Semenjak kembalinya Rob Halford ke dalam Judas Priest, inilah album yang pada saya sekali dengar sahaja sudah menangkap melodinya. Memang sedap.
Judas Priest membuktikan yang mereka masih hebat. Masih bertenaga. Masih boleh menghasilkan lagu-lagu heavy metal bermutu. Sesuatu yang berbeza mungkin tiadanya lagi solo-solo berhantu dari gandingan KK/Tipton/KK/Tipton/KK/Tipton yang biasa kita lihat. Glenn Tipton pun dah sakit. Berapa banyak sumbangan beliau dalam album ini pun kita tak pasti. Tetapi ianya tidaklah terasa sangat. Pengganti KK Downing, Richie Faulkner pun bukanlah calang-calang orangnya.
Monday, February 12, 2018
Stained Class
Judas Priest - Stained Class (1978)
Kalau nak dibandingkan dengan album-album hard rock pada tahun tersebut, mungkin ini adalah antara yang paling berat. Mereka menjadi penyambung kepada Black Sabbath dengan muzik yang kemudiannya dikenali sebagai heavy metal.
Bayangkan kalau lagu "Exciter" di rakamkan di zaman "Painkiler". Sudah tentu-tentunya ia akan menjadi sebuah lagu speed metal yang hebat.
Senang kata, dengan Stained Class maka bermulalah era cemerlang heavy metal Judas Priest.
Wednesday, July 5, 2017
Priest...Live!
Judas Priest - Priest...Live! (1987)
Lagi kenangan dari zaman sekolah. Dah pernah buat ceritanya 7 tahun yang lalu. Siapa siapa yang rajin nak baca sila klik >SINI< Tak perlu kot nak cerita secara detail lagi.
30 tahun. Tua dah. Memang banyak kenangannya. Album yang mengenalkan saya kepada banyak lagu lagu menarik dari Judas Priest. Ianya antara album live terawal yang didengar selepas Tokyo Tape, World Wide Live dan Live After Death. Maka tak hairanlah jika ianya merupakan antara album live kegemaran. Banyak lagu-lagunya yang rasanya lebih menarik dari versi studio.
![]() |
| Kaset versi Apache...masih boleh guna walaupun dah 30 tahun.. |
Ianya juga antara cd terawal yang saya cari bila tibanya era cd.
Memang rekomended!
Wednesday, April 19, 2017
Sin After Sin
Judas Priest - Sin After Sin (1977)
Kali pertama mendengarnya secara penuh adalah melalui cd mp3 discography Judas Priest yang di beli di sebuah kedai buku di Desa Pandan lebih kurang 20 tahun yang lalu. Masa beli tu tak tahu pun apa itu MP3. Pelik juga kedai buku ada jual cd rock. Ingatkan seperti cd biasa. Rupanya ia hanya boleh dimainkan di komputer sahaja (pada ketika itulah). Zaman bermulanya era MP3.
Tapi masa tu tak dengar sangat pun. Tak berapa suka dengar lagu menggunakan komputer. Tetapi tahu juga beberapa lagunya terutama yang terdapat di dalam kompilasi "Metal Works 73-93". Paling biasa dah tentu-tentunya "Dissident Aggressor" kerana ianya di bawakan oleh Slayer dalam album mereka "South Of Heaven".
Mendengarnya secara betul bila dapat memiliki cdnya beberapa tahun yang lalu. Ianya Judas Priest yang sedikit berbeza dari yang biasa di dengar di era leather jacket mereka di tahun-tahun 80an. Penerbitnya pula adalah Roger Glover dari Deep Purple. Banyak juga lagu-lagunya yang ke arah proggresif rock 70an. Lagu "Last Rose of Summer" walaupun agak janggal di telinga saya yang hanya mula mengikuti mereka dari era 80an tetapi ianya memang mengasyikkan. Lazat.
Tetapi lagu-lagu seperti "Sinner" dan "Dissident Aggressor" telah mula menampakkan arah tuju mereka di masa hadapan terutamanya trade mark gitar solo berkembar KK dan Glen. Tetapi yang menarik perhatian adalah ketukan drummer jemputan mereka, Simon Phillips. Memang power!
Monday, May 9, 2016
Turbo
Judas Priest - Turbo (1986)
Ramai fans tak suka. Mungkin kerana ianya bukan trademark Judas Priest yang biasa. Selling out, pop metal, glam metal adalah antara gelaran kepada Turbo. Tetapi saya setuju dengan satu ulasan yang mengatakan "Priest goes glam. And it's a big, dumb, absolute blast!"
Saya suka Turbo. Rasanya ini album mereka yang paling melodic. Memang lazat. Mungkin kerana pada ketika itu saya sendiri agak kemaruk dengan genre glam/hair metal menyebabkan album ini mudah melekat di hati. Tak keterlaluan kalau saya katakan Turbo adalah antara album Judas Priest kegemaran saya.
Sebenarnya ianya masih muzik Judas Priest. Masih dengan trademark twin guitar solo Glenn Tipton/ K.K. Downing yang ohsem. Mungkin yang berbezanya cuma dari segi kelajuan, synth guitar, lirik-lirik cinta dan melodi yang terlebih catchy.
Lagu-lagu seperti "Turbo Lover", "Locked In", "Private Property", "Parental Guidance", "Rock You All Around the World" memang tersangat catchy. "Out in the Cold" pun sedap juga tetapi saya lebih menyukai versi live dalam Priest…Live.
Ianya sebuah album yang menarik tetapi hanya jika anda sukakan pop metal.
Friday, April 3, 2015
Angel Of Retribution
Judas Priest - Angel Of Retribution (2005)
Album "comeback" Rob Halford bersama Judas Priest. Ia juga album "comeback" saya kepada mereka selepas tidak mengambil tahu perihal mereka selepas "Painkiller (1990)". JP tanpa Rob Halford pada saya bagaikan ada yang tidak kena.
Ternyata Angel Of Retribution tidak mengecewakan. Sememangnya rasa teruja bila mendengar muzik yang ala-ala heavy metal 80an di tahun 2005. Angel Of Retribution seperti mendengar discography Judas Priest di era 80an. Sana sikit Sini Sikit. Malah lagu seprerti "Worth Fighting For" mengingatkan saya kepada zaman pop metal (Turbo - 1986) mereka.
OK. Mungkin tak sehebat Screaming for Vengeance (1982), Defenders of the Faith (1984), British Steel (1980) mahupun Painkiller (1990). Maafkanlah mereka telah berusia. Tetapi suara Rob Halford dan solo/riff Glenn/K.K/Glenn/K.K/Glenn/K.K/Glenn/K.K masih hebat.
![]() |
| kalau ikut discography yang ini...Unleashed In The East sahaja yang belum dimiliki cdnya |
Lagu track pembukaan "Judas Rising" sedap. Lagu slow "Angel" pun sedap. Macam dah lama kan JP tak ada lagu slow sedap selepas "Before The Dawn". Tapi yang kurang mungkin lagu epic 13 minit 28 saat "Lochness". Macam penat nak tunggu lagu ni abis. Mungkin kerana lagunya agak mendatar. Lain-lain tiada komplen. Produksi dan soundnya pun sedap.
Best!
Tuesday, September 2, 2014
Defenders of the Faith
Judas Priest - Defenders of the Faith (1984)
Agak sukar untuk memilih album kegemaran Judas Priest saya. Mungkin kerana saya hanya betul-betul mengikuti mereka pada tahun 1987, bermula dengan album Priest...Live!. Memang agak terlewat. Makanya agak kurang perasaan "sentimental value" pada mana-mana satu album. Mungkin Priest...Live!, yang lain tidak.
Screaming for Vengeance, Defenders of the Faith, Killing Machine/Hell Bent for Leather, British Steel, Painkiller dan Turbo adalah antara yang menjadi kegemaran. Yang menariknya bagi saya tentang Defender of the Faith adalah kerana adanya lagu "The Sentinel". Ianya penting bagi saya seperti mana "Before the Dawn" yang ada dalam album Hell Bent for Leather. Kerana 2 lagu inilah yang mengenalkan saya kepada Judas Priest.
Tetapi yang pastinya ini adalah antara album terbaik dari mereka. Mungkin juga antara yang terbaik untuk genre heavy metal. Semua lagu pun best. Mungkin "Rock Hard Ride Free" sedikit poppy ala "Living After Midnight" tetapi yang lainnya seperti "Jawbreaker", "Eat Me Alive", "Freewheel Burning" "Love Bites" "Some Heads Are Gonna Roll" dan "The Sentinel" adalah contoh lagu klasik keavy metal. Malah gambar kulit album pun dah cukup mengambarkan inilah heavy metal yang sebenar.
Jika anda pengemar heavy metal 80an, memang tidak ada sebab untuk anda tidak menyukainya.
Rekomended!







































