Showing posts with label Sepultura. Show all posts
Showing posts with label Sepultura. Show all posts

Thursday, April 9, 2026

Gila Fornat - Beneath the Remains

Remembering my youth - 37th anniversary

Sepultura - Beneath the Remains (07/04/1989)

Ada satu ketika dulu saya memang gila dengan album ini. Kasetnya sampai lunyai dimainkan berkali-kali. Inner Self bagaikan satu anthem.

Sayangnya saya dah hilang kaset tersebut. Kaset di gambar dibeli semula sebagai peringatan saya untuk zaman tersebut.


Sunday, March 29, 2026

Gila Format - Arise

Remembering my youth - 35th anniversary

Sepultura - Arise (25/03/1991)

Ada satu ketika dulu Sepultura adalah band yang paling saya minati terutamanya ketika era Beneath the Remains dan Arise. Sayangnya muzik mereka semakin berubah selepas dari ini. Dan saya mula menjauhkan diri dari muzik mereka. 

Walaubagaimanapun sudah semestinya Arise adalah antara album kegemaran sepanjang zaman.


Wednesday, September 25, 2024

Schizophrenia

 Album baru 2024...

Cavalera - Schizophrenia (2024)

Ini adalah yang ketiga dalam siri rakaman semula album album Sepultura oleh adik beradik Cavalera.

Saya adalah antara yang teruja apabila mereka merakamkan semula Bestial Devastation dan Morbid Visions. Tetapi ia sepatutnya hanya perlu berhenti di situ. 

Saya boleh menerima alasan untuk rakaman semula Bestial Devastation dan Morbid Visions. Tetapi sebenarnya tiada keperluan untuk Schizophrenia. Sound asalnya pun sudah cukup bagus untuk tahun 1987. Tetapi mungkin sahaja alasan yang sebenarnya adalah "duit". 

Namun begitu, adik beradik Cavalera sememangnya tidak mengecewakan. Mereka sedaya upaya cuba mengikut acuan yang asal. Dan ianya berjaya. Ianya memberikan kita pilihan untuk mendengar versi yang mana. Tetapi saya memilih versi yang memberikan royalti kepada Andreas Kisser πŸ˜…...


Friday, November 10, 2023

Bestial Devastation

 

Lagi antara yang terkini di pasaran....


Cavalera - Bestial Devastation (2023)

Memang rasa teruja bila dapat tahu yang Max dan Igor Cavalera mahu merakamkan semula lagu-lagu dari EP Bestial Devastation.

Tak berapa suka dengan produksi yang asal. Soundnya mendap dan tak "balance". Tetapi sedikit bimbang jika ianya diubah dan tak sama dengan yang asal. Tetapi adik beradik Cavalera telah melakukan apa yang sepatutnya. Ianya masih mengekalkan rasa dan sentuhan yang asal. Apa yang berubah hanya soundnya yang lebih rapi, kemas dan jelas. Ianya memberikan satu keadilan kerana lagu-lagu dari Bestial Devastation sememangya bagus dan sepatutnya mendapat produksi yang lebih baik.

Rakaman kali ini meggunakan khidmat anggota Cavalera Conspiracy yang terkini, Igor Amadeus Cavalera (anak Max) di posisi bass dan Daniel Gonzales di bahagian gitar. Tambahan menarik cover albumnya juga diberikan sentuhan baru yang pada saya lebih menarik dari yang asal.

Kalau anda merindui Sepultura yang lama, album ini tidak sepatutnya anda lepaskan.


Sunday, May 20, 2018

Kaset

Tak ada niat pun nak mengumpul kaset. Apa yang dah ada dari dulu itu sahajalah yang di simpan. Memang jarang pun main kaset walaupun kat rumah ada 2 cassette player. Malas nak cuci head kotor.


Tapi bila ternampak kaset-kaset ini di jual di FB rasa tergerak hati pula nak beli. Tambah pula harga yang murah dan nampak macam tak ada orang lain yang berminat nak beli. Kesemua kaset-kaset ini ada kenangannya yang tersendiri. 2 daripadanya pernah ada tetapi dah hilang ntah kemana.

Slayer - South Of Heaven (1988)
Kaset Slayer pertama saya. Di beli pada tahun 1989. Ketika mula tersampuk demam thrash. Antara kaset yang paling disayang dan sering berputar dalam walkman jenama Philips ketika menuntut di ITMCJ. Tak pasti bila hilang. Mungkin juga ketika di ITM.

Covernya agak berlainan. Kalau tak silap kaset 1st press kepunyaan saya tulisan "South" terletak di atas manakala "Of Heaven" di bahagian bawah cover. Inlaynya gambar band penuh satu page dan tulisan Def Jam Recording satu page. Bukan seperti gambar di atas. Lebih malang saya tak rasa kaset yang saya beli ini kaset asli. Tak ada pun satu tulisan Def Jam Recording di mana-mana walau di kasetnya sekali pun.

Tak apa lah...sekurang-kurangnya ada juga versi kaset walaupun bukan yang asal. Boleh juga buat pemangkin untuk terjebak dalam giler format. πŸ˜€


Sepultura - Beneath The Remains (1989)
Ini pula kaset Sepultura pertama saya. Di beli tak lama selepas kaset South Of Heaven. Kaset yang menjadikan saya semakin kemaruk dengan thrash. Juga antara yang sentiasa melekat dalam walkman. Ini pun sama. Tak pasti bila hilang. Sedar-sedar dah tak ada dalam simpanan.

Versi yang di beli ini pun tak sama dengan versi 1st press. Yang asal mempunyai gambar cover penuh  dan diterbitkan oleh Road Runner. Yang ini pula adalah terbitan ROCK. Label yang biasa di lihat pada tahun 90an. Berdasarkan inlaynya, saya rasa terbitan ini adalah dari siri Remasters pada tahun 1997. Saya mempunya cd remasters tahun 1997 edaran ROCK Records yang mempunyai inlay yang hampir sama.

Tak apalah. Janji ada sebagai penganti. Ini juga mempunya potensi untuk di giler formatkan...huhu..

Pretty Boy Floyd - Leather Boyz with Electric Toyz (1989)
Yang ini tak pernah ada kasetnya sebelum ini. Sekadar pinjam kawan. Di zaman kemaruk thrash, saya juga masih mengambil tahu perihal glam metal. Ianya adalah muzik halwa telinga sebelum terjebak dengan thrash.

Pretty Boy Floyd adalah generasi Glam Metal yang terlewat. Kalau mereka lahir lebih awal seperti Poison pastinya nama mereka akan menjadi lebih besar. Leather Boyz with Electric Toyz adalah sebuah album glam metal yang baik. Malah ianya adalah antara album yang saya cadangkan untuk didengar bagi genre tersebut.

Banyak lagu sedap. Yang menjadi pilihan saya adalah yang lagu yang menjadi tajuk album, "Rock N Roll (is gonna set the night on fire)" dan "Only The Young". Tapi kalau nak yang slow rock, boleh cuba "Wild Angels" dan "I Wanna Be With You"...memang cair...

Yang ni masih jauh untuk digiler formatkan...cdnya pun masih lagi dalam proses mencari....




Friday, January 26, 2018

9 albums that changed my life

Terjebak juga dengan #9albumsthatchangedmylife di instagram...ni semua Eddie punya pasal...hahaha...

*ianya disusun mengikut turutan tahun....tahun dikeluarkan dan tahun ianya didengar...dan ia juga bukanlah album kegemaran utama saya untuk sesuatu band. Contohnya untuk Iron Maiden semestinya kegemaran saya adalah Somewhere in Time. Tetapi senarai ini lebih kepada album yang memberi kesan dan pengaruh kepada selera muzik saya...dan ianya sememangnya sukar untuk hanya memilih 9...kalau 10, pastinya ada album Poison - Look What the Cat Dragged In (1986) tersenarai...hey! Hair Metal Rules!!! ok...

 

1 - Scorpions - Blackout  (1982) Album yang membuatkan saya sedar yang muzik adalah minat, hobi dan passion yang utama...bukannya main tembak-tembak, mandi paya dan menyauk ikan...haha...entah mengapa bunyi gitar dari album ini benar-benar memikat hati.

2 - Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983) Seperti kanak kanak lain yang membesar di era 80an, siapalah yang tidak terjebak dengan Duran Duran dan lain-lain angkatan artis new wave/new romantic yang cukup popular di zaman itu....kira mcam Kpop untuk budak-budak zaman sekarang πŸ˜€

3 - Bryan Adams - Reckless (1984) Walaupun kemaruk dengan pop, satu yang saya perasan saya lebih cenderung kepada lagu-lagu yang berasaskan gitar. Reckless membuka jalan untuk saya lebih cenderung kepada muzik rock. Akhirnya saya faham kenapa saya terjebak dengan Blackout sebelum ini.

4 - Iron Maiden - Powerslave (1984) Pertama kali dengar lagu 2 Minute to Midnight dalam satu kaset kompilasi, terus rasa terpikat. Rasanya inilah genre muzik yang saya cari-cari. Tambahan pula pada ketika itu secara kebetulannya, album rock/heavy metal melayu yang pertama, Search- Cinta Buatan Malaysia diterbitkan. Koyak poster Duran Duran, koyak poster Spandau Ballet...kini bilik saya penuh pula dengan poster Iron Maiden, Motley Crue, Dio dan lain-lain...and the rest is history...

5 - Yngwie J. Malmsteen' s Rising Force - Marching Out (1985) - Zaman kemaruk dengan heavy metal. Malmsteen adalah antara pengaruh saya untuk memiliki kumpulan sendiri dan menjadi gitar hero. Malangnya saya tangan bangku. Pernah juga bermain bass bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan di sekolah. Pergi jamming tiap-tiap minggu adalah pencapaian tertinggi saya sebagai pemuzik. Memang tak berbakat. Jadilah tukar dengar sahaja sehingga kini...

6 - Megadeth - Peace Sells... but Who's Buying (1986) Pertama kali dengar baru tahu ada lagu lain yang lebih berat, lebih laju dari Iron Maiden. Ini adalah permulaan untuk saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem.

7 - Metallica - Master of Puppets (1986) Satu perkataan Wow!!!!..... selepas inilah baru kenal apa itu thrash metal dan ianya adalah genre muzik yang saya minat sehingga sekarang.

8 - Helloween - Keeper Of The Seven Keys Pt 11 (1988) Mereka dan Manowar membuka saya kepada satu lagi genre metal yang saya minati. Selain thrash, saya jugak agak kemaruk dengan genre Power metal. Kena sebut juga, Savatage adalah salah satu darinya (maklumlah kipas susah nak matiπŸ˜€)

9 - Sepultura - Beneath The Remains (1989) Ini adalah album yang membuatkan saya mula terjebak dengan extreme metal. Mula terpengaruh dengan death metal walaupun Sepultura mungkin bukan death metal tetapi ianya membuka jalan untuk saya mengenali band-band seperti Morbid Angel, Death, Obituary dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Zaman remaja yang mana apa yang bukan extreme adalah poseur...hahaha...

Sekian. Terima Kasih.







Tuesday, October 31, 2017

Schizophrenia

Yang menyambut ulangtahun ke 30, semalam (30hb October)


Sepultura - Schizophrenia (1987)

Penghujung 80an dulu ini adalah antara album yang menunjukkan anda seorang mat thrash. Cukup popular dikalangan mat thrash melayu. Majoriti rakan-rakan saya mempunyai kasetnya. Poser la kalau tak ada....dan saya adalah antara yang tiada...memang lah poser....haha...


Pengenalan pertama saya kepada Sepultura adalah pada tahun 1989 dengan album Beneath The Remains. Sejak itu terus jadi minat. Kemudiannya baru mencari album-album yang sebelumnya. Saya kurang gemar dengan produksi sound Schizophrenia. Mendap. Ianya menjadi penyebab kenapa saya tidak membeli kasetnya selain masalah kekangan kewangan seorang pelajar.

Produksi sound mereka menjadi bertambah baik selepas dari ini. Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD adalah antara produk terbaik mereka terutamanya dari segi sound. Sayangnya mereka tidak lagi bermain thrash selepas itu.

Namun begitu Schizophrenia adalah album thrash yang bagus. Elemen utama thrash adalah rif-rif angguk kepala. Schizophrenia mempunyai begitu banyak rif-rif yang sebegitu. Bagi saya, Andreas Kisser hanyalah seorang gitaris yang biasa-biasa...tetapi beliau bersama Max Cavalera banyak menghasilkan rif-rif thrash yang padu. Ianya adalah kekuatan utama Sepultura.

Best!




Wednesday, September 27, 2017

Thrash 87-91




Destruction - Release From Agony (1987) Morbid Angel - Altars Of Madness (1989) Xentrix - For Whose Advantage? (1990) Sepultura - Arise (1991)


Cd-cd yang berputar di rumah sepanjang minggu lalu....

Ok mungkin Altars bukan thrash...tapi pada ketika itu semua pun orang panggil thrash....dan tertinggal pula untuk mendengar album dari tahun 1988....


*entri tak ada idea...hahaha...




Thursday, November 10, 2016

Morbid Visions

Menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 10hb November...


Sepultura - Morbid Visions (1986)

Morbid Visions membuktikan yang sememangnya tahun 1986 adalah antara tahun terbaik untuk metal. Memang banyak album yang berpengaruh lahir pada tahun tersebut. Pada saya Morbid Visions adalah lebih kepada death metal berbanding thrash yang mempopularkan mereka kemudiannya.

Ini bukanlah yang terbaik dari mereka. Tetapi dari sinilah mereka bermula. Ketika itu mereka hanyalah sekadar pemuda belasan tahun dari Brazil yang memberontak (rebellious) dengan bajet studio yang kecil. Skill permainan muzik tahap amatur. Kualiti sound yang kasar dan produksi yang kurang elok. Komposisi lagu yang penuh dengan pengaruh Celtic Frost, Venom dan Slayer. (Di dalam inlay cd remaster ini, ada tertulis yang Max mengakui yang Morbid Visions adalah ilham dari Morbid Tales - Celtic Frost). Tetapi inilah tapak yang mengenalkan mereka kepada dunia.


Sepultura pertama saya adalah Beneath The Remains (1989) kemudian baru kebelakang dengan Schizophrenia dan Morbid Visions. Maka sudah pastinya produksi bersih dan lagu lagu mantap dalam Beneath The Remains membuatkan saya agak kurang berminat dengan Morbid Visions terutamanya dalam soal sound dan produksinya. Saya pernah terbaca yang Max Cavalera sendiri kurang gemar dengan produksi Morbid Vision.

Namun begitu ada juga lagu yang bagus. Troops of Doom pada saya adalah antara karya terbaik mereka. Necromancer juga. Bukanlah yang terbaik tetapi mereka mejadi semakin bagus selepas dari ini...



Monday, July 11, 2016

Roots

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 20hb Februari yang lalu...


Sepultura - Roots (1996)

Album yang membuatkan saya meninggalkan Sepultura. Bukan kerana tidak bagus tetapi muzik mereka telah berubah. Nu metal ataupun groove metal adalah satu genre yang sukar untuk saya hadam.

Tak boleh salahkan mereka. Selepas berjaya keluar dari kelompok underground dan menjadi popular dengan album-album sebelumnya, mungkin ini masanya untuk mereka kembali kepada asal usul tradisi muzik mereka. Rasanya kalau saya pun ada band sebesar Sepultura, pastinya saya juga akan melakukan seperti mereka. Inilah peluang untuk mengenalkan budaya asal usul kita. Mungkin itu yang cuba dilakukan oleh Max Cavalera dan rakan-rakannya.


Pengaruh muzik "tribal" mempelopori album ini. "Ratamahatta" adalah contohnya. Banyak penggunaan alatan gendang dari Brazil. Mungkin sesuatu yang baru pada ketika itu sehinggakan orang seperti saya merasakan agak sukar untuk hadam. Ramai yang kata muzik mereka macam Korn. Tetapi saya tidak mendengar Korn, makanya saya tidak pasti jika ada persamaannya di situ.

Kalau ada pun yang menarik perhatian saya adalah ketukan drum Igor. Memang power!

Bukan secawan kopi saya.



Monday, March 17, 2014

Point Blank

Yang menyambut ulangtahun ke 20.


Nailbomb - Point Blank (1994)

Sambungan dari entri >INI<

Seperti yang dikatakan sebelum ini, saya adalah fan boy Max dan Sepultura sebelum mereka ber"experiment" dengan world music dalam album Roots. Sudah semestinya album side projek ini sesuatu yang saya tunggu-tunggu.

Saya tidak tahu siapa dia Alex Newport dan Fudge Tunnel. Tetapi pertama kali mendengar Nailbomb saya merasakan ada sedikit kesinambungan dari album Choas AD. Terutamanya elemen hardcore punk dan industrial seperti yang ada pada lagu "Biotech Is Godzilla".

Selepas mendengar Fudge Tunnel, kesimpulan saya terhadap Nailbomb adalah gabungan antara riff-riff thrash Sepultura dan sound berat,kasar Fudge Tunnel yang di"industrial"kan. Menarik juga terutamanya bila ada sedikit kedengaran seperti Sepultura yang lama.

Walaubagaimanapun disebabkan muzik industrial bukanlah makanan saya. Point Blank bukanlah sesuatu yang saya enjoy sangat. Namun ianya lebih menarik dan lebih metal jika hendak dibandingkan dengan Roots atau Sepultura yang baru mahupun Soulfly. (Hanya pandangan saya - saya pencen mendengar Sepultura selepas album Against dan Soulfly hanya album pertama)

Lagu yang menjadi kegemaran saya adalah "Guerrillas". Riff thrash ala Sepulturanya memang saya suka. Sekurang-kurangnya industrial Pointblank tidak terlampau mengarut dan masih ada pengaruh thrash.


*kaset yang dijual di Malaysia gambar kavernya kena censored...muncung senapang kat kepala tu tu kena tutup...





Monday, March 3, 2014

The Complicated Futility of Ignorance

Album yang dah 20 tahun...


Fudge Tunnel - The Complicated Futility of Ignorance (1994)

(Rasanya tak ramai yang tau pasal Fudge Tunnel. Tapi mungkin ramai yang tahu Nailbomb. Band side projek Max Cavalera bersama dengan vokalist dan gitarist Fudge Tunnel, Alex Newport.)

Sebagai mukadimah, sebenarnya saya terserempak dengan seorang brader yang memakai t-shirt Nailbomb di UO, Plaza Angsana,Johor Bahru beberapa minggu yang lalu. Saya tak pasti apakah beliau benar-benar tahu apa itu Nailbomb atau sekadar memakainya sebagai pakaian basahan. Kerana beliau memakainya semasa bekerja di store UO dan kondisi t-shirtnya agak lusuh. Tapi yang pastinya imej kaver Point Blank di t-shirt tersebut membuatkan saya teringat-ingat yang saya ada kasetnya suatu masa dahulu.

Saya telah mengembur hampir separuh dari koleksi kaset saya tapi yang saya terjumpa setakat ini hanyalah kaset ini. Nantilah ada masa yang lain akan saya kembur lagi sebahagiannya untuk bercerita perihal Nailbomb. Tapi untuk kali ini...entrinya berkisarkan kaset The Complicated Futility of Ignorance, Alex Newport dan Fudge Tunnel.

Jujurnya sebelum era Roots, saya adalah fanboy Sepultura terutamanya Max Cavalera. Sudah semestinya apa-apa rilisan beliau akan saya ikuti termasuklah Nailbomb. Kaset The Complicated Futility of Ignorance ini saya beli semata-mata kerana saya rasa tertarik hati nak tau bagaimana agaknya muzik asal Alex Newport. Memang sebelum itu tak pernah dengar langsung nama Fudge Tunnel. Macam pelik kenapa Max boleh berkerjasama dengan Alex.


Ternyata Fudge Tunnel sedikit berbeza dari Nailbomb. Kalau Nailbomb lebih kepada sound industrial thrash tetapi Fudge Tunnel lebih kepada sludge metal dan doom. Ternyata dari apa yang saya baca yang mengaitkan sound mereka ada pengaruh grunge ada kebenarannya. Sound raw, kasar dan kotor ala Seatle di campurkan dengan distortion gitar metal yang cukup berat. Ada yang best dan ada juga yang agak sukar untuk dihadam.

Mungkin kerana saya bukanlah pengemar sludge atau doom menyebabkan saya agar sukar untuk menerima album ini. Bukan untuk saya tetapi mungkin bersesuaian dengan selera anda. Siapa tahu....





Monday, April 29, 2013

Chaos A.D.

Yang dah cecah 20 tahun...


Sepultura - Chaos A.D. (1993)

"The Beginning of the End". Mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mengambarkan Chaos A.D.
Tapi pastinya ada juga yang tidak akan bersetuju. Biasalah...selera lain-lain.

Chaos A.D. merupakan titik bermulanya perubahan mereka. Ada 2 kemungkinan yang berlaku. Samada mereka mula menjumpai identiti sebenar mereka iaitu tribal sound ala Brazil ataupun mereka cuba mengikuti perubahan semasa dengan memainkan groove metal ala Pantera yang kemudiannya mencetuskan nu-metal.



Tetapi bagi saya, Ini adalah rilisan terakhir dari Sepultura yang boleh masuk kepala. Bermula dari Roots dan ke atas memang malas dah nak ambil tau. Bagi saya Sepultura dah mati selepas itu. Dengan tribal sound (mungkin boleh juga dipanggil world music metal), groove metal dan nu-metal,mereka sudah pastinya akan mendapat peminat baru...mungkin lebih ramai...mereka terus kekal relevan untuk tahun-tahun 90an...tapi tidak untuk saya. Mungkin jika anda pengemar thrash/death metal, anda akan bersetuju.

Chaos A.D tidaklah sehebat Arise. Tak boleh nak banding Beneath The Remains dah ke bawah...ianya memang berlainan. Tetapi tidak boleh dinafikan ianya sebuah album yang baik. Chaos A.D. agak perlahan temponya berbanding Arise. Walaupun begitu masih ada thrashnya. Andreas Kisser bukanlah seorang gitaris yang sangat teknikal. Solo-solonya pun biasa-biasa sahaja tetapi dia sentiasa mempunyai rif-rif yang sangat catchy. Tetapi kunci utama Chaos A.D. terletak kepada Igor Cavalera. Ketukan drumnya memang awesome.


Lagu -lagu seperti Refuse/Resist, Territory, dan Nomad adalah penyelamat untuk mereka. Penyelamat di sini bermaksud peminat-peminat lama mereka sudah pasti akan menyukainya. Manakala Biotech Is Godzilla membuka lembaran baru dengan elemen hardcore punk mereka.

Kesimpulannya ia adalah sebuah album yang bagus tetapi ada lagi yang bagus yang pernah dihasilkan oleh mereka. Band perlu berevolusi...tetapi tidak semuanya akan diterima peminat. Chaos A.D adalah legasi  thrash terakhir dari Sepultura....sekurang-sekurangnya itulah yang saya rasakan.




Tuesday, June 21, 2011

Arise

Sambung lagi cerita pasal album dari tahun 1991...kali ni dari salah satu album fav. aku dari tahun tu...Arise dari Sepultura...



Kebetulan kan Sepultura baru jer rilis album terbaru dorang..Kairos...tapi tu la...dah lama aku tinggal Sepultura ni...sejak2 menyampah dengar Roots...pastu terkena pulak dengan Against...ni kaset (Roots) dan cd (Against) kalau ada sapa2 nak trade/beli memang aku berbesar hati la...ni dua2 tak sampai 5 kali pun aku bukak...hampeh!...memang bukan taste aku...Dua2 ni antara yang aku menyesal beli..maklum la dulu2 tak leh cekidot kat internet sebelum beli...

Tapi...sebelum dorang mengarut dengan tribal sound sejak zaman Roots...Sepultura masa tahun 1991 ni adalah band thrash yang paling aku minat sekali...memang aku suka...maklum la Metallica pun dah start lembek tu jam kan...kira Sepultura dan kemunculan Pantera la membuatkan budak2 macam aku rasa teruja...kira dorang ni penyelamat thrash metal la..



kalau "Beneath the Remains" membuka ruangan mereka ke mainstream...Arise pula mengukuhkan kedudukan tersebut..bagi aku Arise masih kuat thrashnya walaupun sedikit perlahan temponya berbanding Beneath.....dan mungkin jugak ini pure thrash yang terakhir dari sepultura...kerana bermula dari Choas AD...muzik mereka telah mula berexperimental dengan tribal sound....

Aku suka semua lagu dari album ni...terutamanya Arise, Dead Embryonic Cells, Desperate Cry, Altered State dan Under Siege...yang menariknya sepultura zaman ni bukanlah pada solo2 gitarnya...tapi lebih pada riff2 yang dihasilkan oleh cavalera dan kisser...memang syok untuk layan angguk kepala...sesuatu yang dah kurang pada sepultura sekarang...



Apa yang aku ingat masa tahun 1991 tu...tv malaysia (aku tak ingat tv3 ker apa..) ada tayang satu rancangan chart show...kekadang ada minggu yang tayang rock chart...salah satu minggu tu video clip "Under Siege" keluar tv...walaupun sekejap bukannya satu lagu penuh...tu pun aku dah senyum meleret siap rakam guna vhs lagi...giler ahh..sepultura keluar national tv....perghhhh...(satu lagi video clips yang keluar tv ialah Kid Of the Century - Helloween)..


Cd ni aku beli kat Tower Records KL Plaza...memang banyak daripada koleksi2 cd aku beli kat situ...sticker harga pun tak kopek lagi...saja buat kenangan perbandigan rega cd zaman dulu..


Apa2 pun...album ni memang rekomended...ramai fan komplen pasal album baru Morbid Angel mengarut...aku rasa itulah perasaan aku bila dengar Sepultura Roots....bagi aku Sepultura dah mati selepas Chaos AD...

Sunday, May 31, 2009

Beneath The Remains

Sebut pasal thrash metal..Reign In Blood,Master Of Puppet,Ride The Lightning,Agent Orange,Pleasure To Kill,Rust In Peace,Peace Sells,The Year Of Decay,Bonded By Blood,Spreading The Disease,The Legacy,Alice In Hell dan macam2 tittle lagi la (aku pun tak leh nak ingat dah..) yang kebanyakan peminat2 metal dan aku sendiri berbeza pendapat kalau nak pilih top 5 album terbaik thrash metal...tapi bagi aku album ke 3 Sepultura iaitu Beneath The Remains sudah pasti ada dalam list tersebut...



Kenapa Beneath The Remains?...kerana inilah album pertama Sepultura yang bagus dari segi produksinya..yang soundnya clear...growl Max Cavalera yang aku dapat tangkap bunyi butirnya...maklum la Scott Burns producer...2 album sebelum itu Morbid Visions dan Schizophrenia bukan tak bagus dari segi lagunya...tapi soundnya...alahai..sakit telinga..tak clear..tenggelam..potong ahh...Arise pun best...Chaos A.D ok ok la...err...tapi album yang selepas tu...malas nak citer...Sepultura bagi aku takat Chaos A.D jer...yg selepas tu aku tak campur dah...hampeh!!...berbalik pada persoalan tadi...pada aku Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD..ketiga2nya aku minat...tetapi Beneath the Remains ada nilai2 nostalgia yang lebih pada aku...tu pasal aku pilih album ni..



Ramai yang kata ini Reign In Blood 2...memang tak dinafikan banyak pengaruh Slayer dalam ni...kalau nak tau apa tu thrash...album ni memang sesuai sebagai rujukan..lagu dari track no 1 sampai 4...Beneath The Remians, Inner Self, Stronger Than Hate dan Mass Hypnosis (kalau zaman kaset Side A) memang menjadi favourite aku...paling catchy dan paling slow dah tentulah Inner Self...tapi bukan slow "slow rock" la..masih berdentum jugak..solo Andreas pun best dalam lagu ni..kalau side B tu...Lobotomy dan Primitive Future...satu lagi yg aku suka adalah ketukan drum Igor...perghhh...hebat!



Untuk yang tak berapa nak metal...nak tau pasal Sepultura...check je kat sini...Siapa sangka...negara yang asyik bersamba dan bolasepak ni boleh menghasilkan sebuah band lagenda thrash metal...kalau korang rajin...boleh klik kat gambar inlay cd bawah ni untuk baca camner ceritanya Max Cavalera berjaya mendapat kontrak dengan label besar Roadrunner Record untuk album ni..





Cd aku ni adalah versi remaster thn 1997...satu yang aku suka kalau beli versi remaster ni...biasanya mesti ada bonus lagu dan cerita2 berkenaan album tersebut..contohnya kat gambar2 atas tadi dan bawah ini...surat kamikaze english Max kepasa A&R Roadrunner Records, Monte Conner pun ada...hehe..



Dulu aku ada versi kaset...beli thn 89 dulu...tapi tak tau dah kemana menghilangnya..pada masa tu memang kaset tu boleh dikatakan menjadi sumber inspirasi aku tiap2 malam masa study...kalau nak karaoke lagu2 dari album ni tanpa tengok lirik pun aku boleh...dulu la...sekarang jangan...hehe...

Apa2 pun bila sekali sekala nak layan lagu2 hanguk kepala tak ingat dunia...album ni la antara yang menjadi pilihan.