Showing posts with label Hattan. Show all posts
Showing posts with label Hattan. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Satu Malaya Dah Tahu

Lagi dari draf tahun lepas....Yang dah 20 21 tahun...


Hattan - Satu Malaya Dah Tahu (1996)

Ada satu ketika dulu saya cuba kembali untuk mendengar lagu lagu rock melayu selepas meninggalkannya pada awal tahun 90an. Satu Malaya Dah Tahu adalah salah satu dari percubaan tersebut.

Tambah menarik bila dapat tahu yang lagu "Dia" dari album Wings & Superfriends ada di dalam album ini. Sedap lagu ni. Sayangnya versi yang dimuatkan di dalam album ini tidak sama dengan versi Wings & Superfriends. Ianya versi Hattan dengan pemuziknya sendiri. Saya tidak pasti siapa. Tetapi disebabkan dah terbiasa dengan versi Joe, maka yang ini agak kurang bagi saya.


Yang popular dari album ini rasanya lagu "Rendang Tak Berbuah". Tetapi saya agak kurang berminat.  Sejujurnya album ini kurang menepati citarasa saya. Hattan semakin menjadi lebih blues berbanding rock n roll.

Kalau cerita pasal Hattan. bagi saya album Antem adalah yang terbaik dan kena dengan citarasa saya,



Wednesday, December 12, 2012

Antem

Album rock melayu yang dah pun 20 tahun


Hattan - Antem (1992)

Kalau anda tanya apakah album rock penyanyi solo melayu lelaki selain Ramli Sarip yang saya suka. Jawapan saya hanya ada dua. Samada Aris Ariwatan - Aris (1994) ataupun album ini, Hattan - Antem.

Saya asalnya tidak berminat dengan Hattan atau bandnya FRU. Malah sehingga sekarang pun saya saya hanya menyukai 3 album awal beliau sahaja. Malas nak menaip panjang. Mungkin ada boleh baca bagaimana saya menyukai album ini di >SINI<.



Album ni agak berbeza dari album pertama beliau. Kali ini muziknya mula terarah kepada blues rock. Bolehlah dikatakan semua lagunya sedap2 belaka. Yang rock leleh tu dah tentu2 la kan. Saya mengaku lagu cintan Dari Kekasih Kepada Kekasih itulah antara punca utama saya membeli kaset ini.




**Dulu saya selalu terpikir, kalau saya bersanding nanti dan kalaulah boleh pengantin rekues lagu. Ingin saya mendengar lagu Antem Pengantin Baru ketika saya di atas pelamin...tapi bila kejadian tu benar2 belaku. Kedua2 belah samada rumah saya dan rumah isteri tiada langsung memainkan lagu. Di rumah saya tiada acara bersanding dan kedua orang tua kami tak suka majlis yang bising...heh..



Thursday, June 2, 2011

Hattan s/t

Asik cerita rock omputeh jer kan...jom cerita rock melayu pulak...masih dalam entri tahun 1991...album yang tak bertajuk dari Hattan...



Terus terang masuk tahun 1991 adalah tahun yang aku tinggal terus rock melayu...memang hampir tak follow langsung...thrash sangat la kononnya masa tu kan...kaset Hattan ni pun aku dengar dan beli bukannya pada tahun 1991...tapi 5,6 tahun selepas tu...

Aku tak follow FRU maupun Pratayuda (War Rock Vol 1)...band2 awal Hattan sebelum dia bergerak solo...maka aku tak kenal pun Hattan ni sapa...sehingga lah aku terdengar lagu "Dari Kekasih Kepada Kekasih" kat radio...sedap lagu tu...kebetulan sorang member aku peminat Deanna Yusoff (mana minah ni sekarang ek?..)suruh aku dengar lagu Hani yang Deanna backing tu...tu la antara pengalaman pertama aku dengar lagu Hattan...album Antem...hari2 terdengar jadi terminat pulak kat album tu...



Tapi tak jugak aku terbeli...sehinggalah pertengahan 90an terdengar sekali lagi album Antem kat rumah kawan aku...tergerak hati nak beli...sayangnya kat kedai kaset yang aku pergi tu cuma ada kaset Hattan yang ni...aku tak tau apa2 pasal kaset ni...tapi atas perasaan nak tau...aku beli jugak kaset ni...and the rest is history la...

kalau aku tak silap..ni album pertama Hattan...mendengar album ni buat aku teringat kat Gary Moore...bukan...bukan album ni tiru Gary Moore...tapi dia punya caranya tu...kalau korang dengar album2 terakhir Hattan...dia kan dah lebih pada blues...tapi 1st album ni lebih kepada hard rock/metal...serupa macam Gary Moore la kan...

Kalau mendengar lagu2 heavynya...macam tak sangka pulak penyanyinya tu adalah si pengkritik AF tu sekarang...suaranya agak berbeza...ada lagu2 heavy yang guna suara kecik...jerit ala2 band hair/glam 80an...lagu paling menarik bagi aku adalah lagu track pembukaanya..Seksyen 39B...kalau tak silap ciptaan Nan (Strangers,Saturnine,M.Nasir)...rif gitarnya pun sedap...tak pasti sapa yang main...mungkin jugak Nan, arwah Samad atau Todel...seperti yang tertulis kat kaset ni...lagu ni memang bukan trademark Hattan sekarang...heavy...best...tak tau la Hattan sekarang nak tak nyanyi lagu2 cenggini lagi...

lagu2 lain kira ok2 jer la...terutama lagu2 slow...ala...apa lagi yang korang boleh expect kat lagu2 slow M.Nasir dan Nasha Kevin kan...Memburu Rindu, Berikan Nurbisa dan Hitam Bukan Impian...memang feeling la...kena pulak ngan suara jantan Hattan...terus terang dalam zaman2 90an selain Aris Ariwatan...Hattan adalah penyanyi solo yang aku suka suaranya....



Album ni terbitan M.Nasir..so boleh agak la kualitinya macamaner...Ramli Sarip,Aris Ariwatan malah Hattan pun ada buat lagu selain jadi penolong penerbit...dan jangan tak caya arwah Loloq ada buat lirik omputeh kat album ni (Everlasting Glory)..so kalau nak dengar Hattan zaman2 rocknya...zaman2 rambut panjang bukannya botak macam sekarang...boleh la cari ni album ni...

tapi kalau nak paling best...bagi aku cari album Antem.