Showing posts with label A-ha. Show all posts
Showing posts with label A-ha. Show all posts

Friday, June 6, 2025

Hunting High And Low

 Bersempena ulangtahunnya yang ke 40


a-ha - hunting high and low (01/06/1985)

Kalau ada satu lagu untuk dijadikan tema rasmi dekad 80an sememangnya Take On Me dari a-ha adalah pilihan paling layak. Bukan setakat lagunya yang malar segar dan ikonik tetapi video klipnya juga menjadi simbol visual yang mendefinasikan era tersebut. 


Sejujurnya sebelum terjebak dengan heavy metal, a-ha dan album ini adalah kegemaran peribadi — dan hingga kini, ia tetap punya tempat istimewa di hati.



Tuesday, February 7, 2023

True North

 Album pilihan 2022

A-Ha - True North (2022)

A-Ha adalah kenangan zaman sekolah. Kali terakhirnya yang betul-betul menghayati album mereka adalah Scoundrel Days (1986). Mereka adalah band pop terakhir yang saya suka sebelum mula terjebak menjadi mat rock.

Tidak mengambil tahu tentang album-album mereka selepas dari tu. Kali terakhir membeli cd mereka adalah album kompilasi Headlines and Deadlines: The Hits of A-ha (1991)

Semakin meningkat usia, semakin banyak kita bernostalgia. Berita tentang album baru mereka di Facebook dan ditambah pula "rachun" dari seorang kenalan di Facebook yang berkongsi gambar beliau membeli piring hitam album baru tersebut membuatkan tiba-tiba timbul rasa minat untuk membelinya.

Selain dari itu, tajuk albumnya juga membuatkan sedikit rasa teruja. Maklumlah tajuk "True North" itu seolah-olah seperti tajuk sebuah album black metal. Maklumlah, A-ha juga berasal dari Norway. Sebenarnya...mereka adalah the true Norwegian black metal….hahaha...

Atas sebab nostalgia, saya cuba juga menghayati lagu-lagunya walaupun muzik pop sebegini bukan lagi makanan minda untuk saya. Awalnya agak susah juga. Majoriti lagu-lagunya agak "mellow" dan agak meletihkan (zzzzzzzzzzzzzzzzzz). Hampir tiada lagu yang mengenengahkan gitar berdistorsi dari Paul Waaktaar seperti di album-album awal. Maklumlah saya adalah seorang yang agak sukar untuk menghayati lagu-lagu yang agak meleweh

Tetapi setelah beberapa kali percubaan, terutamanya ketika perjalanan berkereta menempuh jalan jem di dalam suasana hujan yang lebat. Akhirnya ada juga lagu-lagunya menusuk jiwa. Mungkin aura cuaca sejuk ala-ala di Noway (hahaha) pada ketika itu menyebabkan otak lebih mudah untuk menerima. Melodinya sedap tetapi temponya agak perlahan. Mungkin seiring dengan peningkatan usia. namun begitu Vokal Morten Harket masih tetap seperti dulu.


Thursday, October 20, 2016

Scoundrel Days

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 6hb Oktober yang lalu



A-Ha - Scoundrel Days (1986)

Sebelum keujudan Mayhem. Burzum, Darkthrone, Emperor, Enslaved dan lain-lain yang seangkatan dengannya, inilah black metal Norway yang sebenar...hahaha...

Saya telah mula meninggalkan sedikit demi sedikit muzik pop dan new wave bermula dari tahun 1986. Ini adalah album pop 80an terakhir yang benar-benar saya ikuti. Menjelang tahun 1987, saya telah mula menjadi mat rock sepenuhnya.


Mungkin kerana itu album ini agak kurang kesannya kepada saya berbanding album pertama mereka, Hunting High and Low (1985). Bukan lagunya tak bagus tetapi ianya lebih kepada saya yang sudah berubah hati. Namun begitu ada 3 lagu yang cukup berkenan, "I've Been Losing You", "Manhattan Skyline" dan "Cry Wolf".

Saya tidak mengambil tahu perihal mereka selepas dari album ini, tetapi tidak dinafikan sekali sekala saya tetap mencari lagu-lagu mereka kerena mereka adalah sebahagian dari soundtrack perjalanan hidup ketika awal remaja.

Selepas Duran  Duran, mereka lah hero saya...sehinggalah terpengaruh dengan muzik untuk hantu berubat*...


*panggilan orang tua saya untuk muzik rock hantu takder masa depan...hahaha..







Friday, June 5, 2015

Hunting High and Low

Oleh kerana agak sibuk dengan kerja di awal bulan, saya terlepas untuk meraikan sambutan ulangtahun album kegemaran ini....


a-ha - Hunting High and Low (1985)

Album ni dah pun 30 tahun usianya pada 1hb Jun yang lalu. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang mendengar lagu "Take On Me" di radio bersama-sama abang. Berebut-rebut cuba merakamnya bila ianya disiarkan di radio. Susah nak dapat yang sempurna. Asyiklah suara DJ menyampuk kalau tak diawal, menyampuk di akhir lagu. Hampeh! Sehinggalah abang berjaya membeli kaset "pirated"nya (RM3) di kedai kaset di Pekan Ulu Tiram.

Suka betul saya lagu tersebut. Apatah lagi bila dapat menonton video clipnya yang mengabungkan alam realiti dan kartun. Kreatif betul. Ianya adalah video clip kegemaran saya sepanjang zaman. Bahkan majoriti video clips mereka memang semuanya menarik.


Saya meninggalkan a-ha bila saya mula kemaruk dengan muzik metal dan rock. Tetapi album yang bagus terutamanya jika anda mempunyai banyak kenangan padanya tetap tidak akan dilupakan. Saya kembali mencari album ini dalam bentuk cd bila wujudnya zaman cd. Tambahan pula saya telah kehilangan versi kasetnya.

Walaupun saya sukakan lagu "Take On Me" tetapi lagu kegemaran saya dari album ini adalah "The Sun Always Shines on T.V."  Tajuknya sahaja sudah cukup untuk menarik minat apatah lagi bila mendengar. Dan pastikan juga anda menonton video clipnya. Ianya kesinambungan dari video clip "Take On Me". Seperti yang saya katakan awal tadi, video clip mereka memang semuanya menarik.


Selain itu lagu yang menjadi title track, "Hunting High and Low" pun sedap. "Train of Thought" pun ok tetapi bila time feeling emo mungkin boleh layan balada pendek tak sampai 2 minit, "And You Tell Me".

Mungkin kalau ada rezeki cuba-cuba juga untuk mencari versi piring hitam.

Ini bukan rock ataupun metal...tetapi sangat sedap. Rekomended!



Thursday, April 24, 2014

Hadiah Hari Jadi

Hari ni hari gumbira....dapat surat....


Lu memang lejen beb...mana ada orang tulis nota kat envelope...hahahaha...



Dalamnya ada 2 benda yang aku suka...thanks beb...nanti ada masa boleh buat entri lain pasal 2 benda ni...

btw...birthday aku bulan 10...cepat betul dapat hadiahnya tahun ni...hahaha...






Monday, October 10, 2011

Headlines and Deadlines – The Hits of A-ha

Tahun 1991 bukan sahaja band2 rock 80an kegemaran aku jer yang riliskan album kompilasi...tapi band2 pop pun...salah satu darinya adalah ni..



Headlines and Deadlines – The Hits of A-ha


Bagi budak metal zaman sekarang..kalau sebut Norway...konpem kat kepala dorang terbayang legend2 black metal macam Mayhem,Burzum,Darkthrone,Immortal dan lain2 tu kan...tapi kalau tanya aku pasal muzik dari Norway...hanya ada satu yang terlintas...A-HA

Selepas Duran Duran...zaman aku dah mula berjinak2 nak jadi mat rock dalam tahun 1985 tu...tetiba A-ha muncul dengan lagu "Take On Me"...dengan video clip dia yang sampai sekarang pun masih jadi all time fav. aku...tetiba jer aku jadi minat kat dorang...tambah2 pulak bila dorang rilis lagu "The Sun Always Shines on T.V"...and the rest is history la....



Cd best of ni ajer la yang aku jumpa masa zaman mula2 aku nak upgrade koleksi aku ke cd...sebenonya pun cuma 2 album dorang jer yang betul2 aku follow...Hunting High and Low (1985) dan Scoundrel Days (1986)...dan sememangnya 2 cd ni yang aku nak cari...tapi memandangkan tak jumpa...best of pun ok la...walaupun ada lagu2 yang aku tak tau...tapi memandangkan semua lagu penting dari 2 album tu ada...tambah pulak lagu soundtrack James Bond "The Living Daylights" pun ada...kira beli cd ni berbaloi jugak la...

so kalau ada yang 1st time nak dengo A-ha...aku rekomen cd ni...semua lagu penting macam "Take On Me","Cry Wolf","Hunting High and Low","Manhattan Skyline","I've Been Losing You","Crying in the Rain","Train of Thought" dan of course lagi fav. aku "The Sun Always Shines on T.V." ada...



Baru2 ni aku terjumpa cd jenis 5 album dalam satu digipack macam Dokken yang darkshahrulez citer kat blog dia tu...aku macam teragak2 nak beli...pasal aku sekarang cuma nak cari Scoundrel Days jer...Hunting High and Low aku dah ada cdnya...tambah pulak cd jenis camgitu yang jenis inlay sekeping ni memang aku kurang berkenan sikit...tengah belek2...anak pulak merengek ajak beli mainan...last2 aku tak beli pun...

Takper la...nanti ada rezeki lebih nak cari kat ebay jer...Scoundrel Days dan mungkin album last dorang tu...Ending on a High Note – The Final Concert...

Wednesday, April 29, 2009

The sun always shine on tv

bz skit minggu ni...tak sempat nak memblog sangat...so.. korang layan je la lagu dari band yang lagi otai dari band2 black metal norway tu semua...ketepi Mayhem,Burzum,Darkthrone,Immortal,Emperor dll tu ...ini dia A-HA...band lagenda dari Norway tahun 80an dulu...

The Sun Always Shine On Tv...dipetik dari album Hunting High And Low tahun 1985...minat sungguh aku kat lagu ni....dah lebih 20 thn pun masih segar lagi...layannnn..




ini pula versi live video tahun 2003 sempena album live dorang How Can I Sleep With Your Voice In My Mind




tak metal la kalau takder band metal cover kan...ni dari Atrocity..band death/industrial metal dari germany...dari album Werk 80 II...layan..




dan tak complete la pulak kalau takder band black metal Norway cover kan...so...layan ni pulak...Susperia cover...dari EP Devil May Care (2005)...syok jugak versi metal ni ek..