Showing posts with label 2004. Show all posts
Showing posts with label 2004. Show all posts

Saturday, January 20, 2018

So Far, So Good... So What!

Klasik thrash yang dah pun 30 tahun usianya pada 19hb Januari....


Megadeth - So Far, So Good... So What! (1988)

Kalau ingatan saya tak salah (maklumlah dah 30 tahun), kaset So Far, So Good... So What! ini di beli pada tahun ianya di keluarkan iaitu pada tahun 1988. Ketika itu kedai kaset di pekan Ulu Tiram ada menjual dua kaset original Megadeth. Satu lagi adalah Peace Sells... but Who's Buying?. Disebabkan kekangan kewangan seorang budak sekolah yang duit belanja sekolahnya cuma 50sen sehari, maka saya memilih untuk membeli kaset Peace Sells... but Who's Buying? kerana lagu "Peace Sells" ada di dalam pita video VHS Kerrang Kompilation yang saya tonton.

Zaman tak ada google, saya sebenarnya tak pasti yang mana satu album baru. Istilah thrash pun tak pernah dengar lagi. Mengumpul lagi duit belanja sekolah RM11 kemudiannya, (zaman tu kaset ori orang putih adalah RM11) barulah berjaya membeli kaset ini. Kalau tak silap, 2 kaset Megadeth inilah kaset pertama original orang putih saya. Sebelum itu kebanyakannya adalah versi Apache.


2 lagu yang mula-mula buat terikat hati adalah Mary Jane dan In My Darkest Hour. Kemudiannya jatuh cinta pula dengan lagu pertama Abang Mus cipta selepas ditendang dari Metallica, Set The World Afire....dan akhirnya bak kata orang kampung, the rest is history....

Walaupun mungkin dari segi ranking album kegemaran Megadeth, ianya jatuh di no 4 selepas Rust in Peace, Countdown to Extinction dan Peace Sells... but Who's Buying?...tetapi ianya sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Memang Power!


Tapi kalau nak lagi power, cuba cari versi remasters 2004. Soundnya jauh berbeza. Lebih kuat, lebih besar, lebih bersih, lebih umphhh! Tapi biasalah la...tak semua orang boleh terima. Kerana bukan setakat sound yang berbeza, malah ada bahagian-bahagian lagunya juga jadi berbeza. Ianya seperti mendengar versi yang berlainan. Apa taknya.. Rasa pelik pulak dengar ada bunyi trumpet di intro lagu "Into The Lungs Of Hell"...hahaha..


Mungkin bagi yang baru ni dengar tak ada rasa apa pun. Tapi untuk yang dah 30 tahun dan ntah berapa ratus kali dengar, memang rasa janggal. Ikut nostalgia dah sebab dah terbiasa, memang sedap versi asal 1988. Tetapi untuk kepuasan berdentum dengar, memang pilih versi 2004. Terpulang lah masing-masing punya selera.



Wednesday, July 20, 2016

cd reissue - Sweet Charity

Sedikit nak cerita berkenaan cd reissue terkini Sweet Charity dan perbezaannya dengan cd "edisi khas lagenda rock" terbitan tahun 2004.




Yang paling ketara dah tentu-tentunya gambar cover depan. Barulah puas tengok. (walaupun tulisan Pelarian tu ada sedikit perubahan dari versi asal...)



Inlay pula jenis lipat 3 bukan lagi lipat 2.  Besar lah sikit tulisan lirik tu. Baru lah mata orang tua yang dah mula rabun dekat ni senang nak nampak..haha...

Infonya di dalamnya pun lebih tepat. Yang dulu tahun bila diterbitkan pun tak tulis. Siapa band member pun tak lengkap.


Gambar belakang pun cun. Sama macam lp. 2004 punya memang hampeh.

Satu lagi yang patut dipuji setiap keluaran reissue dari Warner Music ni adalah kualiti bunyinya. Memang tip top. Tetapi saya kurang pasti adakah ianya menggunakan versi remastered dari Fauzi Marzuki sama seperti tahun 2004. Mungkin juga.

Tapi yang pastinya..memang berbaloi!...



Monday, September 15, 2014

The System Has Failed

Yang menyambut ulang tahun ke 10 semalam (14hb Sept)



Megadeth - The System Has Failed (2004)

Ini adalah album yang saya kembali cuba untuk mendengar muzik Megadeth. Selepas Risk (1999), saya agak hilang (lost) dengan Megadeth. Tambahan pula ketika itu adalah zaman "hiatus" saya dengan muzik. Kononnya pencen dalam membeli muzik. Akibatnya album The World Needs a Hero (2001) tidak berapa saya endahkan.

Yang membuatkan saya agak tertarik dengan The System Has Failed adalah kerana kemunculam semula Chris Poland. Gitaris asal di zaman Killing Is My Business... and Business Is Good!  dan Peace Sells... But Who's Buying?. Saya suka solo-solo beliau malah berminat dengan album solo beliau Return to Metalopolis (1990). Sayangnya beliau hanyalah sekadar seasonist untuk album ini.

Tambahan pula ini adalah album "comeback" Dave Mustaine selepas hampir bersara dari muzik akibat penyakit tangannya itu. Tanpa Junior dan menggunakan seasonist sepenuhnya, album ini kononnya akan mengembalikan Megadeth ke zaman awal mereka. Lagu track pertama. "Blackmail the Universe" seakan-akan mengiyakan kenyataan tersebut. Tetapi track-track berikutnya ternyata yang Dave Mustaine walaupun menggunakan orang lama seperti Chris Poland tidak akan dapat mengembalikan zaman lama mereka.


Ada lagu yang menarik, seolah-olah seperti kembali ke era "Peace Sells" dan ada juga sekadar "boleh lah". Ada juga lagu yang seolah-olah Megadeth sudah kembali bermain thrash tetapi lagu yang lainnya seolah-oleh mereka adalah band hard rock. Agak kurang konsisten. Tetapi lagu-lagunya agak catchy. Jika anda tidak terlampau berharap yang ini adalah Megadeth di tahun 80an dan awal 90an (seperti saya), anda pastinya suka. Tetapi jika sebaliknya...pasti anda akan sedikit kecewa.

Tidak terlalu hebat...tetapi cukup menyakinkan untuk saya yang baru kembali mendengar Megadeth di waktu itu...sebuah album yang "grower".

Menarik!





Tuesday, July 15, 2014

Unbreakable

Sempena Jerman menang Word cup....Yang baru berusia 10 tahun.


Scorpions - Unbreakable (2004)

Secara jujurnya saya kurang mendengar Scorpions selepas dari album Face The Heat (1993). Tetapi ianya seperti sekali terjebak tidak ada jalan keluar. Saya tetap membeli album-album mereka seterusnya walaupun mendengarnya hanya sekali lalu.

Unbreakable mula saya dengar secara berulang kali hanyalah pada ketika album Sting In The Tail (2010) di keluarkan. Kononnya untuk perbandingan. Tetapi pada ketika itu saya lebih menumpukan kepada album Humanity: Hour I (2007). Tetapi bila saya memperolehi cd versi limited edition ini melalui e-stock pada penghujung tahun lalu barulah saya mula mendengarnya semula secara lebih serius.


Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Mungkin susah kalau kita sentiasa mahu membandingkannya dengan album-album mereka di era tahun 70an atau 80an. "Sentimental value" pastinya akan mempengaruhi. Tetapi jika perkara itu ditolak, album ni sememangnya "all killer, no filler".

Lagu-lagunya kalau kita amati bahagian riff gitarnya banyak mengembalikan nostalgia kepada zaman Crazy World (1990) tak kurang juga zaman awal Mathias Jabs seperti dari album Black Out (1982). Mungkin soundnya sedikit berbeza dan tiadanya lagu berat seperti "Blackout" atau "Dynamite". Maklumlah zaman dan teknologi telah berubah dan lagu seperti "New Generation" membuktikan yang Scorpions masih lagi berbunyi Scorpions walaupun dengan sound hard rock moden.

Tetapi yang paling menarik sudah semestinya suara Klaus Meine. Nampaknya seperti tidak di makan usia. Makin tua makin power.


Sebuah album melodic hard rock yang bagus. Lagu-lagu pun sedap...Hey..ini Scorpions la...

Terbaik!



Thursday, June 5, 2014

Throwback Thursday






10...30... dan 40 tahun... yang mana jadi pilihan...






Wednesday, July 31, 2013

Before Sunset

Sambung cerita sebelum menonton Before Midnight



Before Sunset (2004)

Sila rujuk entri Before Sunrise. Seperti biasa, sipnosisnya sila rajinkan diri untuk baca sendiri. :)

Selepas 9 tahun kisah Jesse dan Celine bertemu di Vianna. Pasangan ini kembali lagi. Kali ini berlatarbelakangkan bandar Paris pula. Sebenarnya jika tiada sambungan dari Before Sunrise pun saya rasa ok sebenarnya. Biarlah ceritanya tergantung. Biarkan imaginasi kita sendiri yang menentukan penyudahnya.

Tapi Richard Linklater (pengarah/penulis) ada penyudahnya sendiri. Awalnya saya bimbang jika Before Sunset ini tidak menjadi sebaik Before Sunrise. Tak banyak filem sequel yang berjaya tambah-tambah jika ianya mengekalkan formula dan konsep yang sama. Sanggupkan anda menonton benda yang hampir sama sekali lagi? Jawapannya YA. Jika filem sequelnya adalah sebagus filem yang pertama. Rating 8 di IMDB mengiyakannya.

Jika anda tida pernah menonton Before Sunrise, tidak perlu bimbang. Before Sunset adalah sebuah filem yang boleh bergerak secara sendiri. Kalau Before Sunrise perbualan mereka lebih kepada mengenal diri masing-masing tetapi untuk Before Sunset, perbualan mereka terarah kepada apa yang berlaku kepada mereka berdua selepas berpisah di Vienna 9 tahun yang lalu. Sebuah drama cinta yang sangat real dialog dan lakonannya. Ethan Hawke dan Julie Delpy membuktikan sekali lagi chemistry antara mereka berdua memang betul-betul menyakinkan. Kekadang terpikir juga, adakah dialog mereka ada skrip atau semuanya adalah secara spontan. Jenuh juga kalau nak menghafal skrip dialog yang panjang-panjang tu.

Filem ini jugalah yang menjadi penyebab untuk saya menyukai filem-filem Richard Linklater yang lainnya seperti  Slacker, Dazed and Confused, The Newton Boys dan yang paling best School of Rock.

Sama seperti Before Sunrise, Before Sunset juga tergantung penyudahnya. Memang ada rumour yang ianya akan disambung kembali. Ternyata semuanya benar dengan terbitnya Before Midnight. Adakah pasangan ini akan dapat bersama akhirnya?...Tak sabar rasanya nak menonton Before Midnight pula.










Thursday, October 4, 2012

Wicker Park

Mengembur dvd vcd lama...



Wicker Park (2004)

cerita yang menarik...bukan sekadar cerita cintan biasa...ada misteri...ada twist...sangat sesuai untuk yang dalam hati ada taman...

Cumanya kalau kita abaikan yang watak2nya tidak mempunyai handphone...(ni untuk golongan yang mencari salah) mungkin cerita ni jadi lebih logik...mungkin boleh juga di maafkan...kerana versi asal cerita adalah dari filem perancis "L'appartement"....tahun 1996...tahun handphone baru nak berkembang...sepatutnya pengarah menekankan pasal tu...

Tapi untuk mereka2 yang sekadar nak enjoy ceritanya...ini memang rekomended...tambah2 pulak adanya Diane Kruger...heheh...bagaimanapun chemistry antara dia ngan Josh Hartnett agak kurang la...




Tuesday, October 4, 2011

Still Hungry

Merujuk kepada entri NI...timbul idea untuk aku bercerita pasal Stay Hungry Vs Still Hungry



20 tahun selepas Stay Hungry...Twisted Sister bergabung semula untuk menghasilkan Still Hungry...iyer...ianya sememangnya album yang sama...susunan lagunya pun mengikut turutan yang sama...Still Hungry adalah rakaman semula yang menurut Twisted Sister ini adalah bunyi sebenar yang dorang mahukan...

Ketika Stay Hungry diterbitkan (1984)...kejayaan Quiet Riot dengan album "Metal Health" dan bermulanya era MTV telah menyebabkan semua syarikat rakaman maukan band2 heavy metal mereka bersoundkan pop seperti album tersebut...sampaikan Judas Priset pun jadi pop dengan "Turbo"...walaupun benda ni memberikan kejayaan kepada Twisted Sister...Stay Hungry meletup...dorang jadi popular...tapi sebenonya dorang tak puashati ngan sound cenggini...dorangkan maukan yang lebih berat...lebih raw...akhirnya pada tahun 2004 lahirlah Still Hungry...

Aku memang excited time tu...dah la dorang baru reunion...tapi bila dengar...aku tak berapa rasa puas hati...ok la...bukan semuanya tak best...ni Twisted Sister beb...band yang aku minat giler...album Love is for Suckers yang orang cakap tak best tu pun aku suka jer....so..takder la teruk sangat sebenonya...lagu2 seperti "Burn in Hell" dan "Horror Teria...Captain Howdy...Street Justice" memang jadi lebih heavy dan lebih power...macam lebih best dari versi ori...



Aku rasa kalau yang jenis 1st time dengar...tak pernah dengo Stay...terus dengo Still...rasanya takder masaalah kot...bunyi bass dan drums dia pun lebih jelas...tapi bagi telinga orang tua yang dah dengo album ni selama 20 tahun...dia punya feel tu takder...tambah malang suara Dee Snider dah tak sepower 20 tahun dulu...banyak lagu2 mengunakan nada yang lebih rendah...menyebabkan aku rasa agak hambar...memang tak feel ahh...kecanggihan teknologi tak semestinya dapat menghasilkan tenaga rebellion zaman dorang muda2...

paling aku bengang dorang ubah lagu The Price (hello...ni all time fav. power ballad aku beb...) vocal Dee Snider paling hampeh dalam lagu ni...nasib jugak Eddie Ojeda masih mengekalkan solo yang asal...lagu slow ni kalau ubah2 dia punya solo memang hilang feel la...

tapi tak kisah la...yang rasa berbaloi baloinya beli Still Hungry ni pasal ada 7 lagu additonal tu...ni pun semua lagu2 B-sides dorang rakam semula...dan yang paling aku suka lagu soundtrack dari filem Strangeland..."Heroes Are Hard to Find"...ni masa baru beli cdnya dulu...asik la aku ulang2 lagu ni..



Apa2 pun kalau dah minat tu...memang kena ada dua2 la...kelemahan Stay Hungry pada aku satu jer...sound dia slow...kena kuatkan volume baru power banding ngan Still Hungry...sikit jer volume dah berdentum dah...ni yang kekadang rasa macam nak kena cari Stay Hungry 25th anniversary edition pulak ni....iskh...


***gambo kaver pun tu pun aku lebih suka Stay Hungry...nampak ganas...walaupun ianya bukanlah kaver yang dorang nak...