Monday, June 17, 2024

Hail, hail to England...

Kongsi sikit kisah perjalanan 9 hari ke England pada bulan Februari yang lepas. Perjalanan secara DIY tanpa menggunakan travel agency.

Sekurang-kurangnya boleh memberi ilham kepada sesiapa yang nak mencuba. Tapi maaflah, selepas 3 bulan ada beberapa details yang dah tak berapa nak ingat.

Asalnya untuk melawat rumah anak yang menetap di sana. Tetapi dah alang-alang kesana yang kosnya boleh buat badan berpeluh, ambil peluang untuk bercuti dan melawat beberapa bandar bolasepak terkenal di sana. Maklumlah peminat bolasepak. Tambah pula anak-anak saudara yang ikut serta pun kesemuanya kaki bola. Yang lain terpaksalah ikut suara majoriti..haha...

Kawasan perumahan anak di Stockton-on-Tees

Untuk perjalanan tanpa travel agency sebegini, sememangnya memerlukan perancangan dan kajian yang rapi. Kena buat jadual kemana nak pergi, cara pengangkutan, masa yang diperlukan dan berapa jumlah kos. Benda-benda ini, kami dah rancang sebulan dua sebelum kejadian. Ianya penting untuk menjimatkan masa dan kos dari last minute baru kelam kabut nak pikir nak pergi mana.

Asalnya ada juga terpikir untuk sewa kereta. Tetapi bila memikir kos minyak (sememangnya mahal), jalanraya yang tidak biasa, tempat letak kereta, jalan yang sesak terutamanya di London, dan had umur minimum 24 tahun untuk memandu kereta sewa. Maka adalah lebih baik menggunakan perkhidmatan awam seberti bas, keretapi, tube, uber dan berjalan kaki. Kesian nanti kepada sesiapa yang jadi pemandu kereta, yang lain enjoy tetapi dia kepenatan. Tak guna bercuti kalau tak dapat enjoy.

Percutian sebegini juga memerlukan banyak tenaga. Kena banyak berjalan kaki (untuk rekod paling banyak dalam sehari adalah 22,919 steps = 17.40 KM). Pergi ketika musim sejuk juga memainkan peranan. Februari adalah bulan penghujung musim sejuk (Suhu di antara 3 hingga ke 9 darjah celcius). Kalau nak merasa salji kena pergi antara bulan Disember atau Januari. Cuasa sebegini sememangnya langsung tak berpeluh tetapi bab sejuk bila angin bertiup tu memang ada masanya rasa sejuk sampai ke tulang.


(maaf tak banyak gambar....kebanyakan gambar yang diambil tak sesuai dengan tema blog ini...hahaha)

Bersambung (kalau rajin.. 😁)

Friday, June 14, 2024

Hell, Fire and Damnation

 Lagi album terbaru dari lagenda NWOBHM...

Saxon - Hell, Fire and Damnation (2024)

Antara band dari era NWOBHM yang masih aktif dan paling produktif. Ini adalah album studio mereka yang ke 24. Memang tak terlarat lah kalau nak kumpul semua.

Dengan kewujudan mereka yang dah 45 tahun, kita dah boleh tahu apa yang akan kita dapat dari Saxon. Mereka sentiasa berpegang kepada asas NWOBHM. Kecuali adalah satu dua album yang tersasar kerana mereka cuba untuk bereksperimen dan trendy.

Mereka ibarat semakin tua semakin menjadi. Beberapa album kebelakangan ini seperti Battering Ram (2015), Thunderbolt (2018) dan Carpe Diem ( 2022) semuanya bagus belaka. Dan yang terkini ini pun sama. 

Ditambah pula dengan kehadiran Brian Tatler dari Diamond Head di posisi gitar. Beliau pun dari generasi NWOBHM yang sama. Maka ianya sangat serasi. Solo-solo beliau menambahkan lagi melodi pada muzik Saxon.

Paling hebat bagi saya adalah Biff Byford. Beliaulah tulang belakang Saxon. Dengan umur 73 tahun yang sepatutnya lama dah pencen tetapi masih mempunyai vocal yang cemerlang.

Tiada apa yang hendak dipertikaikan. Ini adalah muzik Saxon kepada peminatnya. Jika anda rasa ianya hanyalah heavy metal yang berulang bermakna anda bukanlah peminat tegar mereka.


Tuesday, June 11, 2024

Riak Cdwi - Mr Big

 

Mr Big adalah band yang asalnya dengar dan beli kerana Paul Gilbert. Bila beliau keluar memang rasa kurang berminat. Tambah pula muzik mereka berubah ketika zaman Ritchie Kotzen. Yang betul-betul ambil tahu dan beli hanyalah hingga ke album Hey Man (1996).

Kemudiannya memang "lost" walapun ketika Paul Gibert kembali dengan album "What If… (2010). Tetapi oleh kerana terpengaruh dengan rakan segroup whatsapp, tergerak hati pula untuk kembali mendengar mereka ketika album "Defying Gravity (2017)".

Tetapi masih tak ada rasa nak kumpul keseluruhan discography mereka sehinggalah terjumpa 2 album zaman Ritchie Kotzen di jual di Shopee dengan harga bawah RM25 berserta pos percuma. 

Ianya mengembalikan kenangan zaman ebay estock dulu-dulu. Tak minat pun TERbeli kerana harganya murah. Dan tak berapa lama kemudian terbeli pula album "...The Stories We Could Tell (2014)". Ianya adalah yang ke 8 dari keseluruhan 9 album studio dari discography mereka. 

Dah alang-alang tinggal satu tu....kasi complete terus la....

Cd Babi Terbang ini adalah yang terakhir berjaya dibeli. Dapat dari jualan di FB. Maka sempurnalah discography studio album mereka di dalam simpanan. Tetapi ianya untuk setakat hari ini lah. Mereka dah pun mengumumkan yang album baru no 10 akan terbit pada 12hb Julai nanti...Hmmm...nampak gayanya TERpaksalah kena beli juga😁....



Saturday, June 8, 2024

Gila Format - Angel Dust

 Sempena ulangtahun ke 32 yang jatuh pada hari ini...


Faith No More - Angel Dust (1992) 

Beli kaset album ini ketika balik cuti semester dari ITMCJ. Rasanya beli di Komtar, JB. Naik bas Maju 205 Jb-Ulu Tiram. Tengah membelek kasetnya, datang abang konduktor bas ajak berborak (bas kosong tak ramai penumpang).

"Beli kaset rock rock ker? Abang pun minat rock jugak...kaset apa?" Terus buat muka blur bila tengok tajuk kaset. "Oooo.. Abang rock dulu-dulu abang tau la...yang ni tak tau".... Terus layan berbual pasal Deep Purple, Scorpions dan Rainbow...


Bila ingat peristiwa ni mungkin ianya perkara yang sama akan berlaku pada masa sekarang. Cumanya sayalah yang akan jadi seperti abang konduktor bas tersebut. Memang blur la kalau di tunjukkan band-band rock zaman sekarang...haha...

Tak ingat bila beli versi cd tapi versi piring hitam di beli pada tahun lepas. Pembelian sebegini bukanlah pasal nak dengar sangat pun. Tapi ianya hanyalah untuk membeli sebuah kenangan...



Tuesday, June 4, 2024

The Mandrake Project

Antara yang terkini di tahun 2024...

Bruce Dickinson - The Mandrake Project (2024)

Bila album-album terkini Iron Maiden semakin meleret, album solo dari Bruce Dickinson ini memang diberikan harapan yang tinggi. Tambahan pula bila sekali lagi beliau bergandingan dengan Roy Z. Bila sebut nama Roy Z memang akan rasa selamat yang album ini pastinya sebuah album metal. Dan single pertama, "Afterglow of Ragnarok" mengiyakannya.

Tetapi setelah mendengar keseluruhannya, ada sedikit kecewa. Bruce Dickinson seperti juga Steve Harris, tidak lagi menghasilkan lagu-lagu heavy metal / rock n roll yang straight forward. Dengan 2 kepala menuju ke arah yang sama maka memang jelas kenapa hala tuju Iron Maiden seperti sekarang. 


Bukanlah nak kata album ini tidak bagus. Cuma ianya tak berapa nak kena dengan jiwa. Tetapi memang diakui banyak lagu sedap. Beberapa track awalnya lebih metal dan rancak berbanding lagu-lagu yang lebih meleweh menuju ke penghujung.

Dan lagu "Eternity Has Failed" sememangnya lagu yang sama dengan lagu "If Eternity Should Fail". Ianya memang lagu asal untuk album solo Bruce sebelum Steve Harris berkenan dan menjadikannya lagu Iron Maiden. Khabarnya ada satu lagi lagu yang beliau berkenan. Tapi tak pasti lagu yang mana. Disebabkan polisi Iron Maiden yang tak boleh ada pencipta luar (dalam kes ini, Roy Z) maka beliau tidak jadi mengambilnya.

Kesimpulannya... sebuah album yang bagus tetapi bukan pilihan untuk diputar selalu.