Showing posts with label King Diamond. Show all posts
Showing posts with label King Diamond. Show all posts

Monday, September 9, 2024

Don't Break the Oath

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 7hb September yang lalu...

Mercyful Fate - Don't Break the Oath (1984)

Cepat betul masa berlalu. Sekejap dah 40 tahun. Ini adalah antara cd terawal yang dibeli ketika kenal e-bay. 

Mercyful Fate pertama saya adalah Melissa dan kemudiannya melompat ke album-album King Diamond. Biasalah...tiada sumber untuk dibeli atau dipinjam. Tahun 80an keadaannya bukannya seperti sekarang.

Hanya mula berpeluang mendengarnya secara betul pada awal 90an. Ada seorang sahabat di IPT yang "die hard" King Diamond/Mercyful Fate meminjamkannya. Masa tu dah lebih dewasa, makanya tak ada lah perasan takut seperti kali pertama mendengar album Melissa.


Ini sememangnya salah satu album terpenting untuk heavy metal. Selain vokal KD, riff dan solo solonya yang teknikal tetapi melodic sememangnya banyak membantu. Rekomended kepada sesiapa yang belum pernah dengar.

Tetapi yang pastinya setiap kali nak bermesyuarat, pastinya terngiang-ngiang lagu "A Dangerous Meeting" dan tersengeh-sengeh sendiri...😁


Thursday, June 11, 2020

Them

Merujuk kepada entri "Abigail".


King Diamond - Them (1988) - keluaran semula edisi terhad 2020

Saya hanyalah insan yang lemah. Ingatkan hanya Abigail. Rupanya tersampuk juga dengan Them. Seperti Abigail, Them juga tak pernah dibeli ketika zaman kaset. Ianya adalah album kedua KD yang saya dengar selepas Abigal. Pinjam dari kawan yang sama. Nostalgianya tetap ada. Itu yang "ter" beli juga versi piring hitam ini akhirnya...

#hati gembira poket menangis



Thursday, June 4, 2020

Abigail

Sambung lagi cerita WFH...


King Diamond - Abigail (1987)

Kali ini nak kongsi yang terkini dalam simpanan. Baru sampai 2,3 hari yang lepas. Baru-baru ini King Diamond ada mengeluarkan semula 4 album awal mereka dalam bentuk piring hitam edisi terhad. Sempat juga lah sambar satu. Kalau ikutkan hati memang nak semuanya sekali. Tapi bila ikut poket, kena la pilih mana yang lebih minat atau yang lebih bernostalgia.

Nostalgianya ini adalah album pertama mereka yang saya dengar. Tak pernah ada kasetnya. Sekadar pinjam kawan. Memang takut masa kali pertama dengar. Dengan imej King Diamond yang menyeramkan, lirik kisah hantu, sihir dan setan. Tambah pula dengar suara yang mengilai. Memang seram...

Tetapi bila dengar solo-solo gitar dari Andy LaRocque dan Michael Denner yang melodic memang terus jadi teruja. Memang lazat. Memang berhantu. Ianya lebih berhantu dari liriknya yang hantu 😁😁😁

Tapi entah kenapa dulu-dulu tak pernah pula terpikir untuk membeli kasetnya. Duit pun tak berapa nak ada. Dah tua-tua ni, pembelian semacam ini bolehlah dikira sebagai hadiah untuk diri sendiri...

Hmmmm...kalaulah ada kaset, boleh dah masuk entri "Gila Format"...


***lupa nak tanya Abang JP (Aziz Belantara), adakah "Perintah Berkurung" ada pengaruh dari "A Mansion In Darkness"?....ada sikit kan mirip-mirip...



Monday, October 15, 2018

Them

Yang 30 tahun pada 13hb Sep yang lalu...


King Diamond - Them (1988)

Lagi kenangan zaman remaja. Zaman menunggu keputusan SPM. Tak perlu kot nak mengulas tentang album lejen ni. Siapa yang belum dengar pergilah dengar.

Tapi apa yang ingin diceritakan disini ianya mengimbau kenangan bersama sahabat dari zaman sekolah. Pemain drum kumpulan kami dan juga peminat susah nak mati King Diamond.

Melepak di ruang tamu rumah beliau sambil mendengar kaset ini. Masih terngiang-ngiang topik perbualan kami. Tentang kumpulan apa yang agak-agaknya kami akan terus 'follow' dan terus akan beli muziknya sampai ke umur tua. Saya memilih Iron Maiden dan beliau memilih King Diamond. Tetapi kami bersependapat dalam memilih Scorpions sebagai kumpulan yang akan kami sokong sampai bila-bila.


Nampaknya selepas 30 tahun. Memang betul saya masih membeli dan mengikuti Iron Maiden. Tetapi saya gagal dengan Scorpions. Ada beberapa album terakhir mereka yang saya terlepas.

Saya tidak pasti pula tentang sahabat saya tersebut. Agak lama juga tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin dah lebih dari 5 tahun. Tak pasti juga adakah beliau masih lagi seorang rocker. Kali terakhir berjumpa pun tak bercerita pasal rock. Lebih pada hal keluarga dan kerjaya. Dulunya beliau masih aktif bermain drum terutamanya untuk acara makan malam di tempat kerja beliau. Sekarang tak tau la pula.


Rock ker tak rock beliau pastinya orang yang paling gembira bila Mikkey Dee (idola beliau dalam King Diamond) kini duduk pulak dalam Scorpions. Kira bonus lah kan jika anda meminati kedua-duanya.

Moga satu hari nanti kami akan berpeluang lagi berbual-bual rock seperti 30 tahun yang lalu. Cepat betul masa berlalu ek?...





Friday, October 20, 2017

Melissa

Akhirnya...berjaya juga dimiliki...


Mercyful Fate - Melissa (1983)

Semenjak timbulnya minat untuk mengumpul cd-cd King Diamond / Mercyful Fate, ini adalah antara cd yang terawal di cari. Sayangnya agak sukar juga nak jumpa dengan harga yang mampu milik. Terimakasih kepada seorang rakan yang membantu mencari sehinggakan cd ini berjaya juga dimiliki.

Album yang ada kenangannya seperti ini memang rasa teruja bila dapat beli. Ianya pengalaman pertama penulis mendengar King Diamond di sekitar tahun 1987 ataupun 1988. Teringat kenangan mendengar lagu Melissa waktu tengah malam dalam gelap tanpa membuka lampu. Suara mengilai King Diamond memang menyeramkan.

Pada ketika itu penulis memang rasa takut untuk mendengar mereka. Dah lah liriknya pasal setan. Memang rasa inilah band yang paling setan. Itu adalah antara puncanya tak membeli kaset mereka pada ketika itu. Tetapi dalam takut-takut tu dengar juga. Maklumlah lagu-lagunya sedap. Melodic dengan solo-solo gitar yang memang berhantu.



Rasanya lagu Melissa tu adalah antara lagu wajib untuk budak -budak rock zaman tu. Kalau dengar melodi, sound dan susunan muziknya memang boleh agak pengaruhnya kepada banyak band-band rock melayu pada zaman itu.

Contohnya, lagu Melissa - Helter Skelter. Mesti tajuk tu di ambil dari album ni. Jangan cakaplah ianya pasal Melissa Saila walaupun zaman tu dia tengah hot...haha...Tapi Helter Skelter biasalah...mana nak ngaku..."Tiada Lagi Airmata" pun katanya hanya satu kebetulan...huhu...

Rekomended!






Saturday, February 25, 2017

Abigail

Yang menyambut ulang tahun ke 30 semalam, 24hb Februari...


King Diamond - Abigail (1987)

Ini kenangan zaman sekolah. Tak pernah beli kasetnya. Tapi pinjam kawan. Drummer band zaman sekolah yang mengenalkannya. Beliau peminat setia King Diamond. Disinilah bermulanya kenal drummer lagenda, Mikkey Dee dan gitaris hebat, Andy LaRocque.

Pengalaman pertama mendengar muzik sebegini membuatkan rasa kagum. Memang berbeza dengan heavy metal yang biasa. Abigail adalah sebuah album yang progressif dan teknikal tetapi dalam masa yang sama sangat melodic. Tetapi yang utamanya kerja gitar Andy LaRocque sememangnya lebih berhantu dari cerita hantu yang terdapat di dalam lirik-lirik lagunya.

Kesinambungan dari Fatal Potrait, King Diamond meneruskan lirik lirik cerita seram. Ini adalah permulaan bermulanya album konsep untuk King Diamond. Abigail mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang berpindah ke rumah pusaka yang berhantu. Gaya penceritaannya menarik. Mendengarnya sambil menghayati lirik berseorangan di tengah malam memang terasa seramnya.


Pada saya, selain Seventh Son of a Seventh Son - Iron Maiden, Operation: Mindcrime - Queensryche dan beberapa buah album Savatage dan King Diamond yang lainnya,  ini adalah album konsep bercirikan metal yang terbaik pernah dihasilkan. Memang masterpiece!

Lagu kegemaran saya adalah "A Mansion In Darkness". Entah mengapa setiap kali mendengar lagu "Perintah Berkurung" dari Belantara pastinya akan mengingatkan saya kepadanya. Ada sedikit persamaan melodi Aziz dengan Andy LaRocque.




Thursday, February 16, 2017

Fatal Portrait

Lagi entri yang tertinggal dari tahun lepas (dah masuk setahun dah) Yang menyambut ulang tahun ke 21, esok (17hb  Februari)...


King Diamond - Fatal Portrait (1986)

Album pertama King Diamond. Tetapi yang ke 5 yang saya dengar darinya selepas Abigail, Them, Conspiracy dan The Eye. Kalau bab membeli pula ianya yang ke 3 selepas Abigail dan Abigail 2. Agak lambat juga dalam mengumpul muzik King Diamond secara fizikal.

Fatal Portrait agak sedikit berbeza dengan muzik Mercyful Fate walaupun 3 daripada 5 ahlinya adalah orang yang sama. Ianya tidaklah seberat Mercyful Fate dan bolehlah dikatakan lebih progressif/theatrical dan lebih bermelodi.


Tetapi yang paling nyata adalah dari segi liriknya. Tiada lagi tema satanic/occult tetapi lebih kepada cerita seram. Memang kenalah dengan suara mengilai King Diamond. Dengar malam-malam memang seram.

Kemasukan shredder, Andy LaRocque dan drummer lagenda, Mikkey Dee adalah "plus point"nya.






Monday, January 7, 2013

Abigail II: The Revenge

Yang patutnya di publishkan tahun lepas...kaset 10 11 tahun...



King Diamond - Abigail II: The Revenge (2002)

Ntah kenapa dalam banyak2 band metal yang saya dengar ketika zaman budak/remaja, saya tidak pernah mempunyai apa2 album dari King Diamond. Mungkin kerana kekangan kewangan seorang pelajar yang menyebabkan saya terpaksa memilih apa yang patut dibeli apatah lagi sejak dizaman sekolah hingga ke IPT saya  mempunyai kawan rapat yang meminati King Diamond yang menyebabkan saya tidak perlu membeli untuk mendengarnya.

Pengalaman pertama saya mendengar King Diamond adalah melalui abang saya melalui lagu Melissa dari Mercyful Fate. Mendengarnya di waktu malam dengan menutup lampu memang amat menyeramkan apatah lagi imej King Diamond yang begitu. Pada ketika itu bagi saya inilah band yang paling setan sekali.

Kemudiannya saya di dedahkan dengan album Abigail dan Them oleh rakan sekolah merangkap drummer band saya ketika zaman saya di sekolah dulu. Di IPT saya di dedahkan pula dengan Conspiracy dan The Eye oleh seorang rakan baik saya. Ini bermakna walaupun saya tidak mempunyai apa2 material KD tetapi saya cukup maklum dengan lagu2nya.

Maka apabila saya kembali mendengar metal di tahun 2001/02 (pencen sekejap lepas kahwin konon2nya..heheh), saya membeli kaset ini. Saya memang mengharapkan ianya sebaik Abigail (1987) kerana sememangnya bukannya mudah untuk membuat sambungan konsep album. Apatah lagi ianya selepas berbelas tahun.



Ternyata ianya sememangnya album yang bagus. Jalan cerita bagus. Lagu2nya pun bagus malah intro "Spare This Life" masih boleh menyeramkan saya seperti dulu bila mendengarnya waktu bergelap di tengah malam. Kemasukan Mike Wead yang bergandingan dengan Andy LaRocque menjadikan KD kembali mempunyai twin gitar solo yang menyengat. Memang bagus riff2 dan solonya. Simple, melodic dan sangat lazat walaupun kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada riff2 Jeff Waters (Annihilator).

Mungkin juga album ini boleh di gelar metal opera. Lagu2nya memang catchy dan suara KD dari normal pitch hingga jeritan falsetto yang menyeramkan tu tetap power macam dulu. Semua lagu pun best tapi antara pilihan saya adalah "A Mansion in Sorrow" dan "Miriam".

Album ini juga menjadi penyebab untuk saya menbeli Queensrÿche - Operation: Mindcrime II. Sayangnya tidak seperti Abigail II, OP II sangat mengecewakan. Ternyata tak mudah nak buat konsep album yang bersambung ni tapi KD berjaya melakukanya.