Monday, May 27, 2019

Cd 2019 Bahagian 5



Lagi pembelian cd-cd terkini di pasaran. Kedua-duanya diterbitkan pada bulan Mac yang lalu. Dan seperi kebiasannya, kedua-duanya juga adalah band orang-orang tua...huhu...

Shock dari Tesla adalah album baru. Album studio ke 8 dari mereka. Manakala The Dirt dari Mötley Crüe pula adalah sebuah album soundtrack kepada filem biography mereka, The Dirt.

Nantilah bila dah khatam kedua-duanya bolehlah buat sedikit ulasan....

Rock Jalan Terus...!




Thursday, May 23, 2019

I, the Mask



In Flames - I, the Mask (2019)

Tidak mengikuti sangat perkembangan mereka sejak dari album Reroute to Remain (2002). Arah tuju In Flames sejak dari album tersebut memang tidak berapa kena dengan selera.

Ini adalah percubaan untuk kembali mendengar In Flames. Ternyata meraka telah jauh meninggalkan muzik melodic death metal yang menjadi awalan mereka. Tidaklah kecewa. Benda yang dah boleh di agak pun. Tetapi tipulah kalau kata tidak mengharapkan mereka untuk kembali ke era tersebut.


Cuba juga mendengar Battles (2016) (album sebelum) sebagai perbandingan. Ternyata I, The Mask lebih baik. Ada beberapa lagunya yang menarik. Ada momen-momennya. Tetapi ianya tidak konsisten.

I, the Mask rasanya lebih sesuai untuk peminat metalcore, alternative metal atau apa sahaja label muzik yang sebegini. Kena tanya mereka. Sedap lah kot agaknya. Tetapi yang nak melodic death metal seperti saya, kita bernostagia sahajalah dengan The Jester Race (1996), Whoracle (1997), Colony (1999) dan Clayman (2000).




Sunday, May 19, 2019

The Door to Doom



Candlemass - The Door to Doom (2019)

Mereka bolehlah dikatakan sebagai bapa kepada genre doom metal. Walaupun muzik sebegini di pelopori oleh Black Sabbath, tetapi mereka lah antara yang terawal mempopularkannya menjadi suatu genre. Malah perkataan doom itu sendiri dikatakan berasal dari tajuk album pertama mereka, Epicus Doomicus Metallicus (1986)

Ketika tahun 80an dulu memang tak berpeluang nak dengar. Tak jumpa kasetnya dimana-mana di kawasan Johor Bahru. Tempat lain tak tahu lah. Tetapi bila kemudiannya dapat dengar, tak adalah rasa minat sangat pun. Telinga ini memang agak susah juga nak hadam genre yang sebegini.


Namun begitu ada juga lagu-lagu mereka yang menarik. Ada juga yang suka. Dan beli juga beberapa cd mereka. Bila dapat tahu yang Johan Langquist (penyanyi asal ketika album Epicus Doomicus Metallicus) kembali untuk album ini, memang tak pikir panjang. Terus beli.

Gambar covernya pun dah mengembalikan nostalgia Epicus Doomicus Metallicus. Tetapi muziknya tidaklah 100% seperti itu. Sound mereka dah lama moden. Tetapi yang pentingnya ia masih lagi straight-forward doom metal. Tidak langsung mengecewakan.

Jika anda pengemar doom metal yang suka bernostalgia. Ini memang patut jadi milik anda. Ada juga penampilan Tony Iommi  untuk lagu "Astorolus - The Great Octopus". Kalau saya yang bukan pengemar doom metal pun suka. Apatah lagi yang suka...



Tuesday, May 14, 2019

CD 2019 - Bahagian 4


Yang orang puteh dah... yang K-POP pun dah...kali ni yang tempatan pula....

Darklord  ‎– Diabolical Onslaught  &  Langsuir ‎– Cemar

Rasanya yang mengikuti perkembangan extreme metal tempatan pasti kenal dengan 2 nama ni. Terutamanya Langsuir la kan. Dua-dua pun band lama. Darklord lebih kepada black metal menakala Langsuir pula tearah kepada melodic death metal.

Nanti kalau rajin la kita ceritalah lebih lanjut...untuk sekarang ...cuma nak cakap marilah menyokong produk tempatan. Terimakasih.



Friday, May 10, 2019

The Wings of War



Overkill - The Wings of War (2019)

Macam baru lagi rasanya dengar The Grinding Wheel. Dah keluar lagi album baru. Tidak dapat dinafikan mereka adalah antara yang paling konsisten dalam mengeluarkan album baru. Ni yang no.19.

Dengan Overkill tak perlu kot untuk pra dengar. Nampak jual, terus beli. Dan ternyata ianya memang betul. Semenjak Ironbound (2010), mereka terus-terusan menghasilkan album-album thrash yang berkualiti.

Tetapi biasalah, tak semua orang sependapat. Ada yang kata mereka adalah ACDC of thrash. Formula yang sama berulang-ulang. Tiada yang segar. Tetapi bagi saya, dengan umur mereka sekarang. Tiada apa lagu yang perlu mereka kejar. Tak perlu lagi sebarang perubahan. Zaman 90an sudah cukup untuk mereka berevolusi.


Mereka adalah Overkill. Nama yang lejen dalam muzik thrash. Mereka hanya perlu bermain seperti Overkill. Kalau kebetulan ada yang baru nak mengenal mereka dan rasa minat. Maka inilah muzik Overkill.

Secara kesimpulannya, The Wings of War adalah kesinambungan dari beberapa album mereka yang lepas. Tetapi ianya lebih melodic dan variasi. Untuk band yang bermula dari era 80an dan penyanyinya sudah hampir mencapai usia 60an, menghasilkan album dengan tenaga yang tinggi seperti ini sememangnya sesuatu yang luar biasa.

Mereka sekali lagi tidak mengecewakan. Antara pilihan album kegemaran untuk 2019.



Monday, May 6, 2019

CD 2019 Pt 3 - BTS


BTS - Map of the soul : Persona

Betul. Anda tak salah blog.

Dah zaman sekarang zaman K-Pop, kenalah ikut trend...kahkahkahkah.....

Tapi dasyat jugak kan album/ep BTS ni. Dapat no 1 di Billboards Top 200 albums. Yang ketiga di posisi no 1 dalam tempah setahun. Sama rekod macam Beatles. Tapi tu lah kan... kalau ko hidup zaman Duran Duran...tetap macamana pun telinga tua ko ni memang tak boleh nak terima...kahkahkah....

Sebenarnya ini anak yang beli. Sedikit sebanyak penyakit bapak tersangkut juga kat anak...haha...tapi yang bagusnya...sekurang-kurangnya tahu dah yang koleksi cd kat rumah tu akan berada di tangan yang selamat...

Dont worry bro...ni masih blog rock n roll... \m/

Thursday, May 2, 2019

Distance over Time



Dream Theater - Distance over Time (2019)

Saya bukan peminat tegar. Hanya casual listener untuk Dream Theater. Beli pun setakat dari album Images and Words (1992) hingga ke Falling into Infinity (1997). Muzik progressif yang terlampau teknikal memang rasa susah nak hadam. Tambah pulak bila lagunya panjang-panjang..

Tapi bila dengar album terbaru ni rasa macam ok pula. Lagunya lebih mudah hadam. Dan ianya antara album mereka yang paling pendek. Tak sampai pun satu jam. Lagu-lagunya mengembalikan ingatan saya kepada Dream Theater yang lama. Ada bunyian seperti Images and Words.


Jika anda seperti saya yang menjauhkan diri dari mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin album ini adalah tempatnya untuk anda kembali semula kepada mereka.

Adakah ini album terbaik mereka untuk era Mike Mangini? Jawapan saya adalah YA.