Showing posts with label Van Halen. Show all posts
Showing posts with label Van Halen. Show all posts

Wednesday, March 25, 2026

5150

Remembering my youth - 40th anniversary

Van Halen - 5150 (24/03/1986)

Walaupun saya telah mendengar beberapa lagu dari era David Lee Roth sebelumnya, tetapi ini adalah album penuh Van Halen saya yang pertama. 

Ianya adalah penyebab mengapa album ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi dan era Van Hagar adalah era untuk saya.


Wednesday, January 17, 2024

MCMLXXXIV

Sempena ulang tahunnya yang ke 40 pada 9hb Januari yang lalu...

Malas lah nak menulis...tampal sahajalah dari Facebook. Satu cakap melayu satu lagi konon-konon speaking London.

Van Halen - MCMLXXXIV (1984)




Wednesday, October 7, 2020

And the cradle will rock...

Lagi berita sedih. Banyak pula berita sedih untuk tahun 2020 ni. Kali ini dikejutkan pula dengan pemergian salah seorang gitar hero dan idola saya sejak dari zaman awal remaja… 


Beliau memang idola la. Terer main gitar. Hensem. Kahwin dengan actress. Budak rock mana la yang membesar pada tahun 80an yang tidak mahu menjadi rockstar seperti beliau.

Lagu Van Halen saya yang pertama bukannya "Jump", tetapi "I'll Wait" (dari album yang sama,1984) yang saya dengar dari kaset kompilasi cetak rompak lagu-lagu pop hits zaman tersebut. Tetapi yang tidak saya sedari, saya telah terlebih dulu mendengar lagu "You really Got Me" (dari album pertama 1978) yang pada ketika itu saya tak tahu pun siapa penyanyinya.

Popular lagu ni di sekitar JB pada awal 80an dulu. Band kerja kahwin memang selalu main sampaikan Search pun cover lagu ni dalam album Cinta Buatan Malaysia. Bila lagu "Jump" meletup, terutamanya selepas menonton rancangan "Playback 84" di tv, baru saya tahu yang Van Halen adalah sebuah kumpulan rock dan Eddie adalah seorang pemain gitar yang hebat....and the rest is history...


Rasanya inilah penamat untuk band Van Halen. Tiada siapa yang berhak untuk menggantikan beliau. Selain dari Ritchie Blackmore, Yngwie Malmsteen dan Michael Schenker, beliaulah antara pengaruh terbesar kepada semua gitaris dunia rock melayu pada tahun-tahun 80an dahulu. 


Kenangan menconteng logo Van Halen di meja dan dinding sekolah, mendengar kaset 5150 berulang-ulang kali (album penuh mereka yang pertama untuk saya) dan bercita-cita untuk menjadi gitar hero seperti beliau akan tetap menjadi kenangan....


Thanks for the music

Edward Lodewijk Van Halen

 January 26, 1955 – October 6, 2020


Wednesday, February 14, 2018

Van Halen

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...


Van Halen - Van Halen (1978)

Album ini memang banyak pengaruhnya kepada mat rock awal 80an. Tambah-tambah jika anda bermain gitar. Siapa tak kenal Eddie Van Halen. Rasanya majoriti gitaris rock Malaysia zaman awal 80an menjadikan beliau sebagai idola. Hillary Ang contohnya.

Saya sendiri ketika budak-budak sebelum tau apa itu muzik rock, dah biasa dah dengar nama dan lihat logo Van Halen walaupun tak pasti lagunya macamana. Selalu juga dengar lagu "You Really Got Me" dimainkan oleh band-band rock kerja kawin disekitar kampung saya di Johor. Maka tak pelik lah kalau Kumpulan Search mengambil lagu tersebut untuk album pertama mereka (lagu Sirih dan Gambir)


Bagi saya ini adalah salah satu debut album rock terbaik dalam sejarah. Mendengar intro gitar "Runnin' With The Devil" sahaja sudah cukup mengujakan. "Eruption" pula mengesahkan status Eddie Van Halen sebagai seorang gitaris yang lain dari yang lain. Majoriti lagu-lagunya memang bagus. "Ain't Talkin' 'bout Love" adalah pilihan saya.

Beliau bersama David Le Roth telah mengubah sejarah muzik rock untuk selama-lamanya.


Monday, January 16, 2017

Van Halen - Best Of Volume 1

Lagi entri yang tertinggal dari tahun lepas...(ada lagi sikit ni...)

Dah 20 21 tahun..


Van Halen - Best Of Volume 1 (1996)

Kalau anda baru nak dengar Van Halen tetapi tak pasti nak bermula dari mana, mungkin Best Of Volume 1 adalah antara pilihan yang tepat. Ia mangandungi lagu-lagu hits mereka dari album pertama, Van Halen (1978) hingga ke album 10, Balance (1995).

Namun begitu tidak ada satu lagu pun dari album ke 5, Diver Down (1982) tetapi turut juga memuatkan lagu "Humans Being" dari runut bunyi filem Twister (1996) dan 2 lagu baru re-union mereka bersama David Lee Roth.


Album ini dapat mengambarkan keseluruhan perjalanan karier mereka dari zaman David Lee Roth sehinggalah ke zaman Sammy Hagar. Dari sound rock n roll 70an hingga ke new wave 80an dan modern rock 90an. Tak kisah apa zaman pun tetapi yang paling utama sudah semestinya keistimewan petikan gitar Eddie Van Halen.

Memang Terbaik!




Monday, April 18, 2016

5150

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb mac yang lalu.


Van Halen - 5150 (1986)

1986 adalah tahun yang saya mula kemaruk untuk mendengar pelbagai album rock/metal orang putih. Salah satu darinya adalah 5150. Ianya sebuah kaset versi cetak rompak kepunyaan abang. Van Halen terutamanya album 5150 adalah kegemaran beliau.

Walaupun saya mula kenal Van Halen melalui lagu "Jumps" dan "I'll Wait" dari zaman David Lee Roth. Tetapi album inilah yang membuatkan saya betul-betul terjebak dengan mereka. Sebelum itu saya lebih banyak membaca gossip tentang Eddie Van Halen di dalam majalah hiburan berbanding mendengar lagu-lagu mereka. Maklumlah Eddie memang agak glamour pada ketika itu terutamanya apabila beliau berkahwin dengan pelakon sitcom "One Day at a Time"Valerie Bertinelli. Sesiapa yang membesar di awal 80an pasti tahu tentang cerita ini.


Tak banyak band yang menukar vokalis di zaman kemuncak tetapi masih boleh bertahan malah lebih berjaya dari zaman vokalis asal. (ACDC adalah salah satu darinya). Ini adalah permulaan dari 4 album zaman Sammy Hagar. Kalau 1984 kurang bernasib baik sekadar menduduki carta no 2 Billboard 200 di belakang Michael Jackson - Thriller tetapi 5150 terus melonjak ke tangga pertama walaupun tanpa kelibat David Lee Roth.

Kekuatan album ini selain petikan gitar Eddie Van Halen, pada saya terletak kepada vokal dan kebolehan Sammy Hagar menghasilkan lagu-lagu yang melodic. "Why Can't This Be Love"  , "Dreams" dan "Love Walks In" adalah 3 lagu terbaik mereka yang saya rasakan sukar untuk mereka ulangi pada album-album mereka yang seterusnya.


Saya tidak mempunyai versi kaset. Versi cd pula sudah hilang "cover"nya. Tetapi saya mempunyai versi piring hitam. Jelas dan nyata gambar Rick Valente bergaya sebagai Atlas mengangkat dunia. Masa budak-budak dulu rajin juga membelek gambar cover tersebut kerana saya sering menyangka yang ianya gambar si Hulk, Lou Ferrigno. Sekarang terasa macam gay pula bila membelek-belek gambar covernya...hahahaha....





Saturday, January 24, 2015

Balance

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini (24hb Januari)


Van Halen - Balance (1995)

Awalnya agak kurang berminat. Pada saya album-album mereka selepas dari 5150 agak kurang menarik. Tetapi lagu "Can't Stop Lovin' You" membuatkan saya tertarik untuk mencuba. Ianya mengingatkan saya pada era 5150. Lagu "Dreams" contohnya.

Balance adalah kesinambungan dari "For Unlawful Carnal Knowledge". Bezanya ia berbunyi lebih seperti Van Halen yang lama berbanding Sammy Hagar solo. Itu yang membuatkan saya tertarik. Ianya seolah-olah mereka kembali ke zaman 5150 tetapi dengan sound yang lebih berat, gelap dan tiada keyboards.

Banyak band yang berubah arah bila memasuki era 90an. Tetapi tidak bagi Van Halen. Siapa kata muzik hard rock tiada tempat dalam tahun 90an. Siapa kata gitar hero tidak dipedulikan dalam tahun 90an. Siapa kata tidak perlu lagi solo bergulung dalam lagu. Van Halen telah membuktikan sebaliknya.


Balance berjaya menduduki kedudukan no 1 di carta Billboard dan terjual sebanyak 3 juta unit (USA sahaja) dalam tempoh 3 bulan lebih selepas ia di edarkan. Ini membuktikan anda tidak perlu untuk menukar "sound" band anda menjadi grunge untuk terus kekal relevan di era 90an.

Pada saya ini album terbaik Van Halen Mk 11 selepas 5150. Mungkin kerana 5150 lebih nilai nostalgianya maka pada saya Balance "is a close second".

Riff dan solo Eddie Van Halen tidak pernah menghampakan saya. Tabik!!!




Monday, July 21, 2014

1984 (MCMLXXXIV)

sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 30...


Van Halen - 1984 (MCMLXXXIV)  (1984)

Ketika saya berada di tahun 1984, 30 tahun sebelum itu (1954) adalah satu tahun yang pada saya tersangat lama dah...tua...klasik sangat. Tapi bila saya berada di tahun 2014, saya rasakan 1984 tu macam baru sangat...macam masih relevan untuk hari ini....tak rasa pun 1984 tu dah tahap klasik...barang lama...ni la kot bila tak sedar diri sebenarnya dah tua....hahahaha...

Apa-apa pun pada tahun1984, saya masih dalam deman new wave..terutamanya Duran Duran. Lagu "Jump" dan "I'll Wait" adalah antara lagu popular yang sering terselit dalam kompilasi lagu-lagu pop popular ketika itu. Kalau tak tahu siapa penyanyinya, sudah pasti saya ingatkan ianya lagu-lagu pop new wave. Sama kes seperti pertama kali mendengar "Mr Roboto" dari Styx ataupun "Owner Of A Lonely Heart" dari Yes.

Video clip "Jump" pertama kali saya tonton pada rancangan Play Back 84 (kalau tak silap begitulah tajuk rancangan yang disiarkan oleh TV3 pada tahun 1985 dulu). Pertama kali dapat menonton kumpulan rock di kaca tv memang seronok rasanya. Zaman tu mana ada youtube kan...kalau tak keluar kat tv takder can la nak nengok video clipnya.


Apa-apu pun bagi sesetengan pengemar lama Van Halen, album 1984 adalah album yang terlampau komersial bagi mereka. Beginning of the end. Sememangnya album ini lah yang mengenalkan mereka ke dunia maistream. Tak dapat no 1 di carta Billboard pun semata-mata kerana kalah kepada Thriller dari Michael Jackson.

Tetapi bagi saya yang ketika itu baru nak berjinak-jinak menjadi mat rock takder masalah pun dengan bunyian keyboard Eddie Van Halen. Saya mula betul-betul mengikutii perkembangan mereka bermula dari album 5150, makanya album era David Lee Roth ni bukanlah betul-betul zaman saya. Tetapi lagu-lagu seperti "Panama", "Hot For Teacher" dan "Top Jimmy" memang saya suka terutamanya bahagian kerja gitar Eddie Van Halen.

Catatan tahun 2009 saya untuk album ni boleh di baca di >SINI<







Thursday, May 15, 2014

Throwback Thursday : US Festival 1983 - Heavy Metal Day



Lama dah cari dvd ni. Tak sangka pula boleh jumpa. Selain dari Dortmund Rock Pop Festival - 1983, memang teringin nak ada ada dvd ni. Versi sedut memang dah ada dah. Akhirnya terjumpa juga dengan harga RM19.90 di Harris Bookstore, AEON Tebrau City Shopping Centre JB.

Sayangnya versi yang ini tak cukup sempurna. Tiada Motley Crue. Kualiti gambar dan soundnya pun lebih kurang sama macam versi sedut. Nak buat macama...ini pun bukannya official release. Kalau tak silap satu-satunya official release dvd festival ini hanyalah "US Festival 1983 Days 1 – 3". Tapi tak best pun. Day 1 (New Wave Day) dan Day 3 (Rock Day) tu artisnya tak berapa menarik sangat. Lainlah kalau ada Duran Duran ker apa. Tambah pula Day 2 (Heavy Metal Day) cuma tunjuk Judas Priest, Scorpions dan Triumph sahaja.


Tapi dvd ni kira ok la dari takder. Sayangnya satu band tu cuma 2,3 lagu sahaja. Tapi kalau nak tengok set list penuh band-band ni boleh cuba cari kat youtube. Melambak ada.

Rasanya cuma Quiet Riot, Triumph dan Judas Priest ( bonus dvd dalam 30th Anniversary Screaming for Vengeance) sahaja yang pernah officially keluarkan persembahan mereka dalam bentuk dvd. Yang lain-lainnya setakat bootleg. Van Halen mungkin tak akan kot. David Lee Roth malam tu memang kelaut. Tapi dorang memang kaya la. Show malam tu jer dapat US1.5 juta. Pernah masuk dalam 1984 Guinness Book of World Records sebagai artis termahal bayaran dalam sejarah. Hebat!

Antara yang menarik dapat tengok antara persembahan terawal Jake E. Lee dengan Ozzy. Semua pun lagu zaman Randy Rhoads. Pasal lagu-lagu zaman dia belum keluar lagi pada masa tu.

Best!



“It was the day new wave died and rock n’ roll took over” - Vince Neil




Friday, August 2, 2013

Live: Right Here, Right Now

Sambung lagi cerita pasal album live. Sama seperti A Live Dead One, yang ini pun dah masuk 20 tahun.



Van Halen : Live: Right Here, Right Now (1993)


Yang ni pun takder nak komplen sangat. Maklumlah sejak zaman David Le Roth mereka tak pernah ada album live. Ini adalah yang pertama dan satu-satunya. Tak tau lah kenapa. Padahal mereka pemuzik yang hebat-hebat belaka. Memang syok layan solo gitar Eddie dalam album ni.

Layan gambar la sambil bercerita.





Rasanya kalau ada nak komplen pun cuma perihal seleksi lagu-lagunya. Terlampau banyak sangat lagu-lagu dari For Unlawful Carnal Knowledge. Sampai 10 lagu. Mungkin kerana rakaman live ini dibuat semasa tour For Unlawful Carnal Knowledge. Kira promosi la tu. Tapi ada la juga lagu-lagu popular dari zaman 5150 dan OU812.





Cuma yang tak bestnya cuma ada 4 sahaja lagu dari era DLR. "Panama", "Jump", "Ain't Talkin' 'Bout Love" dan "You Really Got Me". Teringin juga nak dengar macamana Sammy Hagar menyanyikan lagu-lagu era DLR yang lainnya macam "Runnin' With the Devil", "Dance the Night Away" atau "Pretty Woman"...Kalau ikut telinga aku memang DLR > SH .



Album ni ada sedikit kontroversi sebenarnya. Ada rumour cakap album ni banyak touch-up. Sammy Hagar lepas kena tendang dari VH dalam buku autobiographynya pun mengaku suara dia rakam semula. Tapi tak tau la betul ker tak. Semua pun ada ego rockstar. Bila gaduh macam-macam cerita keluar.




Menarik tapi kalau ada live dari zaman DLR tentu lagi best.




Monday, December 17, 2012

Diver Down

Lagi album klasik yang dah 30 tahun



Van Halen - Diver Down (1982)

Ada 2 sebab kenapa anda harus mendengar album ini. Lagu "(Oh) Pretty Woman" dan kerja gitar hebat Eddie Van Halen.

Kalau anda pernah menonton filem yang membuatkan Julia Roberts jadi popular "Pretty Woman", tentu anda pernah mendengar lagu "(Oh) Pretty Woman" dari Roy Orbison. Tapi pernahkah anda mendengar lagu itu dalam versi Van Halen? Kalau belum...anda sememangnya belum cukup rock...heheh...

Dulu saya ingatkan lagu ni memang lagu Van Halen. Tapi bila cerita Pretty Woman keluar, baru tahu yang lagu tu lagu cover. Gila best rif dan solo Eddie dalam lagu ni. Video klip dia pun lawak tapi pernah kena banned dengan MTV.



Diver Down bukanlah album penuh Van Halen. Separuh daripadanya adalah lagu2 cover. Antaranya lagu "Where Have All the Good Times Gone! - The Kinks" (lagu ke 2 The Kinks yang VH kaver selepas "You Really Got Me') dan jugak lagu klasik Motown "Dancing in the Street".

Mendengar solo2 Eddie di dalam album ni mengesahkan kenapa nama Eddie Van Halen sentiasa berada di kedudukan atas dalam senarai gitaris terbaik dunia. Walaupun album ini bukanlah album VH yang patut anda ada, tetapi lagu2nya memang sedap2 belaka.

Pada saya, VH zaman David Lee Roth adalah yang terbaik. Walaupun Sammy Hagar pernah menghasilkan klasik album macam 5150 dan Balance. Tetapi tetap tak boleh celen zaman 6 album awal VH termasuk yang ini.



Wednesday, January 11, 2012

For Unlawful Carnal Knowledge


Lagi album yang sepatutnya aku publish tahun lepas...dah 20 21 tahun dah usianya




Van Halen - For Unlawful Carnal Knowledge (1991)

F.U.C.K adalah acronym untuk For Unlawful Carnal Knowledge...sekurang2nya itu lah yang Sammy Hagar maksudkan...album ni adalah 1 daripada 4 album hard rock/metal yang dapat no 1 kat carta Billboard pada tahun 1991 selain Slave To The Grind - Skid Row, Black album - Metallica dan Use Your Illusion II - Guns N Roses...tahun terbaik untuk muzik hard rock/metal...memang susah la nak jumpa camgini lagi...

tapi bagi aku...dari 4 tu...ni lah album yang paling aku kurang suka...tak kisah la kalau dorang menang grammy best hard rock performance untuk album ni...pada aku inilah album Van Halen era Sammy Hagar yang paling aku kurang suka...paling best semestinya 5150...pastu Balance...dan OU812...

Walaupun mereka cuba untuk menjadi lebih heavy...aku rasa macam dah kurang identiti Van Halennya tu...mendengar album ni bagaikan mendengar album solo Sammy Hagar...mungkin telinga aku dah terbiasa dengan Van Halen yang pop sejak 2,3 album sebelum ni...so bila dorang buat heavy...dah tu agak straightforward lagu2nya...menyebabkan aku merasa sedikit bosan...walaupun aku tau ramai pengemar2 Van Halen 70an suka kat album ni...


rasanya yang menjadi penyelamat  untuk aku terus mendengar hanyalah solo2 gitar Eddie Van Halen yang tetap tip top macam biasa...walaupun soundnya sedikit berbeza dari album2 sebelumnya...mungkin kerana Eddie tidak lagi menggunakan Marshall Plexi amplifiernya...sebaliknya menggunakan 1989 Soldano Head...leceh la nak cerita bab teknikal ni...aku pun tak pandai...copy and paste ajer...heheh...

lagu terbaik adalah lagu track pembukaan "Poundcake"...lagu yang Eddie pakai power drill tu...menarik walaupun bukanlah original...idea guna power drill tu kalau tak silap Paul Gilbert dah buat dulu sejak2 zaman dia ngan Racer X lagi....dan secara peribadinya bagi aku...Paul Gilbert main lagi best....tapi tak kisah la...lagu ni memang sedap...kalau tengok versi live lagi best...

satu lagi yang berbeza...album ni Eddie tak guna synthesizer...guna piano betul...contoh boleh dengar kat lagu "Right Now"...rasanya ni lah lagu yang paling terkenal dari album ni...lain2 lagu menarik pada aku adalah "Pleasure Dome", "Runaraound" dan "Top Of The World"....dengarkan solo2 Eddie kat lagu2 ni...memang perghhhh!!!...

btw...dah boleh dengar dah single terbaru dorang "Tatoo"...boleh tahan...terutama part solo Eddie tu...mungkin album baru ni akan masuk wish list aku untuk 2012...


Tuesday, November 29, 2011

Van Halen II

Lagi pasal album rock 70an...kali ini dari tahun 1979...album dari Van Halen...sebenonya aku lebih biasa dengan Van Halen zaman Samy Hagar berbanding David Lee Roth...Van Halen II adalah album ke 3 era David Le Roth yang aku ada...selepas 1984 dan Women And Children First....1984 dulu aku dah cerita...dan bersesuaian ngan entri pasal rock 70an...jom cerita pasal album ni...



VAN HALEN II

Mendengar album ni kita akan mengakui kenapa banyak gitaris2 lain selalu di cop sebagai klon Eddie Van Halen...kalau mendengar album2 hard rock terutamanya di sekitar penghujung 80an...pengaruh permaianan beliau memang jelas boleh didengar...ramai sungguh nak jadi Eddie Van Halen ni rupa2nya...

Van Halen II bukan lah album yang mudah di hadam...bagi aku majoriti album2 zaman David Lee Roth memang macam tu...banding ngan zaman Sammy Hagar yang sangat catchy...tapi disebabkan kerja gitar Eddie Van Halen...setiap lagu2nya menjadi sesuatu yang menarik untuk didengar berulang2 kali...

Aku mengambil sedikit masa untuk menyukai album ni...tapi bila dah masuk...memang sedap album ni...seperti kebanyakan album2 awal Van Halen...mesti ada lagu kaver...walaupun lagu kaver "You're No Good" (Linda Ronstadt???..) tak lah sepopular dan sesedap "You Really Got Me" ataupun "(Oh) Pretty Woman"....tapi ianya diletakkan di track pertama...pelik kan...kenapa lagu ni dipilih untuk menjadi track pembukaan...aku pun tak tau...biasanya lagu2 kaver ni track2 terakhir....

Tapi sememangnya susunan track lagu untuk album ni sedikit pelik...lagu2 yang sedap dan best kebanyakkan di separuh terakhir album ni...kebiasaan album kan lagu2 best letak di awal...nasib lagu paling terkenal dari album ni "Dance the Night Away" di letak kat track ke 2...so takler ler boring kalau 1st time dengar...ni lagu paling pop dan catchy dari album ni...



macam aku cakap tadi...start dari tack no 5 "Outta Love Again"...hingga track 10 "Beautiful Girls"...semuanya bagi aku menarik...terutama part solo/riff Eddie Van Halen la... cekidot instrumental "Spanish Fly"...kalau "Eruption" dia guna gitar letrik...yang ni giler laju dia belasah guna gitar akustik...pergh!!

Kalau anda peminat gitar...aku memang cadangkan korang dengo album ni...tapi kalau jenis nak yang sedap hadam...cekidot era Samy Hagar...tapi David Lee Roth ni memang banyak keistimewaannya...suara dia memang power...tu lum nengok showmanship dia lagi tu...giler hyper...tu pasal peminat2 lama tetap menganggap Van Halen adalah David Lee Roth...

btw...kalau Van Halen...orang selalu sebut Eddie dan David jer...tapi bagi aku Alex Van Halen pun sangat bagus...cekidot drum solo dia dalam lagu "Light Up the Sky"...best!

REKOMENDED JUGAK!

Wednesday, August 5, 2009

MCMLXXXIV (1984)



Ada sapa2 lahir pada tahun 1984 kat sini?.ok..anda dah tua..haha..tapi aku bukan nak cerita pasal besday sapa2..tapi nak cerita pasal album ni MCMLXXXIV (1984) dari Van Halen..sapa tak kenal Van Halen kan..bukan Van Houten tau...tu coklat..haha..

Album ni sememangnya diterbitkan pada tahun 1984...merupakan album Ke 6 Van Halen dan juga album terakhir David Lee Roth bersama mereka..biasa la dah popular..gitaris mesti gaduh ngan vocalist..berebut sapa ketua..adat la tu..

Ini adalah album ke 2 mereka yang paling laku dari segi jualan selain 5150 dan tidak bernasib kerana hanya sekadar mendapat kedudukan ke 2 di carta Billboard pada ketika itu kalah hanya kepada the best selling album of all time...sapa lagu kalau bukan Thriller - Michael Jackson..

Aku sebelum tu dah biasa jugak dengar Van Halen..tapi bukan full album la..maklum la..mat2 rock kat JB zaman tu memang biasa cover lagu2 Van Halen kat majlis2 kawin..sampaikan Search pun ada cover You Really Got Me (Sireh dan Gambir)..selain tu lagu Pretty Woman (iskh ni 2 lagu bukan lagu asal Van Halen sebenonya..tapi lagu ni jadi bertambah2 best dgn versi Van Halen)..selain tu lagu Running with the devil..tapi masa tahun 1984 tu..Van Halen meletup ngan lagu Jump...sapa2 yg kaki New Wave layan Duran Duran pun mesti tau lagu ni...seingat aku 1st time aku tengok video clip lagu ni kat TV3(kot?..lupa arr)..ada satu program countdown untuk New Year 1985..dorang tayang lagu2 popular thn 1984..dan ada 2 lagu rock termasuk..Jump adalah salah satu darinya..satu lagi ialah Rock You Like A Hurricane - Scorpions.


Rasanya pengaruh muzik New Wave ketika itu sangat kuat sehinggakan Eddie Van Halen pun terpangaruh..ini boleh dilihat dalam 2 lagu iaitu Jump dan I'll Wait yang mana permainan synthesizer Eddie lebih mendominasi dari gitar beliau..tapi ternyata percaturan itu memang menjadi..Dua2 lagu ni memang layan...dan Jump menjadi salah satu lagu terbesar Van Halen..



Tapi bagi aku lagu yang paling aku suka adalah Panama..gitar work yang menarik..lagu ala2 zaman album2 permulaan mereka..terbaek!..dan tak ketinggalan Hot For Teacher..sebuah lagu fast yg menonjolkan kehebatan Eddie..tapi lagu2 lain kurang meninggalkan kesan pada aku...kecuali mungkin Top Jimmy...lagu yang agak berlainan skit...ada unsur2 funky/blues...mungkin jugak aku lebih terpengaruh dengan Van Halen dizaman Sammy Hagar..makanya labum 5150 menjadi benchmark untuk setiap rilisan Van Halen..apa2 pun kehebatan Eddie Dewanaga eh..Eddie Van Halen tak boleh dinafikan..setiap lagu, guitar work dan solo2nya adalah sangat terbaek...tak hairan lah kenapa Eddie ni jadi idola kepada beratus ribu gitaris wannabe..

Friday, December 26, 2008

Gitar Hero Part 2



Edward Lodewijk "Eddie" Van Halen

Seorang lagi gitar hero aku dizaman belasan tahun dulu...ada ker yang tak kenal mamat ni?..aku start kenal Van Halen pasal dulu2 punya band rock Malaysia suka cover lagu You Really Got Me (Search pun rakam lagu ni jadi Sirih Dan Gambir dlm album Cinta Buatan Malaysia)..tapi lepas lagu Jump meletup..baru2 aku betul into Van Halen ni..

Teknik tapping memang sinonim dgn Eddie...walaupun ramai yg mendakwa teknik tu bukan ciptaan beliau...tapi tak dapat dinafikan beliaulah yg mempopularkan teknik tapping..aku pun tak pandai nak citer bab teknikal ni...dengar sendiri la baru tau kehebatan Eddie ni...sampaikan Quincy Jones pun panggil dia menyolo untuk lagu Michael Jackson's Beat It...(untuk nota..lagu ni Steve Lukather (Toto) yg main..Eddie hanya menyolo)...aku rasa majoriti gitarist sekarang memang dipengaruhi beliau...

Aku tak kisah zaman David Lee Roth ker Sammy Hagar...semua best...walaupun zaman Sammy Hagar..Eddie dah banyak main keyboard..tapi zaman Gary Cherone memang aku tak follow langsung..antara lagu dan solo yg aku suka...sudah semestinya Eruption...lain2 macam Runnin' With The Devil,Aint Talking About Love,And The Cradle Will Rock,Jump,Panama,Why Cant This Be Love, Dreams, Love Walked In,Poundcake dan berderet2 lagi ahh...dan tak lupa cover version Pretty Woman...lemak berkrim betul la solo2 Eddie ni...


Gitar Frankenstrat yg jadi trademark Eddie

Gitar Charvel ni pulak sekarang dah tertanam bersama Dimebag Darrell...Eddie hadiahkan kerana Dimebag masa hidupnya dulu memang suka gitar ni..


Nak tau teknik tapping...layan lagu ni Eruption...berhantu betul ahh solo ni...




"Who wants to sit in front of the piano? That's boring" - Eddie Van Halen

ada lagi sambungan nanti..part 3 pulak..