Showing posts with label Michael Schenker. Show all posts
Showing posts with label Michael Schenker. Show all posts

Friday, November 28, 2025

Michael Schenker Group

Suka suka la kongsi kat sini...

Baru jer dapat 4 keping lagi piring Michael Schenker Group.

Akhirnya bolehlah kalau nak dikatakan yang koleksi lp "Michael" saya sudah lengkap, 4 studio album dan 2 live album sebelum bermulanya era "McAuley".

Satu hal pulak la lepas ni nak kena cari era McAuley Schenker Group. Yang ni sekeping piring pun tak ada. Cd pun tak cukup semua. Harap la satu hari nanti ada versi reissue.



#hatigembirapoketmenangis

Monday, February 17, 2025

My Years with UFO

 Lagi album tahun lepas (2024)...


Michael Schenker - My Years with UFO (2024)

Wajib ada bagi peminat Micheal Schenker dan UFO. Ianya adalah rakaman semula  lagu-lagu popular beliau ketika bersama UFO.

Ditambah pula dengan barisan pemuzik/vokalis undangan yang hebat-hebat belaka. Antaranya Dee Snider, Joe Lynn Turner, Jeff Scott Toto, Biff Byford, Axl Rose, Joey Tempest, Kai Hansen, Stephen Pearcy, John Noum, Slash, Adrian Vandenberg, Roger Glover dan beberapan nama besar yang lain.


Walaupun ada lagu yang mendapat sentuhan baru dan sudah semestinya atas nilai sentimentalnya kita pasti akan sukakan yang asal. Tetapi disebabkan ini adalah lagu-lagu beliau sendiri, maka saya tidak mempunyai masalah dengannya. Tambah pula barisan vokalisnya memang hebat.

Antara kegemaran dari tahun lepas.




Saturday, September 10, 2022

Universal

 Antara yang terkini dalam pasaran...

Michael Schenker Group - Universal (2022)

Ini adalah album kedua beliau selepas kembali menggunakan nama Michael Schenker Group. Kali terakhirnya adalah tahun lepas (Immortal). Memang aktif betul. Hampir setiap tahun ada sahaja album studio atau live baru dari beliau walaupun menggunakan pelbagai nama.

Dari pendengaran telinga saya, album kali ini adalah lebih sedap berbanding Immortal. Mungkin ianya hanya perasaan saya sahaja. Saya agak kurang gemar dengan band yang menggunakan pelbagai pemuzik/penyanyi untuk sesuatu album. Tetapi apabila majoriti lagu-lagunya kali ini dinyanyikan oleh Ronnie Romaro,  barulah rasa yang ianya seperti sebuah band yang sebenar. Bukan lagi sekadar projek band. Tambahan pula Ronnie akan menyanyi untuk tour Michael Schenker Group.

Namun begitu album ini tetap menampilkan beberapa vokalis jemputan seperti Michael Kiske, Gary Barden dan Ralf Scheepers. Yang menariknya juga, bekas anggota Rainbow seperti Bobby Rondinelli (drums), Bob Daisley (bass) dan Tony Carey (keyboards) turut juga dipanggil untuk memainkan beberapa lagu khas tribute untuk Rainbow.

Suatu yang menarik tentang Michael Schenker walaupun beliau adalah seorang gitaris yang hebat, setiap album beliau tidak terlampau menonjolkan kehebatan kerja gitar semata-mata. Beliau lebih mengutamakan melodi lagu itu sendiri. Ini menjadikan album-album beliau boleh dinikmati oleh semua golongan bukan hanya setakat peminat gitar.

Tidak dinafikan yang beliau adalah hero gitar saya. Album ini sememangnya akan bertambah sedap jika anda boleh menikmatinya tanpa terlalu bernostalgia dengan hasil kerja beliau ketika bersama UFO mahupun MSG yang awal.


Tuesday, August 11, 2020

"For Martin Birch - catalyst"

Berita sedih minggu ini....😭

Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.

Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch. 

antara hasil kerja tangan beliau.. Semua pun best... Semua pun hebat-hebat belaka... 


Thanks for the music sir, 

Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)




Tuesday, November 6, 2018

Resurrection

lagi album baru 2018...

Michael Schenker Feast - Resurrection (2018)

Blog orang tua lama (😀) maka ceritanya tak habis-habis pasal orang tua...haha..tapi sekurang-kurangnya kali ini ianya berkenaan sesuatu yang baru.

Iyer..album baru dari gitaris lagenda, Michael Schenker. Salah seorang hero dari zaman awal remaja. Logo tulisan MSG and gitar V adalah antara logo terawal band rock yang cukup terkesan dihati. Buku, meja dan dinding sekolah habis menjadi mangsa.


Orang tua ni memang tak reti nak pencen. Masih produktif. Paling menarik karya terbaru beliau ini turut disertai oleh orang-orang tua lejen yang lain 😀. Semua vokalis hebat yang pernah berkolaborasi dengan beliau turut menyumbangkan suara. Gary Barden, Graham Bonnet, Robin McAuley dan juga Doogie White. Memang hebat-hebat belaka. Malah fanboy beliau, Kirk Hammett turut menyolo untuk satu lagu.

Tiada komplen. Semua lagu bagus. Michael masih mampu menghasilkan lagu-lagu dan kerja gitar yang baik. Namun begitu saya sedikit bias kepada lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Robin McAuley. Dari dulu saya memang sukakan zaman McAuley Schenker Group. Zaman 80s glam metal. Lagu-lagunya mengingatkan saya kepada zaman tersebut.

Akhir kata, ini sebuah lagi album yang bagus untuk 2018. Tapi biasalah, album-album sebegini sememangnya untuk peminat lama. Nak dapatkan peminat dari generasi baru mungkin agak sukar.





Saturday, July 28, 2018

cd 2018 pt 2

Lagi cd-cd terkini yang sempat dibeli...

Michael Schenker Fest - Resurrection / Amorphis - Queen of Time / Pungent Stench - Smut Kingdom / Riot V - Armor of Light

Mungkin ianya bukanlah yang terbaik....tetapi yang penting apa yang kita suka...macam biasa kalau rajin...ada lah ceritanya nanti...




Friday, May 8, 2015

Walk on Water

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb april yang lalu...


UFO - Walk on Water (1995)

Dulunya agak teruja hendak mendengar album ini. Maklumlah ini album reunion untuk line-up paling best mereka. Line-up zaman Phenomenon/Force It. Michael Schenker - Phil Mogg - Pete Way - Andy Parker - Paul Raymond. Memang lejen. Sayangnya pada ketika itu ianya hanyalah untuk pasaran di Jepun. (di edarkan seluruh duni hanyalah 2 tahun selepas itu)


Memang susah lah nak dapat. Di zaman penggunaan internet belum meluas. Album ini tidak pernah saya dengar sehinggakan hampir-hampir terlupa keujudannya sehinggalah zaman pandai ber"ebay". Tak sangka pula dapat versi asal Jepun. Siap ada Obi Strip lagi. Tak banyak koleksi saya yang datangnya dari Jepun. Seperti biasa versi Jepun ada track tambahan. Cumanya yang ini hanyalah ucapan-ucapan dari band members UFO untuk orang-orang Jepun.


Rasanya tak rugi penantian selama bertahun. Track pembukaannya, "A Self-Made Man" sahaja sudah cukup buat rasa teruja. Ianya memang benar-benar bunyi UFO zaman Phenomenon/Force It. Cuma mungkin soundnya lebih moden. Tetapi "feel"nya memang sekali dengar dah tahu dah, ini muzik UFO.


Asalnya saya agak kurang gemar bila mereka merakamkan semula "Doctor Doctor" dan "Lights Out". Biarlah yang asal terus menjadi klasik. Tetapi selepas 2,3 kali pendengaran, rasa macam sedap pulak versi 1995 ini. Terutamnya bab solo gitar Micheal Schenker. Rasa segar. Siapa lagi yang layak merakamkan semula lagu-lagu klasik ini kalau bukan mereka sendiri. Ye tak?


Kalau anda sukakan UFO zaman Phenomenon/Force It atau sukakan hasil kerja gitar Michael Schenker, memang tak rugi beli album ini.






Friday, May 30, 2014

The Story Of Michael Schenker

Album kompilasi gitar hero yang dah capai 20 tahun...



Michael Schenker ‎– The Story Of Michael Schenker (1994)

Ketika saya budak-budak dahulu (penghujung 70an), sebelum Yngwie Malmsteen atau Eddie Van Halen menjadi pengaruh bagi budak-budak melayu di kampung saya untuk bermain gitar dan menjadi Mat Rock. Ritchie Blackmore dan Michael Schenker adalah Gitar Hero yang awal.


Saya juga begitu. Walaupun ketika itu tak paham pun rock tu apa dan selalu konpius Michael Schenker ni Scorpions ker UFO?....dan MSG pulak band mana?  Zaman belum wujud teknologi internet lah kan. Tapi zaman sekarang ni kalau masih ada yang tak pasti dan baru teringin mencuba muzik Michael Schenker, mungkin kompilasi ini adalah antara yang dapat membantu.


Menampilkan lagu-lagu beliau sepanjang kariernya ketika bersama UFO,Scorpions, Michael Schenker Group dan yang terakhir McAuley Schenker Group. Dari rock 70an hinggalah ke era hair metal. Semuanya pun best.


Cumanya patut ada lagu-lagu Scorpions era Lonesome Crow (sebelum dia join UFO). Kalau ada "In Search of the Peace of Mind" pun ok jugak. Yang lain-lain tu takder lah nak komplen sangat. Walaupun banyak lagi lagu-lagu zaman UFO yang sedap-sedap. Tapi kalau nak letak semua tak cukup pulak kalau nak sumbat dalam 1 disc. Kan...







Tuesday, December 3, 2013

Built to Destroy

Lagi album klasik rock yang dah 30 tahun...


Michael Schenker Group - Built to Destroy (1983)

Saya sememangnya peminat Michael Schenker. Tetapi jika bercerita pasal MSG, saya lebih biasa dengan versi M = McAuley berbanding versi M = Michael. Maklumlah saya mula benar-benar kemaruk mendengar muzik rock hanya pada penghujung 1985 atau awal 1986.

Built to Destroy ini pun rasanya saya dengar hanya pada penghujung tahun 80an. Ketika budak-budak dulu saya selalu konpius yang mana satu MSG yang mana satu UFO dan yang mana Scorpions. Michael Schenker ni main band apa sebenarnya...maklum lah zaman tak boleh nak google.

Built to Destroy pada saya bolehlah disamakan seperti Rainbow era 80an. Kedua-dua gitaris hebat era 70an ini, Ritche Blackmore dan Michael Schenker seolah-olah bersaing untuk menembusi pasaran USA. Malah MSG juga pernah mengunakan khidmat vokalis Rainbow, Graham Bonnet. Entah apa kes agaknya Graham Bonet ditendang dan Micheal mengambil semula  Gary Barden. Nampaknya Ritche dan Michael berebut siapa yang lebih pop...lebih AOR...demi pasaran USA.


Bukanlah nak kata tak best. Album ni sangat best sebenarnya. Pengaruh UFO dan Scorpions zaman 70an  masih kedengaran. Lagu-lagu melodic hard rock dengan catchy chorus ditambah pula dengan solo-solo Michael yang lazat. Cuma soundnya terlalu pop. Kemasukan keyboardist  Andy Nye (pernah bermain untuk Sheena Easton) banyak mendominasi. Beliau juga terlibat dalam majoriti penciptaan lagu. Hasilnya sound gitar Michael agak terkebelakang. Sebenarnya sound komersial ini memang disengajakan. Khas untuk menembusi pasaran USA.

Namun begitu jika anda mempunyai cd remasterd version seperti saya, anda berpeluang mendengar versi asal. Versi UK. Versi yang sound gitarnya lebih raw. Lebih rock. Pilihan ditangan anda versi mana yang anda lebih suka. Michael Schenker sendiri memilih versi USA. Versi yang lebih komersial. Saya pula tidak menjadi hal. Lagu-lagu seperti "Captain Nemo", "Rock My Nights Away", "Systems Failing" dan yang menjadi kegemaran saya "Red Sky" tetap best walau apa versi pun. Cuma mungkin versi UK tu lebih umphh!!!




Friday, November 16, 2012

Belladona

Dah lama tak buat entri pasal lagu. Tapi entri pasal Profession Of Violence dalam blog Xyrus Zone buat saya teringat kat satu lagi lagu slow UFO yang sangat saya minat.

Belladona

Oh Belladonna never knew the pain
Maybe I'm crazy, maybe it'll drive you insane
The open letter just carelessly placed
And you move in silence, the tea so delicately laced

Out of reach, out of touch
How you've learned to hate so much

Came from passion, and you gave it a name
The fingers are poisoned like needles in the drivin' rain
So smile discreetly as you watch with such grace
Now I must slip away, but can you forget my face

Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much
Out Of Reach, Out Of Touch
How You've Learned To Hate So Much

(Schenker, Mogg)

Sampai sekarang pun saya tak faham apa maksud sebenar lagu ini. Ada yang kata pasal perempuan. Belladona tu orang Itali cakap perempuan cantik. Tapi ada juga yang cakap Belladona sejenis ubat...dan ada pula cakap ianya sejenis berry yang orang zaman dulu jadikan racun yang di campur dalam teh .."And you move in silence, the tea so delicately laced"

Ntah la...tapi saya suka wording "Out Of Reach, Out Of Touch...How You've Learned To Hate So Much"...walaupun saya tak berapa faham apa maksud sebenarnya.

Tapi yang paling bestnya solo Michael Schenker yang menusuk kalbu tu. Pertama kali dengar rasa macam biasa dengar jer solo ni. Rupa-rupanya Rosli Mohalim dah cilok untuk lagu Sejuta Wajah...dan saya mendengar Sejuta Wajah lebih dahulu dari Belladona...sama kes macam saya mendengar Debunga Wangi lebih dulu dari Prodigal Son ataupun mendengar Tiada Lagi Air Mata lebih dulu dari No More Tears...