Showing posts with label cover. Show all posts
Showing posts with label cover. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Nampak sama tapi bukan dia....bahagian 2

Bahagian 1 kat >SINI<

Jethro Tull - Rock Island 1989


Metafora - Suara Generasi 1990

Saya pasti ramai yang tak pernah dengar kedua-dua band ni. Jethro Tull ni saya start nak ambik tau bila dorang menang Grammy Award tahun 1988. Kalahkan Metallica album "...And Justice for All" untuk menang Best Hard Rock/Metal Performance. Time tu ramai pertikaikan adakah mereka layak masuk kategori hard rock apatah lagi metal.

Manakala Metafora ni saya tau melalui adik perempuan saya. Awal 90an dulu adik perempuan saya memang suka membeli kaset band-band rock macam tu. Mega, Melissa, Hidayu, Ababil dan ntah apa-apa lagi yang saya pun dah tak boleh nak ingat dah. Metafora ni pun jangan di tanya lagunya macamana. Sumpah saya tak tau dan tak pernah dengar pun walaupun kasetnya dulu ada kat kampung.

Cuma yang menyebabkan saya teringat pun adalah pasal kaver albumnya yang seakan-akan sama dengan kaver album Jethro Tull ni. Tu pun jenuh mengoogle nak ingatkan apa nama kumpulannya...

Tak pasti adakah zaman sekarang masih ada kes ciplak menciplak ni...nanti kalau terjumpa lagi...saya akan tampal lagi...



Monday, February 10, 2014

nampak sama tapi bukan dia...



Ratt - Dancing Undercover (Aug 1986)

Headwind - Headwind 3 (? 1986)


Dulu dulu bukan sahaja lagu yang di ciplak....ada siapa-siapa boleh konpem bulan bila album Headwind 3 ni diriliskan?....manalah tau kan kot-kot Ratt yang menciplak...heheh...sampaikan tulisan no 3 tu pun guna font yang sama...

btw..dua-dua album pun sedap...Dancing Undercover adalah salah satu album kegemaran aku dari era glam rock/hair metal 80an....manakala Headwind 3 pula dengan lagu-lagu seperti Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka pun best juga...satu-satunya kaset Headwind yang aku ada dulu...semata-mata pasal kavernya dan lagu Memori Luka...lama dah aku cari tshirt Ratt yang guna gambar ni...tapi masih tak jumpa...