Showing posts with label Carcass. Show all posts
Showing posts with label Carcass. Show all posts

Wednesday, December 17, 2025

Hati gembira poket menangis 2

 

Lagi berkongsi pembelian terkini.

Ambil gambar. Tukar plastik cover. Simpan di rak. Tak spin pun.

Ini memang satu penyakit 😅

#hati gembira poket menangis


Thursday, December 9, 2021

Torn Arteries

 Album terbitan 2021...

Carcass - Torn Arteries (2021)

Heartwork (1993) adalah album kegemaran. Ianya menjadi penanda aras untuk saya bagi album-album yang sama genre. Sayangnya Carcass sendiri tidak dapat mengulanginya. Tetapi sememangnya Carcass adalah sebuah band yang sentiasa berubah. Tetapi sejak penampilan semula mereka dengan Surgical Steel (2013), mereka seakannya kembali ke arah tersebut. Album terbaru mereka Torn Arteries mengesahkannya.

Setelah mencapai tahap sebuah band lagenda, tiada apa lagi yang perlu mereka buktikan. Torn Arteries adalah sebuah album yang bersahaja dari mereka. Tiada kelainan ketara dari album sebelumnya. Dengan usia mereka sekarang rasanya tidak perlu lagi untuk mereka terlalu mencuba sesuatu yang baru. Cukuplah sekadar menghasilkan sebuah album yang boleh mengembirakan majoriti peminat.

Bagi saya yang meminati era Melodic Death Metal mereka sememangnya Torn Arteries tidak menghampakan. Lagu seperti "The Devil Rides Out" dengan sekali pendengaran pun dah boleh hadam. Tetapi ada juga diantara lagunya yang kedengaran agak sama. Saya merasakan yang album ini agak kurang dari segi melodi. Tetapi secara keseluruhannya masih baik dan tidaklah terlalu jauh dari Surgical Steel.

Apa-apa pun, yang pentingnya, tabik kepada band2 lagenda seperti mereka. Tetap terus menghasilkan album baru. Terbaik!


Saturday, November 12, 2016

Wake Up and Smell the... Carcass

Ulangtahun yang ke 20 tahun pada hari ini, 12hb November...


Carcass - Wake Up and Smell the... Carcass (1996)

Ini hanyalah kompilasi lagu-lagu bonus, b sides, alternate versions, live tracks dan unreleased rarities sempena berkuburnya Carcass pada ketika itu. Mungkin bukan untuk "casual listerner" tetapi untuk peminat mereka, ini adalah sesuatu yang perlu anda miliki. Ianya diterbitkan berserta dengan dvdnya sekali (hanya memiliki versi sedut).


Ianya adalah perjalanan evolusi muzikal Carcass secara terbalik. Dari era terkini pada ketika itu melalui lagu lagu lebihan ketika rakaman album Swansong (1995) membawa kepada rakaman live era melodic death metal, Heartwork (1993) dan seterusnya ke era Necrotism (1991) dan zaman grindcore mereka di penghujung 80an.

Kalau anda sukakan era Swangsong ataupun Heartwork pastinya anda akan suka kompilasi ini. Mungkin boleh juga jika anda baru nak berjinak-jinak mendengar Carcass.


Namun begitu saya tidak pernah memiliki kasetnya. Ketika itu, saya sedang dalam fasa konon-kononnya berhenti dari membeli dan menjadi mat metal selepas berkahwin. Hahaha...Tetapi ianya tidak bertahan lama. Hobi dan minat memang tidak boleh dipaksa-paksa. Saya membeli cd ini beberapa tahun selepas itu dan kekal menjadi mat metal poser sehingga kini....huhu...

"I Told You So (Corporate Rock Really Does Suck)".................. Rrrrot!!!!!





Saturday, April 13, 2013

Heartwork

Sebuah lagi album kegemaran yang dah cecah usia 20 tahun


Carcass - Heartwork (1993)

Ada yang kata dengan Heartwork, Carcass dah sell out. Merubah muzik mereka dari grindcore kepada teknikal death metal bolehkah dikatakan sebagai sell out?

Tapi yang pastinya, dengan Heartwork mereka berjaya menghasilkan muzik yang berat, aggressive, laju tetapi dalam masa yang sama agak melodik. Apa yang membezakan Heartwork dengan album death metal yang lainnya adalah keupayaan mereka menyusun struktur lagu dan arrangement yang agak complicated dan teknikal tetapi dalam masa yang sama agak melodic dan catchy tapi masih brutal.



Bintang utama Heartwork sudah semestinya Bill Steer dan Michael Ammott. Mungkin mereka pasangan Tipton/Downing atau Smith/Murray untuk versi death metal. Mereka menghasilkan banyak riff-riff yang catchy dan harmoni. Yang lebih menariknya solo-solo mereka agak lebih melodic kalau nak dibandingkan dengan tipikal gitaris album death metal yang biasa. Sayangnya gandingan mereka tidak berkekalan.

Saya bukanlah peminat tegar genre grindcore dan saya selalu merasakan muzik grindcore agak terbatas. Heartwork membuktikan Carcass menjadi lebih kreatif bila mereka mula bermain lebih dari grindcore.

Disebalik zaman meleweh grunge, Heartwork antara yang yang orang kampung saya cakap "Make My day". Salah satu album terhebat genre teknikal death metal yang pernah terhasil...

REKOMENDED!