Showing posts with label Cinema. Show all posts
Showing posts with label Cinema. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Sandiwara

Lagi cerita pasal album-album keluaran semula...


Cinema - Sandiwara (1989) - keluaran semula 2015

Sebuah lagi album yang saya tidak pernah dengar walau satu pun lagunya. Ketika itu (1989) saya telah mula sedikit demi sedikit meninggalkan rock melayu demi menyahut seruan untuk menjadi true (hahaha..)

Saya pernah terbaca dalam URTV (kalau tak silap) yang kononnya album ini muziknya adalah muzik rock yang sebenar. Makanya agak teruja juga bila mendapat tahu yang ianya akan dikeluarkan semula. Ternyata apa yang saya baca itu memang benar belaka. Cinema sususan muziknya memang rock. Memang best. Lagu perlahan pun tiada lagu yang bunyian keyboard mendominasi. Sesuatu yang saya dan ramai Mat Rock lain cukup anti pada zaman tersebut. Rif dan solo-solonya juga amat menarik.

Tetapi saya tidak pasti kenapa mereka agak kurang popular. Walaupun lagu-lagu mereka bukanlah heavy mana pun dan lagu perlahan mereka boleh tahan juga sedapnya. Mungkin mereka tiada lagu M.Nasir. Biasalah zaman tu kalau nak jual kena la ada lagu M.Nasir. Tetapi tabik buat band yang mencipta lagu sendiri macam Cinema ni.


Namun begitu mereka juga tidak terkecuali mengambil pengaruh lagu rock barat (saya tidak mahu menggunakan perkataan ciplak kerana mereka bukanlah meniru seratus peratus) dalam beberapa lagu mereka. Lagu "Temasya" mempunyai rif yang sedikit ala-ala "2 minute to Midnight" dari Iron Maiden. Lagu "Kedatangan" pula memang jelas pengaruhnya dari lagu "She Dont Know Me" - Bon Jovi. Tak sangka pula ada yang minat lagu ni selain dari saya.

Tetapi yang paling jelas sekali adalah lagu "Mimpi Semalam". Memang sebijik dengan lagu "Save Your Love" dari Great White. Cuma bahagian korusnya yang sedikit lain. Sedap juga bila lagu ini dimelayukan.

Di antara banyak-banyak cd rilisan semula yang saya tidak penah dengar sebelum ini, saya rasakan Cinema - Sandiwara adalah yang paling saya suka. Mungkin ini satu-satunya album yang saya rasakan rugi tidak mendengarnya ketika ianya diterbitkan pada tahun 1989 dahulu...